Followers

Friday, February 6, 2015

Apam Polkadot Angrybird

Salam sejahtera. Cuba tengok siapa masuk Kedai Homemade Styloibu hari ini?? Hah si comel Apam Angrybird Polkadot. Saiz comel dan sangat mudah dimakan..sekali ngap!jer.. Kini dibuka untuk tempahan. Boleh pilih inti Blueberry atau Strawberry ya.





Apam comel ini sesuai tempahan untuk :-

  • Dijadikan snek lazat untuk anak-anak dan seisi keluarga
  • Snek untuk jamuan hari lahir
  • Dibungkus comel sebagai hadiah
  • Digubah jadi hantaran pun boleh
  • Snek untuk meja pemanis mulut / Candy Buffet semasa majlis perkahwinan/keraian
  • Makan hari-hari pun sedap
Sila nyatakan jumlah berapa biji apam polkadot Angrybird yang diperlukan. Contoh 1 dozen=12 pcs, atau 50 biji, atau 100 biji dan lain-lain..

Jangan lupa tempah awal sebelum majlis berlangsung tau. Nanti kita buatkan cantik-cantik OK!
Whatsapp : Acik Ros 016-2484633 / Wati 017-3861034

Friday, January 30, 2015

Video Tentang Proses Kelahiran

Adakah anda bakal jadi ibu baru? Atau anda kali ini ingin melahirkan bayi secara normal/semulajadi? Perut dah semakin membesar tapi masih tak tahu apa yang bakal dihadapi untuk esok hari..di sini dikongsikan video Proses Kelahiran dari Channel Myhealth di Youtube sebagai usaha menambah maklumat dengan content bahasa Melayu dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang saya rasa berguna untuk semua bakal ibu dan ayah. Semoga bermanfaat.


Er jangan takut ya ibu-ibu, ketahuilah sesungguhnya anda adalah insan terpilih yang diberikan kesempatan merasai nikmat mengandung dan diuji dengan proses melahirkan anak sendiri..tenangkan hati dan ingatlah besarnya ganjaran pahala hanya layak dari Allah yang Maha Mengetahui. Ucapkanlah Allahuakbar! ketika anak itu keluar. 

Thursday, January 29, 2015

Shah Alam Akan Happening Pada Hujung Minggu Ini

Amboi ada 3 acara yang Happening di Pusat Bandaraya Shah Alam dari 29 Januari hingga 1 Februari 2015. Biar kedua-dua acara yang berbeza penganjuran ini berkongsi tarikh di blog ibu ini sebab kami warga Shah Alam boleh pilih nak pergi yang mana dulu. Apa yang happening? Meh kita kongsi di sini:-

1. Karnival Karangraf 2015 (Tarikh : 30 Jan - 1 Feb 2015) - setiap tahun memang ditunggu-tunggu tapi kali ni bukan sahaja sebab nak beli buku murah-murah, tapi sebab ada banyak acara untuk anak-anak terutamanya Gathering Frozen! pada 1 Februari 2015.. Hadoi dah terbayang camanalah nak bersesak ke sana ya ehehe maklumlah
- info lagi kat sini Facebook Karangkraf Mall

2. Temasya Selangor 2015  (Tarikh : 29 Jan - 1 Feb 2015) - ini acara besar sempena tahun baru, bagus juga ada banyak info dan peluang bermanfaat yang nak dikongsikan dari booth Kerajaan untuk rakyat Selangor. Sambil tu ada banyak acara akan diadakan yang boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat, dan yang bagusnya lokasi sangat strategik di tengah-tengah 3 bangunan mercu tanda terkenal Shah Alam, iaitu SACC Mall, SACC Convention dan Kompleks PKNS. Itu cerita tempat acara, yang pentingnya bolehlah saksikan sendiri kemunculan Menteri Besar baru Selangor iaitu Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali. Oh ya oleh sebab tempat tu memang sentiasa ramai orang di hari apa pun, akan ada penutupan jalan di antara SACC dan Kompleks ya. Jadi eloklah tahu awal boleh rancang nak parking dan lalu mana. Secara ringkasnya, acara utama akan berlangsung di pentas utama di perkarangan SACC Mall, Pesta Buku Selangor juga tak kurang hebatnya di SACC Convention Centre, dan acara jual-jualan di Kompleks PKNS - yang ni jangan tak tahu pula dalam Kompleks ni dah semakin banyak kedai baru termasuklah kemunculan kedai IT baru di atas Gedung Harian iaitu JR IT Hub.
- info lagi kat sini Facebook Tourism Selangor

3. Pesta Buku Selangor 2015  (Tarikh : 29 Jan - 8 Feb 2015) - bertempat di SACC Convention Centre
- info Pesta Buku Selangor

OK ini antara gambar-gambar yang boleh menarik minat warga Shah Alam Residents keluar berhujung minggu bersama keluarga. Selamat berhujung minggu dan bersambung cuti..Amboi untunglah anak-anak kalau ada ibu ayah yang ambil cuti hari isnin boleh terus sambung cuti Thaipusam kan.











Wednesday, January 28, 2015

Tapak Niaga IT di Kompleks PKNS untuk diisi segera!

#Tapak Niaga IT sudah beroperasi dan masih ada kekosongan untuk diisi segera!! Anda ada bisnes IT dan mahu bertapak di tengah-tengah lokasi paling strategik (Kompleks membeli belah yang paling Happpening!!) di Pusat Bandaraya Shah Alam, iaitu di KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM? Kami ada tapak niaga IT di Kompleks PKNS Shah Alam. Jika berminat anda boleh hubungi segera untuk sertai kemeriahan bisnes kami di JR IT Hub yang baru dibuka! Lokasi di Tingkat 1, betul-betul di atas Gedung Harian. Untuk makluman segala macam idea Bisnes IT=Komputer/Multimedia/Gajet/Repair PC/Internet/Digital Foto dll boleh berkembang di sini kerana sentiasa ramai pengunjung dan sokongan event organiser dari pihak PKNS sendiri yang sentiasa ada pelanggan sasaran anda. Masih ada kekosongan tapak niaga. Sewa berpatutan. Ayuh orang muda rebut peluang BANGKIT BERNIAGA! Whatsapp "Nak Tapak" ke 0162484633 segera! 






Hai inilah "JR IT HUB" di dalam Kompleks PKNS Shah Alam, Gambar ruang niaga yang masih ada pada 27 Januari 2015

Whatsapp "Nak Tapak" ke 0162484633 segera!  
Facebook Kompleks PKNS yang juga happening dengan info EVENT TERKINI! : https://www.facebook.com/komplekspknsshahalam 


Tuesday, January 20, 2015

Sedapnya Kopi Habbatussauda!

Salam bahagia ibu-ibu! Awal tahun baru 2015 ada sesuatu yang baru di kedai Styloibu iaitu KOPI PAK BELALANG yang ada ramuan Habbatusauda, Acai Berry dll ramuan ajaib. Ditujukan kepada penggemar kopi yang memang suka kopi segera lebih lagi kalau ada khasiat tambahan. Pernah dijadikan cerita kopi sebagai Booster air susu ibu kan. Jadi dipendekkan cerita, anda boleh cuba satu peket sehari dan dapatkan stok di sini.


Cara-cara nak sediakan kopi ni senang sangat :-
1. Koyakkan peket dan bubuh dalam cawan kegemaran anda
2. Kemudian curah air panas, sesuai untuk 200ml
3. Kacau dan bersedialah menikmati harum semerbak bau kopi
Aromanya sahaja sudah memikat hati penggemar kopi, rasanya sudah pasti lazat sebagai minuman panas kegemaran rakyat Malaysia, Asia dan sesiapa sahaja. Khasiatnya selain kopi Antioksida juga ditambah dengan makanan sunnah Habbatusauda dan buah ajaib Acai Berry. Pada saya 2 ramuan ajaib ini sudah menjawab mengapa stok ini ditambah sebagai pilihan di kedai Styloibu.

Esok akan ada promosi di gerai Nombor 1 sempena Mesyuarat Agung Puspanita Negeri Selangor yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari sahaja. Jadi kepada ahli-ahli Puspanita yang datang AGM esok dan kebetulan pembaca Blog Styloibu yang membaca Post ini bolehlah dapatkan harga promosi ya. Gerai betul-betul di pintu masuk Dewan Jubli Perak Shah Alam. Bolehlah kita berkenalan dan merapatkan silaturahim juga ya. Seronoknya esok dapat berkongsi kebaikan Kopi Pak Belalang dengan para kaum ibu di sana! Sekotak mengandungi 20 peket, tapi esok ada harga istimewa untuk pengunjung di AGM Puspanita!

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015!

Selamat tahun baru 2015! Salam perkenalan dari Blog Styloibu. Terima kasih masih mengikuti blog ini semoga ada ilmu yang memberi manfaat kepada anda. Kepada yang sudah dan akan terus menjadi pelanggan di salah satu kedai atau produk di sini teruskan kesetiaan anda kerana banyak lagi perkongsian cerita di sebalik mengapa produk ini menjadi pilihan di kedai blog ini. Hehe asalnya nak ucap tahun baru saja tapi boleh agaknya tulis banyak macam ni baru meriah kata-kata membebel dari seorang ibu kan..ehe selamat tahun baru semua, semoga azam yang ditanam semalam mula diusahakan hari ini! Salam kejayaan untuk anda.


Wednesday, December 24, 2014

Di Puncak Piramid Skim Cepat Kaya


Salam bahagia. Sekadar perkongsian artikel untuk KEMPEN JAUHI SKIM CEPAT KAYA..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEBUAH kereta sports Nissan Fairlady berhenti di hadapan restoran. Ia tidak diletak di dalam petak tetapi melintang. Bukannya tidak ada kosong, cuma ia ‘sengaja’ dipamerkan sedemikian rupa. Keluar dua lelaki berusia awal 20-an. Berpakaian kemeja dan seluar hitam dengan tali leher berwarna kuning. Butang lengan dikancing rapi. Janggal sedikit kerana waktu sudah 1 pagi.
‘‘Kau tidak mahukah kereta sports macam itu? Duit banyak, perempuan pun ramai hendak jadi teman,” kata seorang tukang rekrut di meja sebelah kepada dua pemuda dalam suara yang lantang, tanpa mempedulikan penulis dan rakan-rakannya yang turut sama terkesima melihat aksi ‘gaya, mutu dan keunggulan’ dua model tersebut.
‘‘Mereka itu pemilik kereta atau car-jockey?,” kata seorang teman dalam suara perlahan tetapi sudah cukup mencetuskan ketawa di meja kami. Itulah malam bersejarah, rupa-rupanya. Satu acara merekrut besar-besaran untuk satu skim jualan langsung (MLM) sedang berlangsung di sebuah restoran di Shah Alam dan menjadi lebih dramatik dengan aksi ‘pemilik’ Nissan Fairlady itu.
Ia mungkin satu lakonan, mungkin juga benar kereta itu dimiliki dengan sah oleh model MLM berkenaan. Mereka ini telah menjadikan restoran itu sebagai ‘pusat merekrut’. Calon-calon rekrut disuruh datang ke situ atau dibawa ke situ. Yang sudah menjadi ahli, hadir dalam pakaian serba hitam. Yang belum jadi ahli, kelihatan tekun (atau khayal) mendengar kempen dan propaganda. Ahli-ahli baju hitam ini bersalam pun ala-Hip Hop. Tangan digenggam dan badan dipeluk. Mereka jelas terhutang budi antara satu sama lain, mungkin saling memakmurkan diri masing-masing. Rata-rata mereka ini muda-muda belaka.
Beberapa bulan kemudiannya, kumpulan ini dibongkar oleh pihak berkuasa sebagai skim MLM piramid atau skim cepat kaya. Restoran tersebut kini kembali lengang walaupun beberapa watak dulu dilihat masih minum di situ, tetapi tidak lagi berpakaian serba hitam.
Anda mungkin pernah dipelawa menyertai skim MLM seumpamanya. Seorang teman mengaku pernah menyertai hingga tiga skim MLM. Tiga-tiga wang mukanya hangus. Sampai tiga baru hendak insaf? Ada pula seorang kenalan kini renggang dengan temannya, gara-gara hangus beratus ribu dalam skim cepat kaya seumpamanya.
Penulis sendiri pernah dipelawa, malah diperdaya kononnya untuk mengadakan temuramah. Rupa-rupanya kena duduk dengar ceramah MLM. Tidak mengapa, orang itu sendiri sedar kesilapannya dan tidak lagi berani tunjuk muka.
Oleh kerana pengalaman sebegini, perniagaan MLM lebih banyak mendatangkan persepsi negatif pada kebanyakan kita. Namun, kita harus terbuka minda yakni memang wujud syarikat MLM yang sahih dan fokus terhadap penjualan produk atau perkhidmatan, malah memiliki banyak produk serta sering dipertingkatkan menerusi inovasi atau penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Industri MLM ini turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai antara penyumbang kepada ekonomi negara. Jumlah dagangan dalam MLM dijangka mencecah RM10 bilion pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-10, setelah tahun lalu mencatat RM5 bilion.
MLM yang tidak baik ialah yang memfokuskan semata-mata kepada pelantikan ahli baru yang diistilahkan sebagai downline. Calon-calon dijanjikan dengan pelbagai tahap komisen lumayan jika dapat melantik tiga orang, kemudian bantu tiga orang itu untuk dapatkan tiga orang lain dengan anda di atas. Produk? Tidak mengapa. Itu soal kedua. Lagi pun, siapalah berminat hendak menjual produk seperti ‘kopi 50 dalam satu’, ‘minyak lintah penambah nikmat’ dan lain-lain, yang kelakar bunyinya dan mendatangkan rasa segan pula hendak menjualnya.
Mengawal selia
Dalam konteks ini, kerajaan dilihat proaktif dalam mengawal selia industri yang popular ini daripada terus menerus disalah guna menjadi skim piramid cepat kaya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bakal membentangkan pindaan Akta Jualan Langsung 1993 pada sidang Parlimen sekarang. Harap sempat dan tidak dihambat dek isu politik yang hanya menguntungkan individu tertentu, bukan rakyat jelata.
Fenomena MLM piramid cepat kaya ini bukan eksklusif di Malaysia semata-mata. Ia bukan dicipta oleh Pak Man Telo, walaupun namanya akan selama-lamanya dikaitkan dengan skim itu. Sebaliknya ia adalah fenomena global. Malah di Amerika Syarikat, skim piramid diistilahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti & Bursa (SEC) sebagai ‘skim Ponzi’.
Skim Ponzi diambil dari nama Charles Ponzi yang menipu ribuan penduduk New England supaya melabur dalam skim spekulasi setem pos pada 1920-an. Ketika itu, kadar faedah tahunan bank adalah sebanyak 5 peratus. Ponzi menjanjikan para pelabur bahawa dia boleh menyediakan pulangan sebanyak 50 peratus dalam tempoh hanya 90 hari. Pada awalnya, Ponzi membeli kupon pos antarabangsa bagi mengabui mata orang ramai untuk mempercayai skimnya itu. Dengan dana baru diperolehi dari pelabur baru, ia digunakan bagi membayar pelabur awalnya. Ponzi menerima publisiti tambahan bila berita keuntungan itu tersebar. Pelabur pertama tadi menggandakan pelaburannya. Kesudahannya sama seperti kes Pak Man Telo. Tidaklah diketahui jika Pak Man Telo ada mengkaji formula Ponzi berkenaan semasa hayatnya.
Namun apa yang nyata, walaupun kes itu sudah berlaku 80 tahun dulu (30 tahun di Malaysia), masih ramai yang terpedaya. Semuanya gara-gara mahu cari jalan pintas ke arah kesenangan dan kekayaaan. Duit banyak tetapi dungu. Mana ada perniagaan di dunia ini yang menjamin pulangan luar biasa sebegitu besar dalam tempoh singkat. (Jual dadah atau perempuan bukan perdagangan sah atau halal.
Kedunguan orang mahu kaya cepat dengan cara singkat itu pun bukan eksklusif di Malaysia. Di AS pada tahun lalu, SEC memfailkan 60 tindakan perundangan membabitkan skim Ponzi atau yang berbentuk pembayaran Ponzi, termasuk mendakwa Robert Allen Stanford yang dituduh mengendalikan skim Ponzi bernilai AS$8 bilion serta Bernard L. Madoff yang kini menjalani hukuman penjara 150 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan yang serupa.
Skim piramid cepat kaya ini ada pelbagai. Sang penipu akan terus mengambil kesempatan atas kedunguan dan ketamakan orang dengan mencipta pelbagai nama baru serta atas bermacam platform perniagaan, seperti MLM ini. Jika anda ditawarkan skim MLM, siasatlah dulu dengan pihak berkuasa mengenai kesahihannya. Paling mudah ialah dengan menolak selamba bila tukang rekrut menekankan soal downline berbanding jualan produk atau muncul kereta sports diletak melintang di hadapan anda.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz3MmOgWRhP 
© Utusan Melayu (M) Bhd