Followers

Tuesday, July 28, 2020

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia Secara Serentak Di Seluruh Negara Pada 28 Julai 2020

Selesai acara pagi ini, 28 Julai 2020, majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2020 Dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang kali ini diadakan secara serentak di seluruh negara melalui LIVE Streaming. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi ucapan dan melancarkan dari Putrajaya, dengan disaksikan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan negeri-negeri di lokasi perhimpunan masing-masing. 





Ini poster pelancaran di peringkat Negeri Selangor



Sememangnya momen yang bersejarah sementelah kita menyambut bulan kemerdekaan dalam suasana masih berusaha membebaskan negara dari wabak Coronavirus/Covid19. Inilah sejarah tahun 2020 yang ibu nak kongsikan di sini. Betapa kemerdekaan negara selama ini telah berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama boleh hormat dan tunduk patuh kepada arahan satu pentadbiran Kerajaan Malaysia. Dengan patuhnya kita inilah yang berjaya menjadikan negara Malaysia selamat, aman dan sejahtera. Sekarang anak-anak ibu perlu pertahankan kemerdekaan negara Malaysia. Bukan senang, tapi boleh dilakukan dengan mengenal diri, mencari jati diri.

Tema kali ini ialah "Malaysia Prihatin" mengangkat usaha semua rakyat Malaysia yang sama-sama memerangi wabak, dari barisan hadapan di peringkat permulaan PKP Mac lalu hinggalah kita sendiri yang menjadi penentu kejayaan SOP di peringkat PKPP. 

Semoga semua kita rakyat Malaysia dan pendatang yang ada di bumi Malaysia ini sedar diri dan patuhi semua arahan, amaran, nasihat Kerajaan Malaysia. Semoga bumi Malaysia dilindungi Allah Yang Maha Besar (Allahu Akbar).

Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 63 di tahun 2020.
(Malaysia Merdeka 1957 - 2020)

Tuesday, July 14, 2020

Julai : Bulan persiapan sambutan kemerdekaan Malaysia 31 Ogos

Malaysia Merdeka

Bismillah pembuka bicara hari ini, 14 Julai 2020.

Jarang kita sembang pasal sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia tercinta, pada 31 Ogos 2020 setiap tahun. Pernah kita ajak anak-anak sertai sambutan di sekolah, saksikan perarakan setiap tahun di TV, dengan harapan mereka pun faham erti kemerdekaan, sampaikan setiap tahun 31 Ogos ialah hari kebesaran negara sampai kerajaan bagi cuti dalam kalendar Malaysia. Untuk girl, selalunya excited nak pakai baju/tudung tema bendera :-)

Tahun ini 2020, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia lebih bermakna. Kita telah lalui satu perjuangan unik yang telah menyatu-padukan seluruh rakyat Malaysia demi perjuangan membebaskan negara dari wabak pandemik Coronavirus (Covid-19). 

Kongsi sikit adanya bahan promosi khas untuk rujukan mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia. Dibangunkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi maklumatnya sah dan boleh jadi rujukan sesiapa. Website ni bukan baru sebab kami di kerajaan rujuk untuk logo dan tema setiap tahun tapi baru hari ni nak cerita di sini :-

Oleh kerana perjuangan ini suatu sejarah, maka di sini juga ibu catatkan sebagai suatu kenangan buat anak-anak ibu. Ketika ini ditulis, anak-anak ibu masih berada di rumah kerana sekolah belum dibuka. Hanya ibu ayah sahaja yang sudah keluar bekerja. Kakak yang perlu jaga sesama adik-adik, duduk elok-elok di rumah sementara ibu ayah balik petang nanti. 

Ibu ayah juga melalui pengalaman baru ketika sekolah ditutup pada Mac lalu. Ibu ayah lebih banyak masa di rumah dengan anak-anak. Banyak pula kejadian yang kebetulan semasa awal Perintah Kawalan Pergerakan. Hari pertama ibu terpaksa pergi ke pejabat untuk tugasan penting team taskforce, memandu meredah keheningan jalan yang lengang macam bandaraya dah tiada orang. Pengalaman pertama kali ditahan untuk periksa suhu di pintu masuk bangunan pejabat dan berdoa tidak demam ketika itu.

Ibu ayah sentiasa risau tentang keselamatan, pastikan hanya sesekali keluar apabila perlu topup bekalan makanan sahaja. Nak isi minyak kereta pun teragak-agak pegang pam. Panik mengenai kebersihan tangan, jadi apabila balik dari kedai sahaja mesti cepat-cepat cuci tangan.

Semua orang  ada cerita masing-masing semasa menghadapi PKP Fasa 1..
Cerita tentang realiti bekerja dari rumah.
Cerita tentang bekalan makanan semasa PKP.
Cerita tentang terjejas punca rezki.
Cerita tentang kebersihan diri dan supplemen.
Cerita face mask tak cukup bekalan di kedai.
Cerita tentang filem berkaitan Pandemik dicari semula.
Cerita tentang penjarakkan sosial.
Cerita tentang terpisah sementara pun ada.
Cerita group Whatsapp, Telegram, geng online semakin meluas.
Cerita beli barang online.
Cerita semakin ramai jadi peniaga online.
Cerita semakin ramai Youtuber Malaysia.
Cerita stress.

Kemudian PKP Fasa 2 dikenali sebagai PKPB.
Cerita boleh keluar bekerja dengan norma baharu.
Cerita  sektor utama kerajaan diutamakan beroperasi.
Cerita kehadiran kakitangan masih boleh ikut giliran.

Sekarang kita di PKP Fasa 3 dikenali sebagai PKPP.
Cerita jalanraya mula sesak tetapi masih terkawal.
Cerita semua sektor kerajaan dengan kehadiran penuh.
Cerita penerapan nilai norma baharu kepada anak-anak sekolah.
Cerita mula balik share cerita politik.

Dan masih dalam dalam debaran lagi adakah PKP akan bersambung lagi selepas fasa sekolah dibuka pula..jalanraya akan kembali jem, harap jangan bawa anak-anak singgah kedai dulu selain pergi-balik sekolah. Jadi sekali lagi kebimbangan baru..

Cerita jalanraya kembali sesak.
Cerita pusat jagaan dan transit anak sekolah semakin bertambah anak-anak berada di tempat jagaan sementara ibu ayah balik ambil.
Cerita face mask anak-anak.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA 2020

...sambung..

Thursday, July 2, 2020

Anak Kecil Kembali Ke Sekolah Sepenuhnya 22 Julai 2020

JULY 2020:


Anak-anak kita akan KEMBALI KE SEKOLAH lagi..Alhamdulilah Malaysia kini memberi kebenaran untuk pendidikan secara menyeluruh dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

. Harap para guru akan memulakan sekolah dengan fasa orientasi-semula sekurang-kurangnya pada minggu pertama hanya untuk mengajar Norma Baru dan menunjukkan kepada anak-anak kita bagaimana melakukan sesuatu dalam norma baru. Ajaran cara inilah yang harus kita semai dalam perjalanan pendidikan anak-anak kita dengan norma baru. Mungkin itu adalah Hikmah (pelajaran yang dipelajari) dari wabak bahawa kita dapat melihat kekurangan pendidikan awal terutama dalam tabiat menjaga kesihatan dalam kehidupan kita (kita dan anak-anak kita) seharian. Kembali ke ajaran Islam juga yang pertama adalah mengajar anak-anak kita dengan sopan santun terlebih dahulu sebelum mereka memahami mengapa melakukan sesuatu dan apa yang harus berkelakuan baik.
Bersama-sama:ibu bapa dan sekolah, mari menjaga anak-anak kita sebagai Khalifah kecil (bakal Khalifah, inshaAllah)

. Lagipun, masa permulaan ini juga untuk menyedarkan anak-anak mengapa mereka perlu berada di sekolah lagi! Doa supaya anak-anak kita akan sekali lagi menghormati sekolah, guru dan menghargai peluang pendidikan yang kita berikan kepada mereka di negara Malaysia yang aman ini.

. Hm untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar yang tidak mengambil peperiksaan tahun ini, mungkin tidak mengapa untuk mulakan kelas dengan membuka buku semula pada bulan Ogos.
kan :-)


---

Our children will be BACK TO SCHOOL again..Alhamdulilah Malaysia now giving permissions for education going full board in Recovery Movement Control Order

. Hope teachers will start school with re-orienteering phase at least in the 1st week just to teach the New Norm and showing our children how to do things in new norm. This manner teachings is what we should grow in our children's journey of education in new norm. Maybe its the Hikmah (lesson learned) for the pandemic that we can see the lack of early-education especially in healthy habits in our (us and our children) daily life. Back to Islam teachings also first is to teach our children with the good manners first before they understand why to do things and what is to behave for good.
Together:parents and school let's care our children as little Caliph (bakal Khalifah, inshaAllah)

. After all, this jump-start time also to reset children mind why they need to be in school again! Doa for our children will once again gain respect to school, teachers and appreciate education opportunities we give to them in this peaceful country Malaysia.

. Hm for primary students or non-exam student maybe it's okay to start opening book again in August..
 
#fightcovid19
#loveMalaysia
#loveknowledge