Followers

Tuesday, January 19, 2021

Sekolah Online Di Rumah? Semoga ibu ayah boleh kawal Stress


Hai

 Esok sekolah Online bermula (20 Januari 2021) . Tekanan semula buat ibu bapa..


.

Harap cikgu rakam semua sesi Online dan share link untuk tonton bila-bila masa, tidak perlu risau pelajar tak join sesi ikut jadual kerana tak semua Mampu untuk ber-Online pada masa yang sama.

.

Kalau cikgu buat rakaman video mengajar pun ok. Boleh kami jadikan ulangan sampai faham.

.

.

.



//Maafkan ibu ayah tak mampu setting ala cyber cafe kat rumah ya anak-anak..



Hari ini persiapan akhir untuk mulakan sesi sekolah anak secara online esok. Ada yang share gambar siapkan komputer anak sorang satu dah macam cyber cafe. Tahniah rezki anak-anak.. Kebetulan ada yang masih mempunyai koleksi pc atau laptop lama. Yang takde komputer dah siapkan smartphone dan pasang siap unifi. Kali ni persiapan lebih lengkap berbanding semasa PKP tahun 2020 lalu. Ada yang menunggu parcel shopping tiba kerana pesan headphone tambahan agar boleh fokus, tak mengganggu dan terganggu. Begitulah kesungguhan ibu ayah demi memastikan anak-anak boleh ikut belajar dalam apa juga keadaan. 

.

Wahai anak, harap korang faham pengorbanan ibu ayah kali ini nak pastikan anak tidak ketinggalan setiap silibus. Kalau boleh jangan jadi macam ibu belajar di kolej milik melayu yang diasaskan oleh almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz sahaja zaman dahulu yang masih dipandang rendah sektor kerajaan. Sehingga kini masih perlu buktikan setaraf dengan MQA sedangkan MQA yang boleh bantu mengiktiraf kami lulusan kolej zaman dulu. 

Pengajarannya kalau nak belajar nanti masuklah universiti awam haha. Eh serius! Jangan jadi mangsa keadaan macam ibu ya, perlu berada 20 tahun kerja di tempat sama demi menyara keluarga. Banyak potensi diri dibiar KIV terlalu lama kerana keadaan tak mengizinkan hingga tak sedar diri dah semakin berusia untuk sambung semula masuk universiti. Biarlah anak-anak jadi penyambung perjuangan bangsa ibu ayah ya. Itulah rupa-rupanya susunan hidup yang diaturkan. Jangan lupa kita tuntut ilmu untuk memberi kepada ummah. 

Yes, please remember: We learn to serve the ummah !

.


Dah kenapa ibu tulis panjang pasal masuk sekolah online ni? Sebab ibu semakin stress risaukan anak-anak untuk hadapi cabaran baru, boleh faham ke tak dengan cara berguru secara maya ni. Kesian adik yang masuk tahun satu esok pun tak dapat pengalaman melalui sesi Orientasi jejak kaki pertama ke sekolah. Ibu ayah biasanya akan cuti untuk teman anak yang pertama kali ke sekolah kan. Momen tu lambat sikitlah nampaknya tunggu sekolah dibuka semula nanti.

.

Saya doakan ibu ayah tak stres dan saling memahami kekurangan kita semua. Ya harap tak saling menyalahkan kalau tak dapat berada di samping anak-anak teman belajar sama. 

Sekali lagi maafkan ibu ayah jika tak mampu mengadakan komputer sorang satu dan internet tak selaju dalam iklan tu ya. Itu semua di luar kemampuan kami. Ada masa kita semak homework sama-sama ya. 

.

No comments:

Post a Comment