Followers

Wednesday, April 22, 2020

Tahun 2020 Yang Diuji Dengan Wabak Virus Corona

Hari ini dah hari ke 38 arahan Duduk Di Rumah sejak Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020. Ujian wabak ini banyak buat saya terdiam..ye banyak diam dan memang diam-diam di rumah ikut arahan. Datang tempat kerja apabila diarahkan, selebihnya dari rumah. 

Kebanyakan saluran Internet akan paparkan info terkini wabak di di seluruh dunia.

Ibu bekerja dari rumah memang lagi bertambah-tambah aktiviti..double triple kerjanya. Nak jaga makan ikut masa pun jadi stress juga untuk pastikan semua anak-anak tak leka bermain sepanjang masa. Kalau boleh mereka ni nak makan sambil bermain adoyai mana jadi gitu kan..si adik baby ni takpe lah baru belajar berjalan memang satu rumah cebisan makanan ikut je mana dia pergi..

Laptop kena jadikan 2 paparan skrin (1 untuk extend ke TV guna wifi tv cast) untuk anak-anak layan youtube. Jadi semua boleh la tengok sama-sama, walaupun banyak pasang kartun Umar Hana untuk bagi baby tak kacau orang (haha baby always win!). Sesekali tukar cerita untuk kakak pulak, lepas tu untuk si abang pulak, kadang-kadang je ibu boleh selit nak tengok ape link berita semalam! nasib ade digital content arkib di youtube. Siaran tv memang tak dapat kat rumah sebab dah lama aerial rosak. Nampak kan selama ni tak kisah pun siaran tv..so internet memang lebih penting. Untuk lebih tepat, internet mobile - sebab akses di mana-mana.