Followers

Tuesday, April 1, 2014

Jauhkanlah Demam Denggi!

Salam sejahtera. Musim jerebu yang panas dan kering tahun 2014 ni asyik dikejutkan dengan berita kawan-kawan keluar masuk hospital akibat demam denggi..seorang telah pergi buat selamanya, dengar semalam ada yang baru, pagi ni pun ada lagi yang baru. Semoga kita dan ahli keluarga dijauhkan dari musibah denggi terutama kerana tinggal di kawasan HOTSPOT denggi. Derita, trauma kini ditanggung ahli keluarga, anak-anak yang ditinggalkan dan sahabat yang melalui saat-saat KEHILANGAN orang tersayang akibat denggi. Nak kongsikan satu poster kempen gejala dan pencegahan demam denggi ini walaupun ini hanya salah satu poster yang BIASA kita lihat.. tajuk dan isi kempen adalah sama sejak bertahun lamanya di mana-mana media - tv, suratkhabar, internet, terkini siap ada lagu khas nyanyian Aizat untuk mencipta suntikan semangat kempen kepada generasi baru..semuanya kempen yang berterusan. Jika selama ini kita abaikan dan malas nak baca poster ini sebab boleh jumpa merata-rata, apa kata kali ini baca, fahamkan dan buat semua cara pencegahannya. Ajarkan juga kepada ahli keluarga dan anak-anak untuk pendidikan masa depan. 

Persoalannya adakah kita menyahutnya? Adakah virus dari nyamuk itu yang semakin kuat atau adakah pertahanan badan kita yang semakin lemah? Tension nya sebagai ibu apabila tak dapat nak sediakan makanan berkhasiat yang seimbang kepada anak-anak kerana kesuntukan masa dan perlu sentiasa re-stock barang fresh. Teruskan mencari makna musibah ini dan teruskan kempen kesedaran. Apabila sudah demam apa yang perlu dibuat? Cari jalan untuk keluarkan virus dari badan..tapi bagaimana? Menyerah kat hospital yang memang dah sesak atau cari jalan alternatif semulajadi lain? Banyaknya info di internet untuk FLUSH! flush flush keluarkan virus..mana satu nak ikut ni..kalau badan rasa tak sedap boleh tak buat semua lah : makan sup ketam, makan daun betik, ambil rumusan homeopati untuk flush demam, minum hundred plus, minum ECPI sekotak..hm apa lagi. Ya Allah bantu kami berikanlah hidayah kepada kami yang lemah ini. 

meneruskan kempen mencegah demam denggi

Wednesday, March 12, 2014

Active income, Passive income

Kalau kerja makan gaji dan dapat secara tetap atau bulanan, tu dikira active income. tahu tak kelebihan makan gaji ni sebenarnya memudahkan kita untuk merancang pelaburan keluarga? ya, keuntungan dari pelaburan itu akan mendatangkan passive income. secara mudahnya, passive income ini bermakna wang bertambah tanpa kita yang topup

Semangat ICT Cara Azli Paat Diteruskan Di Radio 24 Bernama

Dengar radio ilmu ict di awal pagi
Perjalanan dalam kereta ke tempat kerja memang menyeronokkan ketika adanya program Radio 24 dinamakan ICT On Air bersama Azli Paat. Mungkin kerana arwah Azli Paat ialah tokoh yang saya pernah kagumi kerana sentiasa bersemangat dalam membantu kempen memperluas penggunaan ICT dengan berhemah di Malaysia negara tercinta ini. Cara arwah menyampaikan terma, maksud teknologi-teknologi ICT dalam bahasa yang mudah itu yang tak ada pada mana-mana presenter atau penceramah berkaitan ICT yang kerana siapa pun latar belakang yang mendengar boleh faham. Orang di Lembah Klang memang beruntung kerana boleh pasang radio ketika dalam perjalanan ke tempat kerja yang berada dalam liputan radio frekuensi Lembah Klang 93.9 FM. Walaupun frekuensi gelombang radio terhad tapi saya percaya ramai pengikut radio ini kerana kualiti radio streaming yang diberikan agak memuaskan, bermakna saya boleh sambung dengar di pejabat atau di mana-mana lokasi melalui streaming di internet melalui komputer atau gajet sendiri dari laman web mereka http://www.radio24.com.my
Baru-baru ini juga siaran radio diperluaskan ke Johor dengan frekuensi baru 107.5 FM

Banyak lagi program menarik disediakan di Radio 24 ini, lagipun saya rasa sesuai didengar seisi keluarga kerana radio berasaskan berita pertama di Malaysia ini menggunakan bahasa Melayu yang sempurna, banyak mesej Pesanan Khidmat Masyarakat dan semestinya kurang lagu-lagu hiburan!

Berbalik kepada program ICT tadi, sekarang program ini diteruskan dengan jemputan baru namanya Kay Azlee. Walaupun kita akan bandingkan cara penyampaian orang baru yang teragak-agak tapi saya pasti Radio 24 pilih beliau kerana ilmu dan pengalaman beliau yang mungkin banyak boleh dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia. Semoga semangat Azli Paat diteruskan dalam membudayakan ICT dengan betul untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bagi yang terlepas segmen ICT boleh dengar semula rakaman melalui page berikut : Sumber : http://www.radio24.com.my/v4/index.php/program/ict-anda

Semoga perkongsian maklumat ini bermanfaat.

Wednesday, February 26, 2014

Trimester Ketiga Dan Bengkak Kaki!

Bangun tidur hari ini terasa kaki sangat berat dan kawasan pergelangan kaki bengkak sedikit. Haha inilah akibatnya tertidur dalam posisi duduk kat sofa semasa layan si kakak yang bangun jam 4 malam tadi..terlelap pulak kat situ sampai Subuh maknanya darah dah berkumpul kat kawasan pergelangan kaki dan jari..kalau lagi lama betis pun boleh jadi keras. Dan keadaan ini jugak menyebabkan saya tak dapat nak join lawatan pejabat ke Putrajaya..sorry ya kawan-kawan!
Apa yang saya buat untuk surutkan? Hari ni hari bekerja, jadi ler kura-kura jalan perlahan daripada biasa dan teruskan hari bekerja macam biasa supaya banyak pergerakan kaki. Semasa duduk letakkan kaki atas kotak. Bab makan pula kena kurangkan garam supaya badan tak menyimpan cecair lebih banyak. Tapi amalan minum air 8 gelas sehari perlu seperti biasa. Bengkak biasanya akan surut sendiri. Mari kawan-kawan yang lain kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca info yang lebih kemas dari babycentre ini:


Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan:

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan.
Semakan terakhir: April 2012

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema

Monday, January 13, 2014

Doa Amalan


Inilah sepotong doa, antara ayat-ayat yang menjadi peneman ketika berseorangan dalam bilik bersalin ku huhuhu...terima kasih kawan2 yang sering ingatkan agar mengulang bacanya dari sekarang dan bila2 masa.

Thursday, January 9, 2014

Menu Rakyat 1 Malaysia Di Selangor

Sememangnya sokong usaha untuk banyakkan lagi kedai makan "Menu Rakyat 1 Malaysia" terutama di Selangor. Senarai berikut dari website KPDNKK, mungkin berguna kepada pekerja macam ibu nih.



Susu Pink

Assalamualaikum. Hari ni nak minum susu pink pula. Asalkan ada Halal Jakim :-) Ni entry mengada-ngada pada tahun baru 2014. Ehe bukan mengidam pun tapi sebenarnya pagi tadi tak sempat bancuh susu anmum materna plain sebelum ke tempat kerja..tetiba lalu kedai ada susu perisa strawberi. Jadi selepas belek beberapa jenama dalam freezer, ini yang ada Halal Jakim terus la beli. Semoga cukuplah keperluan kalsium hari ni sesambil menyedapkan tekak ku. 
::Motivasi kepada diriku : selamat menempuh minggu kehamilan ke 22 dengan tabah nya :-) Korang layan susu apa sekarang sebagai pengganti kalsium yang hilang? Mari kongsi kat komen ya. 


susu pink