Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah saya menulis demi niat yang baik utk berkongsi dengan yg mencari cerita sebagaimana tajuk kali ini. Semoga ada manfaat terutama parent yg senasib ada anak terkesan akibat suntikan imunisasi. Tulisan takde kaitan dengan menyokong mana2 pihak antivaksin atau kkm. Kkm tu takde pilihan kena akur, cuma kena ambil tahu apa yg disuntik,sebab & akibat.
Lama tak cerita kat sini. Kali ni nak simpan sini dugaan anak ke4. Tajuk pun panjang biar senang ibu ayah yang senasib mencari cerita. Alhamdulilah baby lahir normal dan dimudahkan hospital yg lebih dekat dgn adanya hospital shah alam. Selepas kelahiran juga dapat balik rumah cepat sebab wad penuh. Syarat nak balik kena pastikan baby dah kencing,berak,dan semestinya disuntik BCG. Suntikan ni memang semua kena katanya utk lawan penyakit berjangkit akan datang (tibi).
Proses dlm pantang berlalu dgn mudah,bf sepenuhnya, baby aktif & sihat.
Kemudian sebulan pun berlalu cucuk hepatitis kedua settle. Selepas hari ke40 ibu pun pegi urut habis pantang.. Masa nenek tukang urut itu belek baby yg comel dan masa tu juga baru perasan ade benjolan kat bawah ketiak baby. sebelah kiri iaitu tangan yang disuntik bcg. Nenek kata bawalah pegi hospital,kalau kena operate buang masih baby, lagi cepat lagi awal sembuh. Maka bermulalah keluh kesah ibu ayah mencari maklumat penawar kalau2 ada ikhtiar selain operate, sambil menunggu tarikh nak jumpa doktor kanak2 (pediatrik).
Masa ni taktau apa nama benjolan tu cuma andaikan ada lendir dalam tu. Semasa pegi apoinmen klinik kesihatan utk cucuk seterusnya, jumpa dr situ utk buat surat rujukan ke dr kanak2 (pediatrik) hospital tempat lahir.
Kisah di Hosp Shah Alam
Sampai hosp terus ke unit pediatrik tunjuk surat rujukan kk utk dapatkan tarikh apoinmen. Kaunter ambil surat bawa masuk katanya nak tunjuk dr. Kemudian katanya tak bole bagi apoinmen sebab cuma terima pesakit yg stabil sahaja. Jadi kami diminta pegi kecemasan daftar sana. Sampai kecemasan dah daftar & tunjuk benjolan baby diminta tunggu. Lebih 1 jam tunggu bilik pemeriksaan saringan. Kemudian lebih 3 jam baru dapat masuk bilik dr. Dr pegang benjolan kemudian tanya "kenapa tak pegi pediatrik sana ada dr kanak2". Kami pun cakap "Kami dari sana tadi,disuruh pegi kecemasan sbb hanya ambil kes yg stabil". Dr geleng bercakap sendiri. Mungkin ada salah faham atau dr pediatrik tak mahu attend kes sebegini. Dipendekkan cerita selepas beberapa apoinmen kami tak berpeluang jumpa dr pediatrik hanya dr saringan di kecemasan dan di unit surgeri. Last dr pun kata suh ambik tarikh apoinmen ultrasound lagi beberapa minggu selepas tu baru apoinmen ke pediatrik.tapi kes baby camni akan refer ke HKL sebab HSA tak ambik kes baby. Hm bagitau je la takde pakar kanak2 kat HSA kan senang keje kami parents yg blur waktu ni..
Ke PPUM..
Kami putuskan ke ppum dgn harapan ade pakar kanak2 sana dan boleh operate buang benjolan baby tu. Hanya dlm 3 hari dah dapat lalui jumpa dr kanak2, ujian darah, buat ultrasound, xray dada, jumpa dr surgery. Keputusan mendapati benjolan akibat komplikasi BCG dinamakan BCG LymphAdenitis. Dr tulis nama penyakit ni supaya kami bole cari info lagi kat intenet. Memang tak banyak cerita dari malaysia ade jumpa pun kes di negeri lain itupun baby tahun 2017. Saya rasa ada lagi banyak kes yg tak diberitakan sebab takut parents join geng antivaksin kut. Macam kami ni jenis yg nak tahu sangat ape kandungan setiap ubat,vaksin sbb sejak kita sedar tentang halal haram memang kena ambil tahu. Masih bersangka baik dgn kkm pasal vaksin utk melindungi rakyat malaysia.
Kalau bukan kes nak jumpa pakar memang takde siapa nak redah jem ke ppum. Parking pun setiap kali datang rm10+. Tu belum berjam2 mencari parking dlm bangunan.
Ada juga diberitahu kes sama selepas kami di HSA. Sama benjolan sebulan lepas lahir 2018. Tapi tak tahu khabar baby tu camana dan apa rawatan yg dia buat. Cuma kalau parents dia baca semoga bertenang sebab kita tahu kena buang juga isi benjolan tu cuma caranya taktau lagi ni.
Jadi setakat hari ni belum start sebarang ubat cuma monitor tumbesarannya sebab katanya mungkin boleh hilang sendiri atau kalau menbesar lagi kena mulakan ubat macam ubat tibi. Katanya bukan antibiotik.
Bersambung..