Followers

Wednesday, October 30, 2013

Salam Tahun Baru Hijrah 1435 Pada 5 November 2013

SALAM TAHUN BARU, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1435 HIJRAH
PADA 5 NOVEMBER 2013
TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA, DARI IBU COMEL KHAS KEPADA IBU IBU COMEL DI LUAR SANA. SALAM UKHWAH SALAM PERSAUDARAAN. SALAM MUAMALAT KEPADA YANG PERNAH DAN TERUS BERURUSNIAGA DENGAN SAYA. SEMOGA KETIBAAN TAHUN BARU HIJRAH SEMAKIN MENINGKATKAN SEMANGAT JUANG KITA UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA, NEGARA, KELUARGA TERCINTA. JOM KAYA BERJAYA DUNIA AKHIRAT. AMIN. 
Doodle ibu comel..sape nak jugak? Boleh komen/pm :-)

Thursday, October 24, 2013

Alamak! Harga kereta Hybrid akan naik tahun depan? Cepat Booking sekarang!

Apalah nasib kita rakyat baru nak membiasakan diri dengan kereta jimat minyak - enjin Hybrid - dah ada berita macam ni..nasib baik sempat beli bulan Julai lepas dengan rebet cukai sehingga 60K!..wallahuaklam,gitu ler kata salesman tu ler.. Tapi berita terkejut ni membuka mata kita supaya jangan lengahkan masa untuk berfikir Sebelum kerajaan hapuskan duti eksais baik beli kereta Hybrid korang sekarang! Inilah masanya untuk pilihan tepat menjimatkan minyak! Hish kenapa lah peluang2 yang membantu rakyat berjimat minyak nak dihapuskan (mengeluh sekali lagi..). Sama ada berita ni benar atau belum berlaku, Booking kereta Hybrid korang sekarang! Hubungi saya segera untuk pilihan kereta Hybrid terbaik!!CBU?CKD semua boleh. SMS/Whatsapp 016-2484633.

Toyota dan Honda pilihan kereta Hybrid 2013 dengan harga rebet cukai! Tempah segera sebelum cukai tamat!-pilihan bijak - Styloibu


http://www.arenakereta.com/2013/10/07/hibrid-naik-harga-hujung-tahun-ini/

Import, duti eksais ke atas kereta hibrid tamat menjelang akhir tahun. Sumber nukilan asal daripada Star Online.
PETALING JAYA: Jualan kenderaan hibrid mungkin sedikit merundum sekiranya Kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian duti import dan eksais ke atas kereta hibrid yang akan tamat pada akhir tahun ini. Langkah ini sudah pasti akan meningkatkan harga model-model sebegini.
Pemain industri menjangkakan Kerajaan akan meneruskan pengecualian untuk kenderaan hibrid yang dipasang dalam negara terurai sepenuhnya (CKD) tetapi tidak untuk kenderaan hibrid yang diimport siap dipasang (CBU).
Salah satu pemain industri yang enggan namanya disiarkan berkata, pengedar kereta utama hibrid, UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Honda Malaysia Sdn Bhd, bersedia dengan impak pemansuhan pengecualian cukai ini.
” Mungkin terdapat kemungkinan penarik-balikan pengecualian bagi kereta CBU kerana ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempromosikan negara ini sebagai hab pengeluaran untuk kenderaan cekap tenaga ( EEVs ),” katanya.
Ini akan menjadi kelebihan kepada Honda Malaysia , kerana ia adalah satu-satunya pengeluar kenderaan hibrid CKD di negara ini. Honda Jazz Hybrid kini dipasang di Melaka.
Baru-baru ini , Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Yoichiro Ueno menggesa kerajaan menimbang balik untuk memberi insentif untuk unit hibrid CKD. UMW Toyota juga berharap insentif cukai akan dilanjutkan.
“Tanpa insentif cukai , kereta hibrid tidak akan berada di harga yang berpatutan. Lebih banyak masa juga diperlukan untuk mendidik orang awam dan meningkatkan kesedaran mengenai kereta-kereta mesra alam. Kami juga berharap untuk memperkenalkan hibrid Toyota baru di Malaysia, atau kenderaan CKD dengan insentif yang wajar , “kata UMW Toyota Motor , Datuk Ismet Suki baru-baru ini .
Kereta hibrid telah menikmati pertumbuhan jualan yang besar pada tahun-tahun kebelakangan ini, selepas kerajaan memperkenalkan penuh duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid, elektrik dan motosikal dua tahun lalu di bawah Bajet 2011. Insentif ini diaplikasikan kepada kedua-dua unit CKD dan CBU.
Menurut Persatuan Automotif (MAA) nombor Malaysia, jualan kenderaan hibrid telah diabaikan sebelum pengecualian dengan hanya 322 unit yang dicatatkan pada tahun 2010. Ini berubah secara mendadak pada tahun 2011 , dengan jualan melonjak ke 8,403 unit. Ia naik dua kali ganda kepada 15,355 unit tahun lepas lebih banyak model hibrid telah dilancarkan di pasaran. Jualan kereta hibrid datang dari empat Marques , iaitu Honda ( 8,712 unit), Toyota ( 5,653 unit) , Lexus (979 unit) dan Porsche (11 unit). ” Sehingga Julai 2013, negara ini mencatatkan 8,571 unit jualan kenderaan hibrid. EEVs masih boleh berada dalam permintaan jika model tersebut mempunyai harga yang kompetitif , “kata Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad.
Pada perbincangan meja bulat yang diadakan baru-baru ini sempena KL International Motor Show 2013, beliau melahirkan harapan bahawa insentif itu akan diperluaskan . “Pada masa yang sama apabila kita bercakap mengenai EEVs seperti kenderaan elektrik, infrastruktur mesti tersedia dia Malaysia sebelum jualan. Kerajaan harus memberitahu para pemain industri tentang jangka masa untuk memperkenalkan bahan api yang lebih berkualiti. Kemudian kami boleh menyampaikan mesej kepada ketua kami, dan mula draf pelan untuk memperkenalkan bahan api kenderaan yang lebih cekap ke dalam negara, “katanya.
Haih, baru sahaja berfikir untuk tukar ke kereta hibrid, kemudian datang pula berita sebegini! Infrastruktur EEV masih belum tersedia, sudah mahu tarik balik pengecualian cukai? Bagaimana? 

Wednesday, October 9, 2013

Rujukan Berguna, Ceria Dan Informatif Di Website Baby Center

Salam ceria. Nah website yang ceria dan seronok dibaca seisi keluarga, katanya "Maklumat untuk ibu bapa baru, ibu hamil dan juga yang menunggu rezeki" - suka tagline ni :-)
Ya, para suami juga sangat digalakkan membaca menambah ilmu kekeluargaan bersama-sama. Para suamilah pemberi semangat teman terdekat yang paling diharapkan oleh para isteri.

Rujukan Website Baby Center

http://www.babycenter.com.my

atau pilihan maklumat dalam bahasa melayu :-
http://www.babycenter.com.my/c1028696/bahasa

Tuesday, October 8, 2013

Amboi Banyaknya Idea Bisnes Di Blog Satu Juta Idea

Banyaknya perkongsian cerita mereka yang sukses di blog ini satujutaidea yang sangat memberi inspirasi. Cuba baca dan tengok kategori bisnes yang diceritakan, tentu ada antara kita yang baru tahu ada kepandaian membuat sesuatu produk yang sama tapi tak terfikir itu sebenarnya peluang bisnes. Cuba renung-renungkan. Kepada ibu ibu bekerja yang sudah terasa kepenatan menempuh trafik saban hari dan terkejar menghantar anak ke sekolah demi mengharap gaji yang tak seberapa, sangatlah sesuai untuk mula bisnes dari sekarang supaya boleh pasang cita-cita buat karier SOHO (bekerja di rumah). Takde yang mustahil untuk berjaya. Jom jenguk blog yang dimaksudkan : 

Wednesday, October 2, 2013

Lokasi Kamera AES sepanjang perjalanan

Hm agak awal nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha atau hari raya korban yang akan disambut pada 15 Oktober 2013. Tapi memandangkan dah siap mohon cuti raya melalui sistem HRMIS jadi bolehlah plan perjalanan hiway stars nanti. Teringat nak kongsi info pasal kamera AES yang dah tak hangat diperkatakan lagi. AES = Automated Enforcement System. Senarai lokasinya ada dikemaskini dalam website JPJ sini : http://www.jpj.gov.my/lokasi-kamera-aes
Senarai dalam website ni pun nampaknya kekal 14 lokasi (rujuk kat link Senarai Fasa Satu sahaja) jadi tak tahulah kalau ada sebarang kemaskini lagi. Jadi mereka kata dalam banyak2 lokasi cadangan tu cuma rujuk senarai warna kuning saja yang dah ada. Apa pun selamat menjadi pemandu berhemah ya kita :-) 

"JPJ juga ingin memaklumkan bahawa pada masa ini hanya 14 lokasi sahaja yang telah dikuatkuasakan dengan AES seperti yang berwarna kuning dalam senarai. Bagi lokasi-lokasi lain yang dicadangkan, pemasangan dan penguatkuasaan AES belum lagi dilaksanakan. Oleh itu dakwaan yang menyatakan telah terdapat kamera yang dipasang dilokasi-lokasi berkenaan adalah tidak benar. JPJ ingin menegaskan bahawa orang ramai akan dimaklumkan tentang senarai lokasi pemasangan kamera sebelum penguatkuasaan dilaksanakan dilokasi berkenaan"

Err kereta Hybrid enjin terlalu senyap tak perasan tekan sampai lebih had laju tu semua..camana ni??ehehehe

Wednesday, September 25, 2013

Berpada-pada Tengok TV Ya Anak-Anak :-)

Post menarik untuk dikongsi bersama dari http://hadi87.blogspot.com/2010/08/televisyen-perosak-jiwa-dan-minda-kanak.html. Kadang2 yang terbiasa tu susah nak hijrah, sepertimana tagline Blog empunya cerita ini boleh jadi motivasi kita : Berhijrah Walaupun Sukar. Jom kita baca dan tambah ilmu, baru kuat jiwa untuk berhijrah kepada kebaikan. Amin..


TELEVISYEN PEROSAK JIWA DAN MINDA KANAK-KANAK


Televisyen (tv) adalah merupakan satu alat elektronik untuk menyampaikan berita-berita dan juga sebagai alat hiburan. Rata-rata kebanyakkan rumah di Malaysia mahupun di dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Malah jika sebuah rumah mempunyai beberapa buat set tv sudah dianggap kebiasaan pada masyarakat kini kerana tv sudah dianggap perkara yang wajib ada di setiap rumah.

Oleh itu, tv secara tidak langsung memberikan impak yang sangat besar kepada ahli rumah khususnya dan masyarakat secara umumnya. Jadi teknologi tv ini sebenarnya wadah yang sangat mudah mempengaruhi fikiran dan minda manusia. Pernah suatu ketika dahulu pada tahun 2002, dunia dikejutkan berita dengan bekas Presiden USA, George W. Bush yang pengsan akibat tercekik biskut. Berita tersebut tersebar dengan pantas ke serata ceruk dunia semata-mata untuk menyebarkan seseorang telah tercekik sekeping biskut! Justeru itu, menjadi topik bualan hangat di sana-sini. Itulah kuasa pengaruh tv ke atas kehidupan.

Jika dikaji tv pada hari ini secara menyeluruh terhadap kandungan-kandungan yang disiarkan terhadap manusia, maka akan terserlah akan implikasi buruk terutamanya ke atas kanak-kanak. Malah jika tidak keterlaluan boleh kita katakan bahawa rancangan tv hari ini banyak 'membodohkan' manusia daripada 'mencerdikkan' manusia. Tetapi kita tetap juga terleka dengan penangannya walaupun hakikatnya kita sedar akan kenyataan itu.

Kebanyakkan siaran-siaran yang dihidangkan kepada kita jelas tidak mendidik jiwa dan minda malah kandungan siaran yang sekarang ini dipenuhi oleh unsur-unsur khurafat dan seks berjaya memikat manusia zaman milenium ini sekaligus berjaya menarik dan mempengaruhi anak-anak kecil yang sepatutnya dilambakkan dengan bahan yang membangunkan rohani dan minda mereka. Tetapi apa boleh buat bilamana ibu-bapa mereka sendiri meredhai pengaruh tersebut untuk sebati dalam diri anak-anak mereka malah mereka juga sebagai ibu-bapa yang turut skali 'merasai' gelombang pembatutan jiwa dan minda tersebut. Sungguh menyedihkan.

Anak-anak dibiarkan menonton rancangan yang melalaikan. Disamping jiwa yang terlalai, sebenarnya kita tidak sedar bahawa perkembangan fizikal dan fisiologi anak-anak kecil mereka diperlambatkan perkembangannya dek kerana 'hidangan' yang ibu bapa sajikan sendiri. Ya, benar kanak-kanak ini akan mengalami keterencatan terhadap perkembangan otak dan juga fizikal meraka. Kenyataan ini bukanlah sekadar provokasi semata-mata, tetapi telah dibuktikan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan dari dulu sehingga sekarang! Oleh itu, anda yang sedang membaca tulisan ini mungkin telah mempunyai anak, ataupun sekurang-kurangnya bakal mempunyai anak, pertimbangkanlah bagaimana untuk mengawal pengaruh ini daripada terjadi kepada anak-anak anda dan juga kepada diri anda sendiri. Anda fikir-fikirkanlah sendiri.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, secara purata kanak-kanak di Malaysia menonton tv lebih kurang kurang 2-3 jam pada hari-hari biasa dan 3-4 jam pada hari minggu. Dalam setahun bermakna hampir 1200 jam dihabiskan oleh kanak-kanak ini untuk tujuan menonton tv berbanding 1040 jam setahun dihabiskan untuk berada dalam kelas waktu sekolah! Tabiat menonton tv secara berlebihan mendatangkan kesan negatif kepada seseorang terutamanya kanak-kanak yang dalam proses tumbesaran. Justeru itu, Akademik Pediatrik Amerika (AAP) pernah menyarankan kanak-kanak yang berada di bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan menonton tv. Ini kerana pada peringkat ini pertumbuhan otaknya adalah pada peringkat paling kritikal dan pertumbuhan ini paling berkesan dirangsang dengan sentuhan dan bukan pada imej di kaca tv.

Risiko ke atas otak kanak-kanak
Tv ternyata membantutkan perkembangan otak kanak-kanak. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Chicago menunjukkan 3 tahun pertama adalah peringkat paling kritikal bagi otak kerana otak mengalami perkembangan yang sangat pesat. Jadi, rangsangan yang terbaik bagi kanak-kanak untuk memperoleh perkembangan optimum adalah melalui pendedahan kepada persekitaran dan realiti kehidupan mereka. Kaedah yang terbaek yang dapat digunakan adalah melalui bercakap dan berkomunikasi dengan bayi sejak dilahirkan. Membacakan bahan bacaan yang bermutu dan baik merupakan langkah yang berkesan untuk membentuk sahsiah dan daya intelektual kanak-kanak.

Risiko ke atas perkembangan emosi dan fizikal
Pergaulan dengan kawan-kawan adalah penting kepada kanak-kanak bagi perkembangan emosi dan fizikal mereka. Seorang pakar psikologi dan pendidikan, Dr. Jane M. Healy berkata kecekapan minda kanak-kanak meningkat apabila mereka dibiarkan berinteraksi dengan orang lain dan dibiarkan berfikir secara aktif. Jadi membiarkan kanak-kanak tercegat di depan tv sahaja akan merencatkan aktiviti interaksi mereka seterusnya membantutkan kecekapan fikiran mereka. Malah penemuan yang didapati oleh Fakulti Perubatan Universiti Stanford menunjukkan kes-kes kegemukkan dikalangan mereka sangat berkait rapat dengan tabiat suka menonton tv.

Risiko ke atas pertuturan

Menurut Dr. Sally Ward, seorang pakar kanak-kanak yang melakukan kajian selama 10 tahun mendapati tv membantutkan perkembangan pertuturan kanak-kanak.Dalam kajian tersebut, seorang daripada lima orang kanak-kanak akan mengalami masalah tersebut. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun bertutur seperti berumur 2 tahun. Ini kerana masa yang sangat terbatas untuk berinteraksi dengan persekitaran kerana menonton tv. Oleh itu, ibu bapa sangat digalakkan memperbanyakkan interaksi dan percakapan dengan anak-anak mereka.

Risiko ke atas konsentrasi

Seorang pakar neurologi di Hospital Kanak-Kanak di Boston, Dr. Jane Holmes Bernstein mendapati tv melemahkan daya konsentrasi. Beliau mendapati kanak-kanak yang kerap menonton tv kerap menghadapi kesukaran mendengar dan menberikan perhatian dalam pelajaran. Hal ini terjadi kerana imej yang ditunjukkan di tv tidak constant. Ada imej yang ditayangkan selama 3 saat, kemudian diikuti 7 saat dan seterusnya. Malah kajian mendapati sebahagian kanak-kanak mengalami penyakit Gangguan Hiperaktiviti Kurang Tumpuan disebabkan sistem saraf mereka terjejas. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan anak-anak yang cerdik dan pintar jika sistem saraf mereka sudah rosak dan terjejas sejak kecil lagi?

Risiko mendapat kesukaran tidur

Kajian yang dilakukan oleh Klinik Pediatrik Gangguan Tidur mendapati kanak-kanak yang kerap menonton tv sukar melelapkan mata. Mereka juga tidak suka tidur awal. Oleh yang demikian, ini melambatkan pertumbuhan intelektual dan fisiologi mereka kerana waktu tidur yang mencukupi adalah amat penting bagi menyimpan maklumat-maklumat yang dipelajari pada siang hari. Begitu juga dengan perkembangan fizikal juga akan terganggu disebabkan waktu rehat yang tidak cukup. Hasilnya, terjadilah anak-anak kita yang lembap. Sudahlah lembap terbantut pula fizikalnya. Lalu kita mula marah-marah jika anak-anak lemah dalam akademik mereka. Siapa yang harus disalahkan? Ibu bapa atau anak-anak?

Risiko ke atas prestasi akademik

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Amerika, prestasi kanak-kanak menurun secara mendadak apabila masa yang diperuntukkan kepada kanak-kanak menonton tv lebih daripada 10 jam seminggu ataupun 2 jam sehari secara puratanya.

Risiko ke atas jiwa dan akhlak

Pakara-pakar dari Universiti Illinois mendapati kanak-kanak yang didedahkan dengan adegan-adegan ganas dalam tv semasa berusia 8 tahun, mempunyai kecenderungan untuk menjadi pendera kanak-kanak atau isteri dan terlibat dengan jenayah ganas semasa berumur 30 tahun. Inilah penemuan yang didapati berdasarkan kajian mereka selama 20 tahun. Jadi tidak menghairankan bilamana terdapat kes-kes penderaan ke atas anak-anak dan isteri kerana mereka (anak-anak) telah dididik sebegitu sejak daripada kecil lagi. Tidak dilupakan pada tahun 1983, akhbar The Star melaporkan 4 orang kanak-kanak maut selepas meniru aksi Superman di tv dengan terjun dari tempat tinggi untuk terbang seperti Superman!

Kaitan tv dan aksi ganas

Kajian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Univrsiti Sains Malaysia mendapati secara purata kanak-kanak melihat 4 pembunuhan, 24 senjata, 14 tembakan senjata api dan 38 kali tumbukan di dalam kaca tv. Maka secara purata mereka mungkin melihat 3000 pembunuhan, 2000 senjata api dan mendengan beribu-ribu kali tembakan di tv dalam tempoh satu tahun di Malaysia! Seperkara lagi, penemuan penyelidik dari Universiti Yale ke atas 200 orang kanak-kanak prasekolah mendapati tabiat kanak-kanak yang bergaduh dan menendang lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang gemar menonton siri kartun. Ini kerana siri kartun juga tidak ketinggalan dalam memaparkan adegan-adegan ganas.

Solusinya

Pada hari ini tv lebih banyak mempromosikan rancangan-rancangan yang bersifat komersial daripada mendidik. Adegan yang dipaparkan banyak bercanggah dengan Islam. Kemunculan lagu-lagu yang melalaikan jiwa dan adegan-adegan lucah oleh para artis memberikan contoh yang buruk kepada anak-anak ini. Pastinya unsur-unsur ini dapat merosakkan jiwa bakal-bakal pejuang Islam di masa hadapan. Pejuang Islam seharusnya disuap dengan unsur-unsur yang baik yang membentuk semangat, keperwiraan dan intektual mereka. Bukan unsur yang merosakkan dan menjatuhkan ini.

Maka tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, abang, akak atau sesiapa sahaja, bertindaklah mengikut kemampuan masing-masing dalam memperbaiki masalah yang sudah lama meruncing ini. Kawallah diri kita dengan menonton rancangan yang berinfomasi dan berfaedah sahaja justeru dapat dijadikan contoh oleh orang lain terumatamya kanak-kanak. Terdapat rancangan-rancangan yang membina minda dan jiwa seperti Jejak Rasul, National Geography, dokumentari-dokumentari ilmiah dan sebagainya. Pupuklah kecenderungan mereka ke arah rancangan sebegini. Siapa lagi yang mahu diharapkan jika kita sendiri yang tidak memulakannya?

Ditegaskan juga, tugas utama dalam mendidik kanak-kanak adalah menyerapkan budaya ilmu ke dalam diri mereka. Tanamkanlah kecenderungan membaca yang tinggi dikalangan anak-anak sejak kecil lagi. Ini kerana perwira Islam adalah mereka yang lengkap dari aspek intelektual dan rohani. Mereka seimbang dari aspek fikir dan zikir. Kita tidak mahu melahirkan insan yang hanya tahu berzikir tetapi jumud dan tidak dapat mengembangkan dirinya dan juga orang lain walaupun mungkin mereka baik dari segi sahsiahnya. Kita juga tidak mahu melahirkan insan yang tinggi daya fikir dan tajam pengamatannya tetapi mengalami krisis kemanusian seperti menggelapkan wang, terlibat dengan rasuah dan perkara-perkara buruk akibat sangat kurang zikirnya.

Umat Islam sekarang memerlukan sumber manusia yang kuat fikir dan zikirnya. Oleh itu, kita yang mempunyai kesedaran ini bentuklah persekitaran dalam lingkuan pengaruh kita dalam menggerakkan budaya ilmu dikalangan mereka. Oleh itu, berilah penekanan terhadap aktiviti berfaedah dan ilmiah seperti membaca daripada aktiviti-aktiviti lain, dengan itu dapat menjadikan slogan 'Umat Islam, Umat Membaca' menjadi satu kenyataan sebagi pemangkin kepada kebangkitan Islam suatu hari nanti. InsyaAllah,

Tuesday, September 24, 2013

Kempen Simpan 1 Gram 1 Bulan Pada Hari Gaji

Kempen Sebulan Simpan Satu Emas - pilih mana yang mampu milik! cincin, jongkong atau dinar
Produk syiling emas yang semakin mendapat perhatian (Dinar Emas) dari blog Kedai Emas Borong : Semak harga, semak stok setiap hari di www.gsr2u.com.my/wangdinaremas atau hantar teks mesej PM Harga Dinar ke sms/whatsapp 016-2484633 untuk pm harga apabila diperlukan.



Ilmu Emas Yang Menguntungkan
Bila masa yang sesuai beli emas? = Sebaiknya terus beli pada hari gaji, tujuannya supaya tidak bertangguh dan istiqamah (konsisten) bagi melindungi nilai gaji kita
Tak perlu tengok harga semasa? = Tak perlu, beli aje secara konsisten sebulan 1 item atau 1 gram tadi
Berapa nak beli? = ikut kemampuan (1gram 1bulan pun boleh)
Contoh barang 1gram ke atas? = Cincin 1+gram, Jongkong 1gram tepat, dll barang kemas
Orang gaji berapa layak beli?Miskin boleh? = orang miskin lagi lah digalakkan, sampai bila nak simpan duit kertas yang semakin susut nilainya sedangkan harga barang semakin meningkat. Sifu saya kata simpan emas takkan miskin selamanya - ha ambil ni sebagai motivasi!

Cuba dan amalkan pengurusan kewangan bijak ini : Beli sekurang-kurangnya 1gram 1bulan pada hari gaji. Kiralah berapa gram terkumpul setiap hujung tahun dan kali lah dengan berapa nilai emas semasa. Setiap orang rezeki dan kemampuan tak sama, jadi berapa gram terkumpul itulah hasil usaha gigih dan istiqamah kita hasil beli sikit-sikit setiap bulan tanpa henti. Semuanya demi meningkatkan nilai aset keluarga. Saya doakan anda berjaya! Tinggalkan diri kita yang pernah selama ini negatif, bersedih, malas untuk berusaha dan sentiasa ada masalah duit, KINI telah sedar diri dan bangkit memulakan simpanan emas mulai hari gaji dan keluar dari miskin selamanya. Jika anda ketua keluarga, ajarkan anak2 dan generasi seterusnya dengan kesedaran ini. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Nah suatu hari nanti generasi anak2 akan berterima kasih kepada anda kerana menurunkan ilmu kesedaran emas yang hilang di atas muka bumi ini dibidas buku teks ekonomi berasaskan helaian kertas yang mudah dimanipulasi (dimainkan nilai ringgitnya sesuka hati oleh kuasa besar).