Salam sahabat. Berkongsi cerita tentang sebalik kejayaan bagaimana peniaga buah biasa mengubah cara bisnes warisan keluarganya menjadi peniaga buah luarbiasa seiring kehendak masa kini. Kepada pelanggan setia MBG tentu nak tahu kenapa kiosk buah ni hebat sangat kan. Jom baca sebagai motivasi dan bolehlah fikirkan sesuatu bisnes untuk diwariskan kelak.
-------------------------------------------
Dari Jalan Petaling ke Mid Valley
Bermula dengan menjual buah-buahan secara kecil-kecilan, perniagaan Lee Foo kemudian diteruskan oleh anak lelakinya Ying Cheong. Legasi perniagaan itu diteruskan oleh cucunya, Adnan Lee yang kini menjual buah-buahan di pasar raya.
Legasi perniagaan buah-buahan keluarga Lee bermula di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar tahun 60-an dan 70-an.
Seperti rakan-rakannya yang lain, Lee Foo yang berasal dari China memilih untuk berhijrah ke Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu untuk mencari rezeki dan memulakan kehidupan baru.
Bermula sebagai buruh kasar, pendapatan yang kecil menyebabkan Lee beralih menjaja buah-buahan secara kecil-kecilan di sekitar Kuala Lumpur.
Dengan pendapatan itu juga dia membesarkan lapan orang anaknya semasa menetap di sebuah perkampungan setinggan di Bukit Bintang.
Keramahan Lee menyebabkan beliau disenangi penduduk setempat. Bahkan kegigihannya juga menjadi inspirasi anak-anaknya.
Tradisi perniagaannya itu kemudian diambil alih oleh salah seorang anaknya, Lee Ying Cheong, 60. Ying Cheong berniaga buah-buahan di sekitar Pasar Pudu dan Jalan Imbi sekitar tahun 70-an dan 80-an dengan basikal roda tiga.
Pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah, Ying Cheong membawa keempat-empat orang anaknya ke tempat beliau berniaga sambil dibantu isterinya, Loh Lai Choo, 53. Selain dapat membantunya, Ying Cheong mahu anak-anaknya memahami bagaimana sukarnya dia dan isteri mencari rezeki.
Tanpa disedari, anak sulung Ying Cheong, Adnan Lee, 35, mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Adnan kerap mengikut dan membantu bapanya berbanding adik-beradiknya yang lain.
Segala selok-belok perniagaan dikutip dan dijadikan landasan untuk mewarisi perniagaan keluarganya itu.
Lelaki dengan ketinggian 194 sentimeter (sm) itu sebenarnya amat meminati bidang lukisan ketika di bangku sekolah, namun minat itu tidak menghalangnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang diwarisi sejak berumur lapan tahun.
Basikal roda tiga
Sejurus menamatkan pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1994, beliau memberanikan diri berniaga dengan basikal roda tiga.
"Hari pertama berniaga, saya mendapat keuntungan sebanyak RM30, walaupun kecil namun sudah cukup untuk membakar semangat saya agar terus gigih dalam bidang ini," kata Pengarah Urusan MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn. Bhd. itu.
Menceritakan pengalaman pahit yang ditempuhinya, Adnan memberitahu ketika itu dia tidak mempunyai lesen dan berniaga di beberapa buah lokasi di sekitar ibu negara.
"Sebab itu, setiap kali nampak kelibat lori atau pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya akan segera menutup perniagaan dan melarikan diri. Saya bukan sahaja pernah didenda, bahkan barang-barang perniagaan juga pernah disita sebelum ini," ujarnya.
Serik berdepan dengan pengalaman pahit itu setiap hari, Adnan nekad membuka perniagaan secara tetap di Pasar Imbi pada sebelah pagi.
"Ketika itu perniagaan semakin berkembang, habis berniaga di pasar pagi, pada sebelah malamnya saya akan berniaga di pasar malam di sekitar Taman Desa, Taman Maluri dan Kuchai Lama
Memeluk Islam pada 2001 dan berkahwin dengan seorang warga Indonesia, Nurul Aini, 34, pada tahun yang sama, Adnan bertekad untuk memperkenalkan buah-buahnya di pasar raya.
"Cawangan pertama saya ialah di pasar raya NSK Selayang. Saya bertanggungjawab menguruskan bahagian penjualan buah-buahan situ, selepas itu saya menguruskan cawangan kedua di pasar raya NSK Rawang," ujar bapa kepada tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Lee Mei Yee, 8, Nur Lee Tar Sha, 6 dan Diana Lee Mei Kuan, 4.
Tanpa menoleh ke belakang, Adnan memberanikan diri membuka cawangan di pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang pada 2005.
"Saya mengeluarkan modal sebanyak RM90,000, pada mulanya keluarga tidak bersetuju kerana ia berisiko tinggi tetapi saya berjaya menyakinkan mereka.
"Dalam tempoh enam bulan pertama, perniagaan saya mengalami kerugian disebabkan kekurangan pelanggan, apabila dikaji ia berpunca daripada ketiadaan promosi. Dari situ baru saya tahu, konsep berniaga di pusat beli-belah berbeza dengan berniaga di pasar malam," ujarnya.
Minat yang mendalam dalam bidang lukisan sedikit sebanyak memberi idea kepada Adnan untuk menjenamakan perniagaannya di bawah MBG.
Jelasnya, usaha dan strategi pemasaran yang dilakukan ternyata berhasil apabila konsep yang diperkenalkan mendapat kepercayaan pelanggan dan pengusaha pusat beli-belah khususnya di sekitar Lembah Klang.
"Saya berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu kebersihan gerai dan premis, sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dan memastikan kualiti produk yang dijual. Jika mereka tidak berpuas hati kita akan pulangkan semula wang tanpa ragu-ragu.
"Berkat kesungguhan saya, MBG akhirnya mampu berdiri teguh dan kini mempunyai 16 cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk satu di Melaka. Antara cawangan yang ada ialah di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve," kata Adnan yang mempunyai 140 orang pekerja.
Perkembangan dunia teknologi tanpa sempadan menyebabkan Adnan cuba mempromosikan perniagaannya secara talian dan khidmat penghantaran.
"Idea ini timbul kerana saya tidak mahu ketinggalan dalam bisnes sebab itu saya tidak ragu-ragu untuk melabur dan membangunkan kaedah jualan secara talian.
"MBG juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran buah-buahan kepada pelanggan dan mungkin ia antara konsep pertama yang diperkenalkan di negara ini," ujarnya yang memberitahu setiap buah tidak akan disimpan lebih daripada seminggu.
Gembira dengan maklum balas daripada pelanggan, Adnan berkata, kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan.
"Kami mempunyai seorang pekerja penghantar di setiap cawangan, jika pelanggan menempah sebelum pukul 12 tengah hari, buah-buahan tersebut akan dihantar pada sebelah petang, jika tempah pada waktu petang ia akan dihantar keesokan hari.
"Lagipun buah-buahan bukannya seperti makanan segera yang perlu dimakan terus. Ia mungkin disimpan sebelum dimakan dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari kemudian, kecuali mereka yang inginkan perkhidmatan segera," jelasnya yang bercadang membuka cawangan di Jakarta, Indonesia.
Artikel penuh di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
Perkongsian cerita yang baik-baik untuk ibu dan anak dan semua yang ibu sayang. Jom sama-sama menulis demi pandaikan bangsa dan kekal Stylo gitu!
Followers
Wednesday, September 17, 2014
Monday, September 15, 2014
Pasar Mini Ros Mart di Kampung Banting, Sabak Bernam
![]() |
| Pasar Mini Ros Mart terletak di Kampung Banting, Sabak Bernam |
Salam hari Isnin, salam cuti sekolah. Amboi ramai keluarga yang ada program jalan-jalan, banyak juga partition kat opis kosong kerana cuti sekolah. Takpe inilah peluang keEMASan bersama anak-anak. OK kali ini nak cerita dan promosi sebuah perusahaan Pasar Mini Ros Mart, kepunyaan seorang sahabat bernama kak Ros..(haha sahlah memang kedai Ros tu nama dia). Kedainya jual pelbagai barangan harian dan produk IKS jadi bolehlah singgah sesiapa yang berada di kawasan tersebut, kedai di tepi jalan besar - Kampung Banting, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Semoga kedai bertambah maju. Satu perkara tentang kak Ros ni ialah seorang yang aktif dan "tangan sejuk" (huhu perumpamaan bagi orang yang tanam ape pun menjadi..) sebab memang suka berkebun orangnya. Kak Ros juga sedang mengusahakan tanaman Ros Jepun, buat masa ni bunga-bunga Rosnya berkembang cantik untuk dipasarkan dan sila lah order jika ada yang perlukan bunga segar/anak pokok. Mungkin ada kawan-kawan yang menjalankan spa mandi bunga sangatlah sesuai jadi pembekal bunga korang..ha bolehlah kongsi cerita pulak apa kelebihan aura bunga jenis ni ye tak.. OKlah selamat berurusniaga ya, semoga cerita saya ni membuka peluang rezeki dan silaturrahim yang lain kepada sesiapa yang membacanya.
Berkawanlah (hubungi) dengan beliau melalui FB Shoppe Ros dan lihat sendiri gambar2 ros jepun cantik dll produk bisnes beliau ok
Sekian dulu info nya sebab saya pun belum sempat singgah lagi. Apa pun tahniah kepada kak Ros kerana sudah ada kedai betul (kedai saya masih virtual lagi) Semoga bertambah maju jaya! Sesekali tu jual lah anak pokok dll promosi buka booth di perkarangan pejabat SUK Selangor ya, tentu dapat sambutan hangat dan dapat jumpa kawan lama semula kan :-)
Friday, August 29, 2014
Pesta Buku Selangor Mulai 29 Ogos Hingga 8 September 2014
Salam Jumaat.

Hari ini bermula Pesta Buku Selangor 2014 yang datang lagi bertempat di Shah Alam Convention Centre. Tarikh 29 Ogos - hingga 8 September 2014. Lokasi memang sesuai sangat sebab di tengah pusat bandar, ibu lagi lah suka sebab lepas pegi pesta buku boleh cuci mata shopping kat sebelahnya SACC Mall atau ke Kompleks PKNS ehehe. OK nak letak sini info mengenai pesta buku selangor boleh pergi ke website rasminya http://www.pestabukuselangor.my
Tarikh pun sangat sesuai sebab boleh merancang untuk pergi bawa anak-anak sempena cuti hujung minggu dan Merdeka, kalau tak sempat pun hari Isnin ni cuti pun boleh. Cubalah rancang sebaiknya ya terutama kalau yang nak bawa bersama anak-anak yang ramai macam askar tu. Kepada anak-anak kalau berjalan tempat sesak camtu jangan berjauhan dengan ibu ayah ya, behave good boy & good girl. Hm jom kita tengok2 industri buku tanahair di setiap booth, sertai acara PPAS dan pilih-pilih sebelum beli buku yang memandaikan bangsa..kena cari ni..jom.
Wednesday, August 20, 2014
4 Sebab Sarapan Itu Penting
Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun ramai juga yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesihatan. Mereka yang berfikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Kajian di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 peratus tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.
Supaya lebih faham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :
1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan
Menunda sarapan membuat anda sukar memperoleh nutrisi dan vitamin yang diperlukan. Menu sarapan seperti bijirin dengan susu atau yogurt rendah lemak akan memberi cukup kalsium dan serat.
2. Sarapan boleh menurunkan berat badan
Ketika anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan anda merasa lapar pada sekitar jam 11. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum penuh. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.
3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak
Kajian para ahli dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar energi - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, anda merasa lelah dan melayang-layang
4. Perlindungan terhadap sakit jantung
Kajian menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk bijirin bersama susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.
Petikan dari internet http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/9564-4-sebab-sarapan-itu-penting.html

Cerita Kopi Sebagai Booster Susu Ibu
Salam bahagia ibu ayah, di samping keluarga tersayang. Masih dalam mood raya dan suasana kunjung mengunjung ke rumah keluarga dan kenalan. Begitulah kita bertuah dapat beraya dan bergaul mesra ke sana sini dalam suasana harmoni yang adanya hanya di Malaysia bertuah ini. Cerita tentang kopi ini tiba-tiba muncul jadi idea untuk ditulis di blog ini kerana rupa-rupanya ramai ibu yang takut nak minum kopi ketika sedang menyusukan bayi. Kalau nak tahu kopi juga boleh jadi penggalak kepada kilang susu badan si ibu (ormputih panggil Booster gitu).
Dipendekkan cerita, kopi apa pun boleh asalkan diminum panas. Oleh sebab saya juga percaya khasiat Gamat, saya masih setia dengan kopi Gamat Dan Pegaga keluaran Gamat Emas yang satu ni sebab kopinya tak kuat/kow sangat dan ada khasiat Gamat Dan Pegaga yang sinonim dengan kesihatan wanita. Sekotak baru RM29 jadi boleh lah minum kekerapan 1 kali sehari pun dah cukup keperluan kafein badan kita. Kalau dah test takde effect pada perut baby bolehlah layan 2 kali sehari..kopi segera bancuh ni memang sedap jadi ikut koranglah.
Katalog KOPI GAMAT dan banyak lagi di page saya Kedai Gamat
Cuma saya kata kalau nak usaha kilang susu berterusan kenalah ubah cara hidup sikit..sikit jer iaitu makan secara sihat dan teratur ikut waktu, jangan tinggal sayur hijau terutama bayam dan sawi yang kaya dengan kalsium dan merupakan Booster juga untuk kilang susu. Sebolehnya sayur dimasak bening/rebus dan airnya dihirup sama. Minum cukup air masak, elakkan air sejuk. Hm apa lagi ya nak tinggal petua susu..oh ya jangan lupa kudapan atau selang waktu makan tu bolehlah gigit-gigit buah kurma, badam, rempah habbatussauda. Kalau yang tak suka minum susu pula, sila kuatkan juga semangat untuk minum susu segelas sehari sekurang-kurangnya waktu sarapan atau sebelum tidur. Haha jangan nak perleceh pasal susu ya, kurang kalsium/magnesium nanti tulang dan gigi ibu pun boleh reput, tau-tau gigi pecah atau patah atau kaki selalu cramp atau kena sakit lutut atau slip-disc..huhu itu yang saya tahu lah. Tu belum cerita kekurangan kolagen, dehydrated akibat kekurangan air dan lain-lain. Takpelah setakat ni dulu, nanti si ibu baru yang membaca jadi takut pula nak hadapi macam-macam dugaan seterusnya. Sekian dulu perkongsian waktu ini. Wassalam. Semoga ibu-ibu sihat selalu kerana ibu kekuatan keluarga.
Berminat nak dapatkan kopi Gamat Dan Pegaga boleh PM/mesej/whatsapp ok :-)
Dipendekkan cerita, kopi apa pun boleh asalkan diminum panas. Oleh sebab saya juga percaya khasiat Gamat, saya masih setia dengan kopi Gamat Dan Pegaga keluaran Gamat Emas yang satu ni sebab kopinya tak kuat/kow sangat dan ada khasiat Gamat Dan Pegaga yang sinonim dengan kesihatan wanita. Sekotak baru RM29 jadi boleh lah minum kekerapan 1 kali sehari pun dah cukup keperluan kafein badan kita. Kalau dah test takde effect pada perut baby bolehlah layan 2 kali sehari..kopi segera bancuh ni memang sedap jadi ikut koranglah.
![]() |
| Kopi Gamat Pegaga - peket bancuh segera di pejabat, rumah dan di mana-mana |
Cuma saya kata kalau nak usaha kilang susu berterusan kenalah ubah cara hidup sikit..sikit jer iaitu makan secara sihat dan teratur ikut waktu, jangan tinggal sayur hijau terutama bayam dan sawi yang kaya dengan kalsium dan merupakan Booster juga untuk kilang susu. Sebolehnya sayur dimasak bening/rebus dan airnya dihirup sama. Minum cukup air masak, elakkan air sejuk. Hm apa lagi ya nak tinggal petua susu..oh ya jangan lupa kudapan atau selang waktu makan tu bolehlah gigit-gigit buah kurma, badam, rempah habbatussauda. Kalau yang tak suka minum susu pula, sila kuatkan juga semangat untuk minum susu segelas sehari sekurang-kurangnya waktu sarapan atau sebelum tidur. Haha jangan nak perleceh pasal susu ya, kurang kalsium/magnesium nanti tulang dan gigi ibu pun boleh reput, tau-tau gigi pecah atau patah atau kaki selalu cramp atau kena sakit lutut atau slip-disc..huhu itu yang saya tahu lah. Tu belum cerita kekurangan kolagen, dehydrated akibat kekurangan air dan lain-lain. Takpelah setakat ni dulu, nanti si ibu baru yang membaca jadi takut pula nak hadapi macam-macam dugaan seterusnya. Sekian dulu perkongsian waktu ini. Wassalam. Semoga ibu-ibu sihat selalu kerana ibu kekuatan keluarga.
Berminat nak dapatkan kopi Gamat Dan Pegaga boleh PM/mesej/whatsapp ok :-)
Wednesday, July 16, 2014
Amalan Minum Teh Mahkota Dewa Semasa Bulan Puasa
Masih dalam bulan puasa. Tapi ada yang pergi check-up bacaan gula naik kerana leka menikmati juadah berbuka yang manis manis belaka. Tu belum sambung lagi makan dan terus makan sampai lah waktu tidur terutama apabila ahli keluarga berkumpul ramai-ramai. Itu lah antara dugaan berpuasa bagi pesakit kencing manis/Diabetis kan, susah nak elakkan dari menjamah sedikit demi sedikit hidangan gula berkalori tinggi. OK kepada yang sakit dan yang sihat ni, kita fikir positif ya, semuanya harus bersederhana dalam bab makan tak kira bulan puasa dan bulan lain juga..beringat sebelum merana.
Sebelum ni saya pernah tulis pasal amalan minum teh dari buah Mahkota Dewa di sini, sekarang nak mengingatkan juga petua yang sama untuk terus diminum semasa bulan puasa ni bagi mengawal kadar gula berlebihan dalam badan ya. Flush gula berlebihan dengan istiqamah ok.
Tuesday, July 1, 2014
Kerepek Popia Rumpai Laut Sedap
![]() |
| Popia Rumpai Laut FY |
![]() |
| Popia Rumpai Laut FY |
TEMPAHAN DIBUKA!!
Ok pendek cerita tempahan dibuka sepanjang masa, boleh tinggalkan komen di sini atau pm kat Facebook Fendi Kecik atau Yaya Kecik (diorang ler taukey FY)
Telefon/whatsapp : 017-6278090
Jangan lupa tempah dan bagitau kat ruangan komen sini untuk kongsi bagaimana korang rasa ya..ayuh kongsi keenakannya.
Sempena raya ni tempahan didatangkan dalam bentuk balang sederhana besar. Sila pm/mesej taukey untuk harga istimewa korang ya :-)
Tempahan juga dibuka untuk musim perayaan, sebagai titbits/kudapan jamuan atau hari-hari biasa, juga tempahan khas untuk cenderahati perkahwinan, gubahan hantaran, Candy Station untuk majlis kahwin dan harijadi kanak-kanak, dan lain-lain. Hadiahkan tetamu korang dengan kudapan yang lain dari yang biasa.
OK setakat ni dulu, semoga taukey FY terus maju dengan kerepek popia rumpai laut.
Subscribe to:
Posts (Atom)