Followers

Thursday, January 28, 2016

Dah murah ke makanan sunnah di Malaysia?

Sekarang ni dah semakin hebat kempen makanan sunnah diperkenalkan di Malaysia. Yang bagusnya semakin dihebahkan kebaikannya dan semakin banyak produk di kedai-kedai tak kira kampung dan bandar, atau diselitkan juga sebagai sebahagian produk dalam katalog produk MLM. Jadi dengan kempen dan kesedaran kebaikan makanan sunnah semakin ramai yang mencari di internet. Tapi kempen masih perlu diteruskan sebab rasanya harga masih belum mampu untuk dijadikan makanan harian. Ini kerana kebanyakan masih diimport dari negara asal atau negara terdekat. Kita ambil contoh minyak zaitun, kurma, habbatusauda, susu kambing, madu terlebih dulu. Ada banyak lagi makanan sunnah. Boleh cuba cari di kedai apa agaknya perbandingan harga yang ada untuk dapatkan minyak zaitun tulen? Lagi tulen lagi beza harganya tapi demi nak dapatkan khasiat makanan sunnah kita belilah juga.

Jadi mungkin dengan kesedaran tentang kebaikan makanan sunnah di Malaysia, akan ramai yang jadi pekebun pokok zaitun, kurma. Boleh gitu? Cuaca mungkin membataskan tapi penyelidikan berterusan memungkinkan tanaman itu jadi ladang di bumi Malaysia dan boleh jadi pengeluar makanan sunnah untuk pasaran asia tenggara. Harapnya Malaysia ada cita-cita untuk keluarkan lebih ramai usahawan petani Malaysia dan jadi negara pengeluar dan bukan negara pengguna yang sangat sinonim sekarang ni. Macam di Cameron Highlands ada produk unik buah epal Cameron, jagung mutiara Cameron dan buah strawberi Cameron dan banyak lagi contoh tanah tinggi tapi ada yang ciri-ciri unik yang tak sama seperti import. Itu contoh tanah tinggi. Sebelum ini pernah popular juga cerita anggur berjaya ditanam di Perlis. Kemudian ramai yang cuba tanam sendiri jadi peng-anggur di rumah dan ada yang menjadi untuk makan sendiri ada yang anggur jadi berbuah kecil mungkin faktor cuaca. Baguslah ramai yang cuba tanam harap teruskan dan majukan tanah dengan pertanian dan ternakan. Jangan PBT asyik tanam bangunan batu hanya nak untung cepat kutip cukai perniagaan dari situ, sudahnya semakin tiada tanah untuk bercucuk tanam dan tergadai hakmilik ke bangsa pendatang. Dah sudah. 

gambar ladang zaitun dari pixabay


gambar ladang zaitun dari pixabay
gambar minyak zaitun dari pixabay

gambar ladang zaitun dari pixabay
gambar pokok kurma dari pixabay


Gambar ternakan kambing dari pixabay

Monday, January 25, 2016

Wah Yogurt Boleh Haluskan Muka! Tempahan spa dibuka

Santai Qaseh Homespa kini menawarkan satu lagi pilihan best untuk anda cuba rawatan wajah..iaitu dengan kebaikan Yogurt untuk wajah cantik berseri! Bunyi macam sedap kan tapi bukan nak kongsi resipi makanan, tapi dikatakan Yogurt boleh haluskan kulit wajah. Syok jadi wanita berkulit bersih dan halus kan, tentu seronok menjalani kehidupan dengan lebih keyakinan. Ok selamat mencuba pakej facial Yogurt di Santai Qaseh Homespa. Booking sesi facial anda sekarang utk promosi Jan - Mac 2016. Hubungi Yaya 0143663145 untuk tempah sesi spa anda. 


Santai Qaseh Homespa - spa hujung minggu pilihan muslimah yang sibuk bekerja


Book your date!
Location : Taman Sentosa, Klang

Wednesday, January 13, 2016

Perodua Axia - Kereta Comel Untuk Kegunaan Harian Di Pekan Bandar

Fokus tajuk kali ni sambil perhatikan jalanraya di pekan. Pekan tu termasuklah bandar, bandaraya, sebab nak ceritakan ciri-ciri jalanraya di pekan yang banyak selekoh, lampu isyarat, celah bangunan, tol jarak pendek dan macam-macam halangan jalanraya yang agak sama kena tempuh setiap hari. Kira lain sikit pattern jalan daripada lebuhraya gitu. Memang dah banyak Perodua Axia sejak dikeluarkan pada tahun 2014. Kenapa? Sebab ia kereta comel yang praktikal dan sangat sesuai untuk kegunaan harian iaitu untuk perjalanan jarak dekat dan layan banyak selekoh setiap hari untuk pergi-baik kerja, menghantar anak-anak ke sekolah dan begitulah rutin hariannya. Jadi memang selama ini rakyat Malaysia perlukan kereta comel yang serba lengkap dengan ciri-ciri yang ada pada kereta Perodua Axia : sebuah kereta lasak, jimat minyak dan ditambahbaik dengan banyak lagi ciri-ciri kereta terbaik seperti brake ABS. Walaupun hanya 1000cc ! Tapi ini ler kereta comel yang ada Eco-Friendly.
OK meh kita tengok macam biasa ada pilihan variant ikut harga seperti Standard, G, SE, Advance. Website Perodua : http://www.perodua.com.my/ourcars/axia

Nak tunggu keluaran Variant G tahun 2016 - Harga sekitar RM35K+ABS?
Kalau pertama kali kenal dengan Produa Axia, ia lebih popular pada tahun 2015 kerana ada cerita tentang variant G sebab ia seperti "terlupa dipasang ciri ABS" jadi kita akan jumpa cerita tentang tiba-tiba tempahan bulan Oktober ke atas akan dinaikkan harga hanya untuk memasang ciri brake ABS ini..sedangkan untuk variant lain dah ada. Ok kita bersangka baik dan harap ciri-ciri keselamatan paling penting ini iaitu Brake ABS dikekalkan dan sentiasa ada untuk kereta keluaran negara Malaysia tercinta kita ini. Apa jadi kalau nak tempah variant G sekarang? Jangan risau kita akan tetap akan dapat dalam bulan Februari 2016..boleh tunggu? Tentulah boleh tunggu sebab harganya RM35,000+ sahaja dan sangat berbaloi untuk 1000 cc yang sesuai untuk pergi balik kerja sambil ambil anak sekolah. Dan masih comel untuk ibu-ibu comel yang bekerja..pilihan warna yang comel juga untuk SE sebab ada warna merah yang sangat terang dan cantik, sangat cerah dan sangat merah sebab lain sikit dari merah proton yang masih kategori gelap huhu..

Cerita pasal axia di internet boleh jumpa website ni : http://www.arenakereta.com/?s=axia
dan lain-lain carian. 

Oh ya lagi satu pada Dashboard Axia ni tak guna teknologi lampu Dashboard menyala secara automatik. Masih manual nyalakan lampu apabila perlu siap indicator lampu lah dan tentulah masih praktikal. Kenapa ada cerita pasal lampu Dashboard ni? Sebab anda boleh cari cerita pasal keluaran Myvi dan Alza yang tiada indicator lampu pada Dashboard..camanalah kan boleh jual kereta tanpa indicator lampu - kereta zaman dulu pun ada. Cerita yang ni kena cari sendiri seperti carian "myvi dan alza tiada indicator lampu". Ceritanya ada dua pihak - ada yang berpihak dengan Perodua, ada yang menyokong aduan yang diketengahkan tu. Yang pastinya ada yang malas nak campur buat tak tahu dan pandu lah dengan lupa memasang lampu pada waktu malam...tu redha ke redah? Kena hon pun buat tak tahu?hm

Ibu tak tau banyak pasal kereta tapi kereta ni berbaloi sebab alang-alang dah jadi komitmen bulanan tu rasanya senang nak jaga kereta ni. Pasal ada electric power steering, dah tak payah bajet untuk topup minyak power steering macam dulu-dulu. Hehe patutlah masa buka bonet tak jumpa tempat minyak power steering haish ketinggalan zaman betul la acik ni. Kalau bajet sekitar RM300 bolehlah recommend kereta ni. Begitu juga sesuai untuk jadi kereta kedua kalau untuk harian dan simpan kereta sedan atau MPV untuk perjalanan jauh seperti balik kampung atau ambil anak dari asrama jauh sambil makan hangin hehe..Oh ye sebelum ni Perodua juga terkenal dengan Viva yang dikatakan jimat minyak tapi dah tak keluar lagi..

Kereta Perodua Axia Malaysia - 1000cc yang Eco Friendly

Monday, January 11, 2016

Playschool dan Preschool trend yang perlu ada di pusat jagaan kanak-kanak

Pengalaman baru dan pengetahuan baru mengenai ilmu yang dinamakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education). Amboi zaman sekarang ni semuanya boleh buat duit kan. Yang positifnya ibu ibu boleh merencanakan kehidupan bekerja selepas berkahwin dan berkeluarga. Pilihan lebih banyak tempat untuk menghantar anak bagi yang bekerja, dan juga pilihan bekerja di rumah sambil menjaga anak sambil mengasuh anak jiran. Oh gitu.

Biasanya lepasan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini akan bekerja sebagai pembantu pusat jagaan ini dan kemudian mengumpul dana dan group untuk membuka sendiri pusat jagaan mereka. Suatu usaha yang bagus. Teruskan kuasai ilmu yang baik ini  kerana mereka yang buka pusat jagaan mencari rezeki sambil beramal kerana memudahkan urusan ibu bapa yang bekerja sambil memberi kasih sayang kepada sesama insan. Banyak jasa mereka melebihi cikgu sekolah yang mengajar dalam kelas sekolah zaman dulu kerana perlu lebih banyak bersabar, banyak tenaga digunakan kerana anak masih perlu dimanja dan dibasuh kekotoran yang ada (terima kasih sanggup tolong cebok dan ajar ke tandas dengan penuh kasih sayang)..huhu sangat lah tinggi martabat cikgu si jiwa penyayang.

Ini sedikit idea untuk idea sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang bagus : iaitu yang menerima semua peringkat umur kanak-kanak! Ya mengapa tidak, sekarang memang diperlukan oleh seorang ibu yang tak perlu banyak kali keluar/travel semasa waktu bekerja untuk hantar dan mengambil anak sekolah menempuh jalan yang sibuk, kembali berpeluh ke tempat kerja selepas menghantar anak ke sekolah lain,  dll dll dll dll..kena strok haba dan...busuk woo masuk balik pejabat dalam air-cond haha habis minyak wangi pun takleh nak cover.maaflah kawan meja sebelah yer. harap memahami situasi ini..rasa nak mandi untuk masuk kerja sesi petang huhu..takpe nak kasi badan wangi hujung minggu kasi booking spa badan ok..pamper jangan tak pamper haha

Biasanya umur kanak-kanak bawah 3 tahun dimasukkan ke kelas Playschool atau dipanggil Toddler Class Biasanya untuk melatih deria dan mengenalpasti perkembangan kanak-kanak di peringkat awal. Pendek kata, banyak mainan yang semuanya ada makna untuk merangsang deria khas untuk mereka. Bestnya pergi sekolah untuk main..

Preschool untuk 4 tahun hingga 6 tahun pula ada banyak pecahan lagi. Biasanya yuran 4-6 sama sebab mereka akan mula gunakan buku-buku dan alatan belajar. Mainan pun banyak juga tapi mereka juga sudah dilatih menghafal banyak perkara ketika ini. Lagi ok hantar mereka belajar sebegini daripada tinggalkan mereka di rumah bertemankan tv/gajet/internet tanpa pengawasan - sebab sambil belajar sambil bergaul dengan macam-macam orang di sekeliling iaitu orang lebih besar seperti cikgu, dan orang sebaya mereka seperti rakan sekelas dan adik-adik yang berusia kurang dari mereka. Asas disiplin juga dijadikan amalan untuk dibiasakan seperti apabila tiba mereka bersalam ibu ayah, cikgu, perlu susun kasut di tempatnya, asas wuduk, asas solat fardhu, pengenalan solat dhuha sebagai salah satu solat sunat pertama mereka dll. Banyak perkara ilmiah langsung dan tidak langsung mereka belajar sepanjang kita tinggalkan mereka di taska. Sekarang di Malaysia sudah ada pemantauan tentang pusat jagaan, taska dan tadika. Jadi rasa selamatlah untuk tinggalkan anak di pusat jagaan yang ada sijil atau lesen sebegitu.

So cikgu taska, anda tetap hebat macam profesion lain. Jangan pernah rasa rendah diri ya. OK selamat jadi wanita yang terbaik untuk semua hari ini walau siapa pun anda dan di mana jua berada! Tinggikan martabat wanita. Jom cewahh!..  :-)

Pakej Homespa Bridal Shower - untuk si pengantin perempuan dan keluarga terdekat atau rakan karibnya

Berita baik untuk bakal pengantin. Ehem untuk si pengantin perempuan sahaja ya. Pernah dengar Baby Shower? Ha ini kali nak promosikan Bridal Shower pulak. 

Bukan Shower yang mandi tu..ini sebab dibawa budaya orang luar yang mereka kata Shower tu sebagai Party lah lebih kurang. Mereka ada macam-macam party iye kan. Jadi dibawa ke Malaysia ni kita buat lah terjemahan sendiri yang masih positif iaitu dengan mengatakan Bridal Shower ini sebagai "Majlis Khas Bersama Si Pengantin Wanita" panjang sikit supaya lebih tepat maknanya. Majlis khas ini boleh jadi setakat hari khas si pengantin wanita bersama kawan karibnya sahaja sebagai menghargai hari-hari terakhir bersama teman sebelum mengakhiri zaman bujang kerana selepas itu mungkin sukar untuk bertemu semula seperti sebelum ini. Hah gitulah. Tentu sebak rasanya kalau teringat waktu anda pernah temankan best-friend kahwin dulu kan, ada yang peluk pengantin tu nangis kalah si mak pengantin sendiri. Takpe wanita je yang faham kan..huhu teringat kawan-kawan saya juga yang sudi datang teman pakaikan inai lah, buat barang hantaran dan lain-lain semasa persiapan kahwin dulu dan sememangnya sekarang dah tak jumpa lagi mereka di dunia nyata..semuanya jauh, sibuk dan ada tanggungjawab masing-masing. Sob sobb tetiba habuk masuk mata!!

Panjang betul lah mukadimah kalau kat blog saya kan. Memang lah sebab blog ni tempat saya membebel. Hanya yang faham setia membaca kan kan. OK jom meriahkan homespa kami dengan kunjungan anda si bakal pengantin dan bawalah siapa yang anda sudi jemput dan habiskan masa SPA BERSAMA PENGANTIN - khas ntuk anda daripada SANTAI QASEH SPA. Sesuai untuk yang sibuk bekerja, boleh tempah slot sesi HUJUNG MINGGU. 

Ok pakej Bridal Shower ni boleh adjust jenis rawatan. Contoh rawatan berikut sebagai panduan dan harga akan ikut bajet yang dipersetujui bersama pengurus Santai Qaseh Spa - YAYA 014-3663145

PROMOSI "BRIDAL SHOWER" - SPA BERSAMA PENGANTIN

CONTOH PAKEJ BRIDAL SHOWER
(Contohnya untuk 3 orang : si pengantin ingin belanja hari khas beliau bersama 3 orang penting dalam hidupnya iaitu dengan menjemput ibu, ibu mertua dan pengapit perempuan iaitu best friendnya)
1. Pengantin perempuan akan jalani banyak rawatan - facial, urut, lulur, sauna, rawatan kaki, dll
2. Jemputan lain boleh diberi rawatan asas - seperti facial + urut atau facial + lulur...dll

Rawatan yang anda boleh mix and match:-
- Facial asas
- Facial + Resdung
- Urutan badan
- Lulur badan
- Sauna
- Tungku
- Rawatan kaki
- Mandi bunga segar

Tempahan awal sangat diperlukan supaya kami boleh rancang persediaan demi rawatan yang terbaik, Boleh nyatakan bajet anda untuk mudahkan kita rancang jenis rawatan supaya semua anda dan rakan anda happy untuk hari Bridal Shower anda. Ok seronok dapat kongsi rawatan spa untuk jadikan anda cantik berseri bersama orang tersayang untuk majlis kahwin anda. 

Buat masa ni 1 pengantin boleh jemput 2 dewasa sekali rawatan, maknanya 3 orang sekali sesi. Maklumlah bilik spa kami ada 2 katil je satu masa. Jadi kita gilir-gilir lah antara facial, sauna, mandi bunga dan lain-lain rawatan ya. Semoga dengan adanya pakej ini akan buat si pengantin happy bersama yang tersayang. 

Booking sesi Homespa Bridal Shower anda bersama Santai Qaseh Spa - YAYA 014-3663145

Resipi sempena musim panas?

Waduh diramalkan cuaca musim panas seiring dengan musim kembali ke sekolah - Januari hingga Mac! Itu ramalan sebagai panduan kita. Malaysia cuaca memang panas tapi apabila musim panas yang panjang lagilah teringat musim jerebu haritu masih baru berlalu. Ini nak teruskan kempen minum air kosong banyak-banyak kepada diri sendiri, suami tersayang yang semasa bekerja tu dan anak-anak kecil kena terus pujuk dan ceritakan kebaikan minum air kosong lebih banyak daripada dari air manis..huhu susah sebenarnya kan sebab anak-anak dah tau mana yang sedap hehe. OK selamat bekerja di mana jua berada, wanita juga lebih perlukan khasiat air kosong ni ya supaya semua perjalanan fungsi tubuh badan wanita seimbang!
Sambil-sambil tu google nak cari resipi yang sesuai sempena musim panas...sup sejuk? ABC? agar-agar? hehehe macam-macam jumpa dengan keyword "resipi musim panas"

Tapi di sini ada nak kongsi tips mudah : Timun sebagai penyejuk badan (english:Cucumber as body coolant remedy) 
Ada banyak kebaikan timun sebagai penyejuk badan..pilih timun untuk dipromosikan di sini sebagai bahan asas resipi penyejuk badan yang mudah didapati dan murah. Boleh pelbagaikan resipi minuman timun yang menyegarkan. Untuk perjalanan jauh boleh bawa bekal timun je dan jadikan kudapan mudah 2+1 apabila lapar dan dahaga. Cuba teka timun ni dalam keluarga sayur ke keluarga buah? hehe saje lah ibu ni buat soalan kan..layan baca lagi.

Sample image - cucumber drink - a healthy body coolant

RESIPI untuk minuman paling asas hanya blend timun + sedikit gula sebagai penyedap tekak.

Untuk resipi rajin sikit, boleh cuba resipi Minuman Timun yang menyegarkan ini:-
1. Timun
2. Air gula
3. Sedikit selasih
4. Sedikit air limau nipis
5. Air masak secukupnya
6. Ketulan ais
7. Tambah lagi kalau ada = Nata de coco :-)
Cara-caranya : Kupas kulit timun dan blend. Campur semua bahan penyedap tekak yang lain mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak buat 1 jag rasanya 3 biji timun ok kan. 

Ini dah terlebih penyejuk tekak hehehe..OK selamat pelbagaikan lagi resipi TIMUN ini bersama keluarga tersayang. Semoga semuanya sihat sepanjang menempuh cuaca panas kali ni ya!


Friday, January 8, 2016

Santai qaseh spa sedia terima kunjungan hujung minggu

Salam gojes di tahun baru wahai muslimah yg baru memulakan kerja tahun 2016. Atas permintaan rakan2 ibu bekerja, homespa Santai Qaseh dibuka untuk tempahan sesi rawatan pada hujung minggu! Ya promosi januari hingga mac ini, kami buka sabtu dan ahad. Booking slot anda sekarang dan dapatkan rawatan seprofesional spa ternama dengan harga mampu milik : ya Harga Jimat Petrol seperti rm35 untuk rawatan wajah supaya kembali berseri, sauna, urutan badan yang akan melancarkan semula peredaran darah dan singkirkan toksin dengan sesi sauna tertutup. Hanya untuk muslimah. Dari sentuhan kasih seorang wanita untuk wanita. Untuk tempahan tarikh dan masa, Hubungi YAYA 014 3663145

Monday, January 4, 2016

Ibu Makan Gaji Bukan Kejam Tinggalkan Anak Sementara Bekerja

Selamat tahun baru. Hari ini tak rasa Stylo langsung dah. Hari ini hari ibu bermuram durja. huhu. Lagi lagi rasa bersalah datang kepada ibu sebab terpaksa tinggalkan anak di pusat jagaan. Hm ini kali ketiga. Perasaan yang sama sejak hari pertama meninggalkan anak bekerja, sejak anak pertama. Sama - tetap rasa bersalah, kesian kejutkan mereka bangun awal pagi dan paksa ikut rentak semasa. Kuat semangat hari ini sebab dah berjaya tunaikan cita-cita supaya tak susahkan mak jaga cucu lagi. Kasi mak rehat dan isi banyak masa zikir supaya dimudahkan urusan dan dijauhkan sakit-sakit tua. Sayang mak. Ini je keselesaan yang mampu saya usahakan setakat ini.
Tahun ni ibu sedih berganda sebab si adik masih belum cukup 2 tahun dan masih belum mahu minum susu botol sepenuhnya. Harap adik matang macam kakak-kakak ya. Adik anak yang bijak sebenarnya sebab senang dipujuk kalau kena caranya. Sabar ye cikgu. Cikgu yang sambut dia pagi tadi muda lagi, harap dia sabar dan kuat pegang si adik yang kuat melonjakkan badan kalau meragam. Tapi kalau dah Ngam nanti harap boleh la jadi geng yang menyenangkan hati ya.

Cerita pasal pusat jagaan (popular dengan keyword Daycare) sekarang ni keperluan untuk menempatkan anak-anak sepanjang waktu bekerja. Dulu bolehlah relevan sekolah tadika balik jam 11pagi ada yang ambil tapi manalah ada masa untuk keluar waktu pejabat dan cari lagi satu tempat untuk jagaan. Hah macam kami memang cari tadika yang ada pusat jagaan sekali supaya anak-anak boleh belajar kurikulum pra-sekolah yang ada islamik, ada didikan awal, siap sesi makan, sesi tidur, sesi mandi dan kami boleh ambil pulang dengan keadaan anak-anak yang sihat dan ada baaanyaakk nak diceritakan. Setakat ini kakak jenis yang senyap dalam kelas tapi memang nampak sangat pendam banyak cerita untuk dikongsi sebab apabila kami ambil ada sahaja ceritanya dan hafalan harian sepanjang perjalanan ke rumah. Seronok nampaknya sesi belajar di situ. Jadi tahun ini kakak 6 tahun dan 4 tahun akan belajar dalam kelas yang lain sesi pagi dan jumpa semula selepas habis kelas.

Jadi inilah yang ibu ayah boleh usahakan iatu pusat jagaan yang boleh terima serentak 3 beradik di tempat yang sama. Inshaallah tempat ini yang terbaik di Shah Alam, dekat dengan tempat kerja ibu ayah, selamat dan selesa untuk anak-anak menghabiskan masa dari pagi hingga ibu ayah selesai kerja di petang nanti.

Pusat jagaan ni dua tingkat, bahagian bawah menempatkan pusat jagaan dan bahagian atas sebagai kelas-kelas tadika. Banyak aktiviti Happening sepanjang tahun dan cikgu-cikgu memang sayang budak-budak (inilah yang melegakan sikit perasaan saya di kala ini) anak-anak cepat tahu solat, siap bacaan dalam solat, pandai bawa diri dan bergaul dengan kawan-kawan.

Tahun baru 2016 cabaran baru untuk kita sekeluarga ya sayang. Ibu bukan kejam tapi keadaan memaksa - huhu boleh tak buat lirik lagu alaf baru camni.. Untuk motivasikan diri, buang jauh-jauh perasaan bersalah tinggalkan anak sebab terpaksa bekerja. Sebabnya jangan dengar kata orang, orang tak tahu apa yang kita rasa dan orang tak beri rezeki kepada kita - Allah yang bagi - dan kita ibu bekerja yang masih kena bekerja demi keluarga dengan niat keluar rumah kerana Allah. Betul tu. Allah yang bagi. Kita usahakan sama-sama ya encik suami. Sama-samalah bersabar dengan dugaan anak kecil. Zaman kita dulu tadika pun optional (dicadangkan jer) dan pagi adalah masa untuk sambung mimpi sampailah perlu bangun untuk sekolah rendah sesi pagi..kebanyakan darjah 1 pun sesi petang..dulu ler..Sebenarnya kesian anak-anak sekarang, maafkan ibu ya anak-anak, semoga anak-anak faham kesusahan ibu ayah sekarang membesarkan kamu kamu semua dengan jalan makan gaji sekarang ni.

Betul, ibu ayah kesian. Kami dah cuba cari jalan lain untuk cuba jalan pendapatan lain sambil jaga sendiri anak-anak tapi belum berjaya lagi. Rasa nak buka sendiri pusat jagaan asalkan anak ada depan mata tapi banyak betul cabaran bersijil, modal dan pengalaman, jadi masih belum upaya menguruskan pusat jagaan seperti itu.

Ha ni dah waktu rehat tengahari. Tu yang bebel memanjang ni. Sebenarnya rasa nak cepatkan jam supaya cepat ambik anak-anak balik. Terutama nak sambung menyusu si adik. Mesti dia rindu sangat kan. Doa lagi semoga anak-anak kuat semangat, faham keadaan ibu ayah bekerja dan redha untuk menempuh satu lagi hari yang sama esok, lusa, seterusnya..Sementara tu follow je apa yang cikgu share kat fb, group huhu.