Followers

Wednesday, August 24, 2016

Akhirnya kita faham kenapa perlunya menguasai ilmu sains dan matematik

Dah lama tinggalkan bangku sekolah jadi dah lama tak buat latihan Matematik. Betul kan? Bidang kerja pulak bukanlah guna sangat formula Matematik setiap hari. Matematik sepenuhnya digunakan semasa Shopping!! sebab kena buat bajet kalau tak terlebih belanja kan hehehe..

Sekarang dah jadi ibu kena faham dan terangkan juga kepada anak-anak bahawasanya subjek Matematik dan Sains memang kena kuasai. Realitinya memang susah nak terangkan pada anak-anak sebab bukan dipraktikalkan dalam aktiviti seharian. Subjek sekolah pulak banyak formula nak hafal dan kena cari contoh masalah untuk diselesaikan barulah faham bagaimana gunanya formula tu. Kementerian pelajaran juga asyik pentingkan 2 subjek ini dan galakkan anak-anak sertai kelas sains seperti sains tulen tapi sambutan masih kurang.

Tapi sekarang barulah faham kenapa subjek ni penting dan tak boleh dipisahkan sebenarnya. Subjek di dalam kelas jadi stress kerana subjek ini diasingkan, sedangkan pembelajaran matematik di sekolah ialah secara pendekatan belajar sambil bermain iaitu menghasilkan projek yang gabungkan semua teras sains dan matematik. Ceritanya pada tahun 2015 Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco nya telah melancarkan program yang diberi singkatan S.T.E.M. Program ini dilaksanakan oleh Universti Industri Selangor (UNISEL) melalui Fakulti Kejuruteraan nya. Wah satu gabungan pendidikan yang sangat ditunggu-tunggu iaitu sebuah universiti menerajui pendidikan di peringkat persekolahan. Nampak tak halatuju gabungan ini boleh menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang rakyatnya sendiri akan boleh menghasilkan rekaan produk sendiri.

Inilah S.T.E.M =
Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik
Science, Technology, Engineering & Mathematics

Asalnya, UNISEL ada program kesedaran ilmu Q-STEM iaitu Quran dan STEM.
Boleh baca sini untuk program Q-STEM : http://engineering.unisel.edu.my/program-jelajah-serta-aktiviti-q-stem/



Baca sini cerita semasa majlis pelancaran STEM oleh Exco Selangor :
http://niknazmi.com/bm/2015/05/26/pelancaran-program-stem-sel-usaha-inovasi-pendidikan-selangor/









Wednesday, August 17, 2016

Mencari lagu lagu sempena raya haji pulak

Sambil mencari ilham untuk menaikkan semangat kempen raya haji pulak untuk 12 September 2016..mencari lagu-lagu sempena raya haji pulak kat youtube..terima kasih siap ada yang buatkan siap playlist raya haji..bagusnya. hehe





Monday, August 15, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 59 Tahun 2016

Bulan Ogos kembali lagi. Bersempena dengan 31 Ogos sambutan kemerdekaan Malaysia, jom kita layan playlist lagu-lagu Patriotik dan tanam semangat cintakan tanahair Malaysia. Semua rakyat Malaysia perlu merasakan adanya semangat kemerdekaan dalam jiwa masing-masing..ada tak? rasa tak? Kalau tak rasa tentu ada sesuatu yang kurang pada diri seorang rakyat Malaysia.

OK terjumpa playlist ni, rasanya macam best dikongsi bersama semua pembaca blog ini..semoga ada rasa semangat cintakan negara dan rasa menghargai erti kemerdekaan negara kita ni hendaknya.



Saturday, August 13, 2016

Betulkan tulang belakang untuk rawatan awal pelbagai penyakit

Pertama kali ke PUSRATU selepas dengar banyak kali siaran tentang kehebatan team Tabib Nur. Kepada yg pesakit rasanya harga sangat berpatutan berbanding pakar tulang saraf (chiropractic) mainstream (?hehe) Terasa sesi rawatan dengan kasih sayang sesama muslim. Ada terapist lelaki dan wanita utk muslimah. Ha kan bagus tu aurat terjaga. Terapist muslimah cantik2 lembut je wajah mereka, yang lelaki pun smart je takde yg perut buncit,sado ade. Tapi mereka hebat sebab biasanya pesakit lebih besar badannya. Pusratu HQ di tingkat 5, kawasan Worlwide seksyen 13 Shah Alam. Dekat kan tempat hebat ni..dan yang bagusnya dibuka sabtu ahad,jadi sesuai sangat dengan apoinmen hari ni hari sabtu. Sebelum jam 9 dah sampai dengan anak2 siap bawa homework,pencil color,buku utk luangkan masa sementara tunggu selesai rawatan. Ramai juga yg menderita slipdisc,sakit belakang,lumpuh,osteoporosis,anak2 istimewa juga datang sini. Kongsi sikit cara nak buat apoinment. 1.call utk datang pertama kali 2.hari pertama datang tu hanya RM20 utk diagnos, masa sesi diagnos ni termasuk soal jawab sejarah kesihatan & ujian fisiotetapi terhadap tulang belakang dan anggota badan. Sesi pertama ni penting utk ketahui punca masalah,jenis rawatan dan kos yg akan dijelaskan ikut jenis sakit. Lain orang,lain sakitnya jadi lain kosnya. Jadi jangan dengar cakap orang kalau nak tahu kos rawatan utk diri sendiri baik datang diagnose dulu ok. Semoga rawatan alternatif ini dijadikan mainstream utk generasi akan datang. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

Monday, August 8, 2016

Setup kedai stylo

Salam bahagia semua! Tak sabar rasanya nak buka kedai sendiri..sikit lagi..apelah yg payah tu yee hehehe..maklumlah banyak perkara nak dibuat satu masa sampai tak terancang dah. Bilapun ia bermula inshaallah doakan kedaistylo sebuah kenyataan ya kawan2 ku.

Friday, July 1, 2016

SELAMAT HARI RAYA

HATI-HATI MEMANDU, DER / CIK KAK!
KALAU MEMANDU JARAK JAUH, GUNAKAN RNR SEBAIKNYA UNTUK REFRESH, JANGAN PAKSA MATA BERTAHAN..HARAP TAK MENGANTUK LAH YER




Monday, April 4, 2016

Mencari Spa Hujung Minggu? Kami buka untuk tempahan rawatan kecantikan anda

*Update 1 Julai 2020 : Santai Qaseh Spa kini Mobile - ya urutan, jagaan berpantang termasuk makanan Healthy Santai Food Pack ke rumah anda. Buat tempahan awal. 

Mencari spa hujung minggu? Anda tinggal atau bekerja di kawasan Klang? Jom singgah homespa kami - Santai Qaseh Homespa

buka Sabtu & Ahad :-)

#DEMI-CANTIK-WANITA-BEKERJA
#HOMESPA-HUJUNG-MINGGU

SANTAI QASEH HOMESPA kami terima pelanggan yang sangat-sangat perlukan rawatan SPA CUTI HUJUNG MINGGU. Hubungi YAYA 014-3663145 SEGERA untuk tempahan slot waktu cuti SABTU & AHAD ya.


SPA HUJUNG MINGGU!!!HARGA TERBAIK DI SHAH ALAM & LEMBAH KLANG


Pelbagai rawatan asas SPA boleh ditempah. Wanita bekerja tentunya penat, selalu balik rumah dalam keadaan tak sempat uruskan diri apa lagi untuk sanggup bercuti untuk tempah spa waktu bekerja kan. Jadi inilah peluang anda untuk dapatkan rawatan SPA DI RUMAH tanpa gangguan. TEMPAH SLOT ANDA SEKARANG dan YAYA akan share location untuk ke Homespa kami okay. 

***********************************************
Sedikit panduan untuk yang pertama kali nak datang ke Homespa :-
- TEMPAH JENIS RAWATAN LEBIH AWAL - supaya kami boleh sediakan keperluan lebih awal dan mungkin berbincang jenis rawatan yang sesuai
- SEDIAKAN WANG KECIL - pastikan anda tahu jumlah bayaran yang akan dibayar nanti, jadi sediakan wang kecil secukupnya untuk mudahkan bayaran tunai ok. Kalau anda boleh bayar secara online boleh bayar awal ke akaun YAYA dan maklumkan YAYA bayaran sudah dibuat, jadi anda tak perlu risau kalau kami tak cukup wang baki!
- DATANG TEPAT PADA MASA - sebolehnya keluar rumah awal supaya anda tak sesat dan dapat tiba di Homespa kami pada masa yang dijanjikan. Ini supaya anda tak kelam kabut dan tenang sahaja untuk tempoh masa rawatan anda. Kerana kami pun perlu tepati ruang masa pelanggan seterusnya ya.
- BAWA KUDAPAN SENDIRI - Jika perlu bawa air minuman atau kudapan sendiri manalah tau sesi anda mungkin untuk tempoh yang lama
- HANYA PELANGGAN WANITA dibenarkan masuk ke Homespa - maksudnya masuk rumah lah kan. Kalau ada geng lain nampaknya tunggu di luar pintu ya
- HORMATI TUAN RUMAH - sebagaimana adab masuk ke rumah orang gitulah hormat kami dan kami juga akan hormat anda dengan sama-sama menjaga aib kami dengan anda. 


TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN & SOKONGAN ANDA

#DEMI-WANITA-BERDAYA - NEGERI-SELANGOR
Hubungi YAYA 014-3663145 untuk SPA HUJUNG MINGGU