Salam raya, salam ceria di pagi Isnin bersamaan 19 Syawal 1434 Hijrah. Wah masih mood raya. Pagi tadi ada teman berborak dengan office-mate yang baru kahwin, terasa aura pengantin kembali ehehe (gatal). Mana taknya teringat pertama kali sambut puasa sebulan dan berhari raya dengan teman istimewa kan, dan pertama kali hari raya ada checklist rumah saudara mara kedua belah pihak yang mesti dikunjungi sepanjang sebulan raya. Kena bajet masa dan bajet perjalanan sebab melibatkan banyak negeri dari Ipoh turun ke Selangor turun lagi ke Johor. Nasib baik yang kat Singapura tak masuk list sebab dah jumpa di Johor ehe. Alamak jangan marah ye orang Singapura, nanti kalau ada rezeki kite sampailah juga ke sana nak juga tengok negeri orang macamana kehidupan orang Melayu di sana. Di sini saya nak tujukan hari yang ceria, SELAMAT BERHARI RAYA SEBAGAI PASANGAN KEKASIH DUNIA AKHIRAT kepada pengantin baru tak kira sanak saudara, sahabat handai, para pelanggan yang setia dan yang mengenali saya.
Norshahida Azizan, Nurhidayah Han, Norhidayah Azmi, Nursalahatul Zaida, sepupu Shida Samsudin dan lain-lain..semoga korang semua kekal bahagia dan sabar dapat mengharungi dugaan hidup berkeluarga yang sangat mencabar iman, fizikal dan mental zaman sekarang ya. Sifat manusia itu sentiasa baru, jadi sama-samalah kite sentiasalah belajar dengan orang yg lebih tua, supaya upgrade ilmu baru sebagai bekalan menjadi karakter 3 dalam 1 : seorang isteri, ibu dan anak yang solehah. amin :-)
Perkongsian cerita yang baik-baik untuk ibu dan anak dan semua yang ibu sayang. Jom sama-sama menulis demi pandaikan bangsa dan kekal Stylo gitu!
Followers
Monday, August 26, 2013
Wednesday, August 14, 2013
Buah Mahkota Dewa Kering Dijadikan Teh Untuk Kawal Diabetis
Kembali promosikan cerita ini demi perkongsian ilmu penawar kencing manis semulajadi.
Kali ini nak kongsi khasiat buah Mahkota Dewa kering yang boleh diambil sebagai minuman harian bagi pesakit Diabetis/kencing manis. Ia membantu mengawal kandungan gula dalam badan disamping menyah-toksik. Bagus kan herba asli tak perlu diproses, jadi mari kembali ke zaman kegemilangan herba yang terbukti zaman berzaman. Sekadar berkongsi khasiat buah ini yang telah membantu ibu saya mengawal paras gula dalam darah. Ibu hanya disahkan mengidap kencing manis setelah berusia 50an, walaupun sebelum itu rajin buat rutin check-up dan sihat sahaja. Mungkin perubahan hormon dan keupayaan tubuh tidak lagi sekuat dulu jadi tiba-tiba sahaja mendapat bacaan 20 untuk ujian darah. Kemudian teruslah bergantung ubat doktor sampai sekarang. Dalam pada itu ada juga berusaha minum daun pahit dan produk proses yang lain tapi belum berjodoh. Sehinggalah adik bawa balik sampel Buah Mahkota Dewa yang kering satu peket, alhamdulilah bacaan sekarang sekitar 6 hingga 8. Minum macam teh senang kan..

Fakta dari internet : "Buah Mahkota Dewa yang mengandungi Flavonoid dan Alkoloid bertindak sebagai pencegah pertumbuhan sel-sel penyebab kanser, membantu menyah-toksin dalam badan serta membantu mengawal kandungan gula dalam badan"
Buah Mahkota Dewa yang sudah dikeringkan dan boleh dijadikan minuman |
Kulit dan isi biasanya digunakan untuk perubatan |
Buah Mahkota Dewa yang masak |
Cara menyediakan teh Mahkota Dewa :-
1. Ambil sedikit buah Mahkota Dewa kering
2. Masukkan dalam cawan berisi air panas
3. Tutup cawan seketika
4. Tu diaa siap..minuman hangat yang menyihatkan
Minumlah sedikit demi sedikit setiap pagi dan petang..atau minum kejap kejap bila-bila masa kalau tak biasa rasa kelat tu. Bukan pahit tau,sama macam minum teh cina tanpa gula gitu jer. Pandai-pandailah ya, asalkan diamalkan dengan teratur (istiqamah iaitu sama caranya, sama waktunya setiap hari). Keperluan tubuh badan kita tak sama, mungkin ada yang boleh rasa kesannya dalam masa terdekat, ada yang ambil masa lama. Maklumlah dah makan ubat hospital berintikan dadah kering (chemical lah tu) selama ni, jadi kena bagi masa pada badan untuk flush (keluarkan) dulu semua chemical baru herba ini ambil peranan. Samalah macam kita bertukar dari perubatan moden ke perubatan Homeopati, kena ambil masa flush baru badan bersedia untuk melalui proses penyembuhan yang baru.
Mana nak dapat? Banyak tempat melalui carian di internet, atau boleh juga tanyakan stok pada Sahril 017-2999874 (Shah Alam) Biasanya peket 100 gram ke atas.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat, dan kepada yang kebetulan sakit, semoga berjodoh ubat juga ya :-)
Friday, August 9, 2013
Selamat pagi di hari raya
Salam bahagia di pagi raya kedua.alhamdulilah anak2 dah besar bole tolong kemas rumah selepas sepahkan biskut raya sendiri..iyelah tu :-) Kepada semua muslimin muslimat selamat hari raya. harapan semoga cuti dimanfaatkan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara semua. semoga dapat berjumpa lebih ramai saudara mara,sanak saudara,sahabat handai yg jarang2 dapat ketemu dek kesibukan kerja dan kejauhan selama ni. haha harapan janganlah petrol naik harga lagi yer..alahai.
Monday, August 5, 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Khidmat Mekap Cantik Shah Alam Klang
Saya nak kongsikan cerita yang telah disiarkan di Blog Design untuk pembaca di sini pula. Manalah tahu musim perayaan atau kenduri kahwin atau Dinner masih ada yang tak pasti mekap apa yang sesuai untuk menaikkan seri wajah, so bolehlah cuba hasil kerja kawan saya usahawan baru ni.
Salam bahagia. Ingin berkongsi lagi satu kejayaan rakan dalam usaha "mencipta" bisnes untuk memajukan dirinya. Maka saya ciptakan sebuah lagi web-banner untuk diabadikan di Facebook nya.
Khidmat mekap Shah Alam - Klang - Petaling
Namanya Shikin. Shikin masih bekerja sepejabat dengan saya. Tapi saya perhatikan dia ni cenderung kepada produk kecantikan dan mekap. Juga ada bakat terpendam berani buat mekap kawan-kawan sebab bukan semua orang pandai mekapkan orang lain ya. Dengan kreativiti dan skil yang dia ada saya cadangkan supaya dia lebih serius dengan mempromosi perkhidmatan mekap sebagai permulaan, untuk kawan-kawan sekitar Shah Alam, Klang terlebih dulu selain boleh mengasah skil dan mencambah ilmu. Berkat dorongan suami tercinta mereka sepakat mewujudkan sebuah jenama (brand) sendiri yang diberi nama Eydzul. Khabarnya Blog pun masih on-the-way dek kesibukan tugas hariannya. Buat masa ni pelanggan berurusan terus di Facebook sahaja. Apa pun semoga usaha dan pengorbanan awal dalam menjinakkan diri dengan bisnes ini akan menjadikan Shikin seorang yang lebih matang hari demi hari dan diucapkan selamat maju jaya. Ingatlah pepatah mudah ini : sesungguhnya usaha tangga kejayaan..dan siapa yang berusaha dia yang dapat :-)
Kalau berminat mendapatkan perkhidmatan mekap Shikin boleh runding sendiri beliau di telefon/sms 019-2903169 / 010-4205708

Khidmat Mekap Shikin Shah Alam Klang |

Subscribe to:
Posts (Atom)