Biasanya tak cerita pasal perkembangan baby. Jadi baby ke4 ni special sebab dia yg pertama dlm keluarga ada kesan sampingan bcg : BCG LymphAdenitis. Sambil menunggu tarikh2 apoinmen seterusnya di bahagian Pediatrik Surgery PPUM, hari ini check up biasa di klinik kesihatan (kk) kawasan tempat tinggal. Di kk tak jumpa dr sekadar memantau perkembangan baby macam dlm buku biru rekod kelahiran. Sebelum ini buku kakak, buku abang clear aje takde catatan kaler merah. Adik aje nurse tulis "pemerhatian : bengkak bawah ketiak kiri". Nanti dah besar adik baca jangan gelak tau, catatan ni yg buat ibu ayah risau selagi bengkak tu ada. Tapi kami ni parents yg bukan antivaksin sebab faham sejarah perlunya vaksin utk rakyat malaysia. Cuma tertanya ada versiob lain ke bcg ni sebab kakak abang tak kena. Kalau kat portal myhealth kkm ada sikit info pasal ni katanya 1% dari yg disuntik boleh kena tapi tak bagitau apa rawatan susulan, apa bahaya ke tak, apa yg terjadi kepada 1% yg terkena tu.
Maka berakhir check up usia 4 bulan hari ni sbb nurse berpuashati lihat perkembangan baby aktif dan telah dimaklumkan sedang monitor di ppum. Next apoinmen ade cucuk 5bulan dinamakan Dtap atau senang kata tiga serangkai,sbb 1 cucuk utk 3 fungsi. Jugak ditanya ada kesan sampingan ke tak,katanya takde lah. Kalau ikutkan hati ibu dah taknak kasi cucuk. Huhu apa pilihan yg kite marhain ade?
boleh saya tahu anak puan mcm mana sekarang? dah hilang ke bengkak bwh ketiak kiri? doc bagi pilihan apa ye? sy harap puan boleh reply.. sbb sy alami benda yg sama.. anak no 2
ReplyDeleteHi boleh saya tahu macamam mana anak puan sekarang bb saya pun krna thank you
ReplyDelete