Followers

Saturday, August 13, 2016

Betulkan tulang belakang untuk rawatan awal pelbagai penyakit

Pertama kali ke PUSRATU selepas dengar banyak kali siaran tentang kehebatan team Tabib Nur. Kepada yg pesakit rasanya harga sangat berpatutan berbanding pakar tulang saraf (chiropractic) mainstream (?hehe) Terasa sesi rawatan dengan kasih sayang sesama muslim. Ada terapist lelaki dan wanita utk muslimah. Ha kan bagus tu aurat terjaga. Terapist muslimah cantik2 lembut je wajah mereka, yang lelaki pun smart je takde yg perut buncit,sado ade. Tapi mereka hebat sebab biasanya pesakit lebih besar badannya. Pusratu HQ di tingkat 5, kawasan Worlwide seksyen 13 Shah Alam. Dekat kan tempat hebat ni..dan yang bagusnya dibuka sabtu ahad,jadi sesuai sangat dengan apoinmen hari ni hari sabtu. Sebelum jam 9 dah sampai dengan anak2 siap bawa homework,pencil color,buku utk luangkan masa sementara tunggu selesai rawatan. Ramai juga yg menderita slipdisc,sakit belakang,lumpuh,osteoporosis,anak2 istimewa juga datang sini. Kongsi sikit cara nak buat apoinment. 1.call utk datang pertama kali 2.hari pertama datang tu hanya RM20 utk diagnos, masa sesi diagnos ni termasuk soal jawab sejarah kesihatan & ujian fisiotetapi terhadap tulang belakang dan anggota badan. Sesi pertama ni penting utk ketahui punca masalah,jenis rawatan dan kos yg akan dijelaskan ikut jenis sakit. Lain orang,lain sakitnya jadi lain kosnya. Jadi jangan dengar cakap orang kalau nak tahu kos rawatan utk diri sendiri baik datang diagnose dulu ok. Semoga rawatan alternatif ini dijadikan mainstream utk generasi akan datang. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

No comments:

Post a Comment