Jarang kita sembang pasal sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia tercinta, pada 31 Ogos 2020 setiap tahun. Pernah kita ajak anak-anak sertai sambutan di sekolah, saksikan perarakan setiap tahun di TV, dengan harapan mereka pun faham erti kemerdekaan, sampaikan setiap tahun 31 Ogos ialah hari kebesaran negara sampai kerajaan bagi cuti dalam kalendar Malaysia. Untuk girl, selalunya excited nak pakai baju/tudung tema bendera :-)
Tahun ini 2020, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia lebih bermakna. Kita telah lalui satu perjuangan unik yang telah menyatu-padukan seluruh rakyat Malaysia demi perjuangan membebaskan negara dari wabak pandemik Coronavirus (Covid-19).
Kongsi sikit adanya bahan promosi khas untuk rujukan mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia. Dibangunkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi maklumatnya sah dan boleh jadi rujukan sesiapa. Website ni bukan baru sebab kami di kerajaan rujuk untuk logo dan tema setiap tahun tapi baru hari ni nak cerita di sini :-
- Laman web : http://malaysiamerdeka.my
- Facebook : @merdeka360 https://www.facebook.com/HariKebangsaanHariMalaysia2020/
- Twitter : @merdeka360
- Instagram : @merdeka360
- Spotify : https://open.spotify.com/playlist/4keVB3tiDSE05lNumxsxh9?si=zbF5i1LvRcmmnEW72OPl7w
Oleh kerana perjuangan ini suatu sejarah, maka di sini juga ibu catatkan sebagai suatu kenangan buat anak-anak ibu. Ketika ini ditulis, anak-anak ibu masih berada di rumah kerana sekolah belum dibuka. Hanya ibu ayah sahaja yang sudah keluar bekerja. Kakak yang perlu jaga sesama adik-adik, duduk elok-elok di rumah sementara ibu ayah balik petang nanti.
Ibu ayah juga melalui pengalaman baru ketika sekolah ditutup pada Mac lalu. Ibu ayah lebih banyak masa di rumah dengan anak-anak. Banyak pula kejadian yang kebetulan semasa awal Perintah Kawalan Pergerakan. Hari pertama ibu terpaksa pergi ke pejabat untuk tugasan penting team taskforce, memandu meredah keheningan jalan yang lengang macam bandaraya dah tiada orang. Pengalaman pertama kali ditahan untuk periksa suhu di pintu masuk bangunan pejabat dan berdoa tidak demam ketika itu.
Ibu ayah sentiasa risau tentang keselamatan, pastikan hanya sesekali keluar apabila perlu topup bekalan makanan sahaja. Nak isi minyak kereta pun teragak-agak pegang pam. Panik mengenai kebersihan tangan, jadi apabila balik dari kedai sahaja mesti cepat-cepat cuci tangan.
Semua orang ada cerita masing-masing semasa menghadapi PKP Fasa 1..
Cerita tentang realiti bekerja dari rumah.
Cerita tentang bekalan makanan semasa PKP.
Cerita tentang terjejas punca rezki.
Cerita tentang kebersihan diri dan supplemen.
Cerita face mask tak cukup bekalan di kedai.
Cerita tentang filem berkaitan Pandemik dicari semula.
Cerita tentang penjarakkan sosial.
Cerita tentang terpisah sementara pun ada.
Cerita group Whatsapp, Telegram, geng online semakin meluas.
Cerita beli barang online.
Cerita semakin ramai jadi peniaga online.
Cerita semakin ramai Youtuber Malaysia.
Cerita stress.
Kemudian PKP Fasa 2 dikenali sebagai PKPB.
Cerita boleh keluar bekerja dengan norma baharu.
Cerita sektor utama kerajaan diutamakan beroperasi.
Cerita kehadiran kakitangan masih boleh ikut giliran.
Sekarang kita di PKP Fasa 3 dikenali sebagai PKPP.
Cerita jalanraya mula sesak tetapi masih terkawal.
Cerita semua sektor kerajaan dengan kehadiran penuh.
Cerita penerapan nilai norma baharu kepada anak-anak sekolah.
Cerita mula balik share cerita politik.
Dan masih dalam dalam debaran lagi adakah PKP akan bersambung lagi selepas fasa sekolah dibuka pula..jalanraya akan kembali jem, harap jangan bawa anak-anak singgah kedai dulu selain pergi-balik sekolah. Jadi sekali lagi kebimbangan baru..
Cerita jalanraya kembali sesak.
Cerita pusat jagaan dan transit anak sekolah semakin bertambah anak-anak berada di tempat jagaan sementara ibu ayah balik ambil.
Cerita face mask anak-anak.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA 2020
...sambung..
No comments:
Post a Comment