Followers

Friday, October 24, 2014

Selamat Tahun Baru Hijrah Ke 1436

Salam Maal Hijrah ke 1436
Ikut kalendar masihi jatuh pada 25 Oktober 2014. Sambutan Ambang Hijrah di peringkat negeri Selangor akan diadakan selepas solat Asar 24 Oktober 2014 (Jumaat) di Masjid Negeri, Shah Alam. Antara acaranya ialah bacaan akhir tahun dan awal tahun bersama-sama..semoga kita diberkati Allah swt. Dikongsikan promosi acaranya dari FB Masjid Negeri, untuk warga Shah Alam dll yang berkesempatan petang ni bolehlah singgah sebentar.
Sambutan ambang Maal Hijrah Selangor


Wednesday, October 22, 2014

Usaha Menambah Susu Ibu

Sekali lagi berdepan dengan cabaran menyusukan baby untuk kesekian kalinya apabila mula kembali bekerja, hm nak cerita kali ini tentang usaha menambah susu ibu. Nampaknya sangat2 perlukan sokongan ahli keluarga yang lain kerana kali ni yang ketara ialah lebih stress dan lebih rasa mengantuk! Walau mata sentiasa memberat, tapi selalu sedapkan hati sendiri untuk motivasi supaya bangun dan pergi kerja! Dalam masa yang sama kena pastikan stok susu sentiasa ada di peti beku rumah dan peti beku rumah mak. Apabila terlena malam dan tak mengepam barulah teringat stok makin kurang. Namun begitulah agaknya niat kita kalau betul, Allah itu sentiasa ada nak mudahkan jalannya. Jadi selepas habis vitamin dalam pantang (Set Dah Salin - keluaran Dr Radziah Homeopathy), sekarang ambil pula vitamin Tambah Susu Ibu yang juga produk yang berkesan dari beliau. Sebotol ada 60 biji hanya RM15. Untuk sakit2 belakang/urat belikat ambil vitamin Painturat untuk betulkan urat yang kejang atau bersimpul ketika menyusukan baby. Ini pun RM15 jer sebotol, dah tak sakit boleh simpan lama. Sambil tu masih jaga makanan berkhasiat, minum banyak air, gigit-gigit kurma..

Contoh simpanan stok susu ibu di bahagian beku

Contoh koleksi botol stand-by untuk mengepam susu badan

Contoh pam manual getah yang ringkas dan muat bawa dalam beg tangan (yang ni brand pureen ada di kebanyakan farmasi)
Contoh tulis dengan permanent marker untuk rujuk tarikh simpanan stok susu ibu di bahagian beku


Checklist yang mungkin berguna, untuk usaha mengekalkan/menambah susu ibu :-
- Jaga waktu makan
- Kena breakfast segera
- Kena ada banyak zat/seimbang dalam makanan utama (lunch & dinner)
- Minum banyak air
- Ada ambil sayur sawi/bayam bersama airnya
- Ada ambil kurma
- Ada minum susu kambing/susu untuk ibu menyusu
- Dah kemam vitamin Tambah Susu Ibu
- Jaga posisi menyusu, jangan bongkok lama2 supaya jangan sampai sakit urat belakang/belikat
- Sentiasa memberi secara langsung / direct feed
- Kerap mengepam
- Berjaga malam untuk pam susu
- Sentiasa berdoa supaya susu sentiasa cukup untuk anak

Setiap checklist ni ada cerita yang panjang, tapi ringkaskan je lah yang teringat kan. Sila lah tambah lagi kalau ada ya. Jangan lupa badan kita tak sama, jadi ada orang dianugerahkan dengan keringanan, ada yang kena selalu usaha kuat. Kalau dah usaha tapi masih tak berpeluang direct feed nak buat camana kan, tentu ada hikmahnya tu. Pengeluaran susu pun ada momentum kejap banyak kejap sikit bergantung kepada kesihatan dan ikut ke tidak checklist kita tu.. Kat pejabat pun ramai yang bagi sokongan dan ramai juga yang saya sanjung usaha mereka yang berjaya menyusukan anak dan sama2 bekerja (oh saya sayang kawan2 ibu kat pejabat semua!!). Mungkin forum positif sepejabat begini yang membantu kami ni jadi ibu2 yang berjaya menyusukan anak sendiri. Pandangan saya tentang vitamin Tambah Susu Ibu ini mungkin berguna kepada mereka yang berusaha sama. Jangan pandang remeh ubat/vitamin Homeopathy kecil yang sangat mudah dimakan ni, ianya manis tapi berkesan. Ada banyak pelan makanan kesihatan di luar sana juga untuk tujuan menambah susu jadi bolehlah ada pilihan. Kita ni untung di Malaysia ada pilihan Halal Jakim atau Halal antarabangsa. Sama2 usaha ok, istiqamah untuk anak2 tercinta.