Followers

Friday, September 18, 2020

Berkongsi makanan kesihatan yang saya makan dan mekap yang digunakan


Ingin kekal sihat di usia 40an? 50an? Masih larat berkejar ke tempat kerja, urus hal anak-anak dan pastikan rumah tak bersawang? Heh bila masa pulak nak berehat tu..hehe ibu kena kuat fizikal dan mental sebab jadi sandaran keluarga sampailah akhir hayat..kalau ada anak kecil memang susah nak tidur apalagi nak ada Me-Time konon. 

Rasa sayang rasa bersalah kalau tak kongsikan apa yang saya amalkan untuk jaga kesihatan dalaman dan penampilan luaran. Lagi rasa bersalah kalau tak bagitau Malaysia ni kita ada produk berkualiti bagus serba serbi Halal iktiraf bukan main-main. Mereka founder produk buatan Malaysia yang patut kira #SupportLocal #SupportBMF .Hm apa yang saya makan untuk sel itu penting, dan produk mekap pun memang pilih yang Local mampu milik untuk repeat. Hati rasa tenang dapat guna sambil beramal dari #SupportLocal #SupportBMF. Hati tenang, wajah pun berseri. Usia berapa pun tak kisah, semua sekeliling orang sayang kita. Alhamdulilah setiap hari dalam circle positive..terima kasih semua yang sayang saya..hehe perasan jap..siapa tak suka orang sayang kan..

Makanan sel yang saya maksudkan ialah 1 sachet setiap pagi Richglow Classy Lady Juice ~ datang dalam packaging menarik Pink Box dan sachet tersusun elok sebaik isi jus nya yang berkhasiat. Dalam kotak pink ini isinya sama dengan ramuan jamu tapi lebih mudah diamalkan sebab jus sangat sedap rasa masam-masam manis dan koyak aje dari sachet. 

Juga ada Richglow in Red Box iaitu 

Set Mekap ialah produk dari Nurraysa. Suka dengan tagline nya Mekap Mesra Wuduk. 

Ya iklan Richglow dan Nurraysa ada di mana-mana sejak sekian lama. Jadi bertambah keyakinan untuk repeat guna produk berkualiti mereka.

Jadi hari ini cerita terus kepada apa yang saya ambil untuk makanan sel dan mekap yang saya guna. Lain kali kita cerita kebaikan produk mereka ni ok. Walaupun boleh aje cari cerita mereka di internet tapi saya tetap nak terus menulis tentang produk mereka yang sangat baik untuk kaum wanita, anak-anak dan seisi keluarga. Keluarga pun kena tahu kebaikan supaya saling sokong menyokong dan bersama-sama amalkan produk tempatan yang berkualiti. Dengan izin Allah semua wanita terutama muslimat di negara Malaysia dan tersebar ke seluruh dunia kita sentiasa sihat, dimudahkan urusan dan sentiasa dipelihara Allah. 

Terima kasih baca sampai habis. Cerita ini macam cerita-cerita kat Styloibu.blogspot.my yang ceritanya kadang-kadang macam drama bersiri kejap sambung kejap edit dek kekurangan masa mengarang ayat yang sesuai sekaligus untuk sesebuah Post. 

Belum berkesempatan menambah video di Youtube Channel : Stylo Ibu. Kalau rajin singgah dan subscribe terima kasih beri semangat. 

Anak-anak kecil terlebih dahulu rebut handphone saya di rumah jadi belum boleh jadi Youtuber atau nak explore perniagaan online betul-betul. Beruntungnya korang yang ada masa berbalas-balas wasap, tweet, insta lah amboilah seronok ya. Harap korang berjaya sebagai apa yang korang nak dari social media tu. Saya doakan semakin ramai wanita berani gunakan peluang untuk berjaya dalam segala bidang yang korang buat. Teruskan dengan konsisten, ajar perturunkan ilmu kepada anak-anakmu, kepada lebih ramai wanita di luar sana yang sangat-sangat perlukan petunjuk setiap waktu.

Di kesempatan ini, saya nak beritahu kepada wanita yang sama bekerja atau surirumah memang ada ruang untuk anda berniaga dan buat pendapatan sampingan. Boleh mesej saya untuk tahu peluang yang ada dan join team yang akan membantu anda. Murah, mudah tak perlu daftar SSM untuk mula.


Resipi Untuk Anak Dan Keluarga : Karipap Tak Pedas Untuk Anak


Berikut dikongsikan cara nak buat karipap versi yang tak pedas untuk anak kerana guna hanya serbuk kari yang memang dah sedia ada rasa pedas. Cukuplah untuk anak-anak buat sarapan atau bekal ke sekolah. Sesuai juga untuk yang memang tak suka inti pedas. Kadang-kadang kalau beli karipap yang siap goreng atau frozen tak boleh nak agak rasa intinya, kalau sedap memang repeat beli lah. Kalau yang beli kadang dapat yang terlebih pedas, terlebih masin, terlebih manis pun ada. Jomlah ibu-ibu kita buat sendiri karipap versi tak pedas ikut tekak sendiri. Buat banyak mana pun boleh, kalau lebih boleh frozenkan. Ajak anak dara bantu sekali terutama part mencanai doh tu anak memang suka ambil bahagian.

Sebagai panduan, sukatan cawan yang digunakan ialah cawan sukatan standard size beli di kedai bakeri. Kalau nak jadikan panduan nak guna cawan minum pun boleh tapi guna yang sama supaya tetap jangan macam-macam saiz pula.

1. PENYEDIAAN BAHAN 

Bahan untuk doh:

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak, dipanaskan
1 sudu besar marjerin
1 1/2 cawan air sejuk
sedikit garam / 

Bahan untuk inti:

3 biji kentang, potong dadu kecil (rebus dan toskan)
1 sudu besar serbuk kari
1 peket stok ayam
Air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
sedikit garam


2. CARA-CARA

1. Buat doh
Satukan tepung dan minyak yang dipanaskan. Gaul dengan sudu
Tambah marjerin, gaul dengan tangan sampai jadi seperti serbuk
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati
Uli sampai jadi doh
Simpan sebentar dalam peti ais (bawah) sementara sediakan inti

[sambung..]