Followers

Wednesday, September 17, 2014

Promosi Rayyan Car Spa And Snow Wash di Banting

Rayyan Car Spa And Snow Wash, Banting

Cerita tentang bisnes Spa Kereta pula..amboi seronok tengok kereta berkilat selalu kan..terutama cuaca jerebu ni tentu stress jer tengok kereta pun cepat kelabu-asap. Apa kaitan dengan cerita kali ni? Haha bahawasanya nak promosikan bisnes seorang sahabat lama "Rayyan Car Spa And Show Wash" terletak di Kanchong Darat, Banting..er jauh dari Shah Alam tapi bolehlah ke sana kalau ada rezeki nanti ye Encik Wan! Katanya semua perkhidmatan untuk membasuh dan mencantikkan kereta korang ada disediakan antaranya :-


  • Snow Wash
  • Wash Engine
  • Water Wax
  • Polish
  • Wax
  • Nano Mist (Anti Bacteria)
  • Headlamp Polish
  • Watermark Removal
  • Interior Cleaning
  • Cushion/Seat Cleaning


Nama bisnes : Rayyan Car Spa And Snow Wash
Alamat : No 567, Batu 24, Kanchong Darat, 42700 Banting Kuala Langat Selangor

Sambung cerita lagi. Rayyan tu nama anak dia kalau tak silap, sungguh cantik kalau ramai ayah ada wawasan buat bisnes untuk anak siap-siap camni, seperti yang korang baca dalam buku motivasi "Rich Dad, Poor Dad". Bacalah untuk motivasi sebagai ayah dan ibu kalau nak tanamkan motivasi pulak ke dalam jiwa anak-anak supaya jiwa mereka juga kuat dan jadi orang yang lebih hebat daripada kita yang tengah kuat bekerja pada waktu membesarkan mereka sekarang nih. Buku ni dah ada versi bahasa Melayu, jadi bolehlah membaca untuk jadi mula belajar jadi Good Parents yang banyak ilmu pulak. Untuk Encik Wan pun disarankan, sebab orangnya rajin dan suka mencari peluang bisnes baru..semoga bisnes ni bertambah maju dan dapat pelanggan tetap yang lebih ramai ya! Apa pula kaitan bisnes dengan buku motivasi ni? Hah korang fikirlah dan buat review sendiri ya :-) Good Luck.

Cerita Bisnes : Dari Jalan Petaling ke Mid Valley

Salam sahabat. Berkongsi cerita tentang sebalik kejayaan bagaimana peniaga buah biasa mengubah cara bisnes warisan keluarganya menjadi peniaga buah luarbiasa seiring kehendak masa kini. Kepada pelanggan setia MBG tentu nak tahu kenapa kiosk buah ni hebat sangat kan. Jom baca sebagai motivasi dan bolehlah fikirkan sesuatu bisnes untuk diwariskan kelak.

-------------------------------------------

Dari Jalan Petaling ke Mid Valley

Bermula dengan menjual buah-buahan secara kecil-kecilan, perniagaan Lee Foo kemudian diteruskan oleh anak lelakinya Ying Cheong. Legasi perniagaan itu diteruskan oleh cucunya, Adnan Lee yang kini menjual buah-buahan di pasar raya.

Legasi perniagaan buah-buahan keluarga Lee bermula di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar tahun 60-an dan 70-an.

Seperti rakan-rakannya yang lain, Lee Foo yang berasal dari China memilih untuk berhijrah ke Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu untuk mencari rezeki dan memulakan kehidupan baru.

Bermula sebagai buruh kasar, pendapatan yang kecil menyebabkan Lee beralih menjaja buah-buahan secara kecil-kecilan di sekitar Kuala Lumpur.

Dengan pendapatan itu juga dia membesarkan lapan orang anaknya semasa menetap di sebuah perkampungan setinggan di Bukit Bintang.

Keramahan Lee menyebabkan beliau disenangi penduduk setempat. Bahkan kegigihannya juga menjadi inspirasi anak-anaknya.

Tradisi perniagaannya itu kemudian diambil alih oleh salah seorang anaknya, Lee Ying Cheong, 60. Ying Cheong berniaga buah-buahan di sekitar Pasar Pudu dan Jalan Imbi sekitar tahun 70-an dan 80-an dengan basikal roda tiga.

Pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah, Ying Cheong membawa keempat-empat orang anaknya ke tempat beliau berniaga sambil dibantu isterinya, Loh Lai Choo, 53. Selain dapat membantunya, Ying Cheong mahu anak-anaknya memahami bagaimana sukarnya dia dan isteri mencari rezeki.

Tanpa disedari, anak sulung Ying Cheong, Adnan Lee, 35, mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Adnan kerap mengikut dan membantu bapanya berbanding adik-beradiknya yang lain.

Segala selok-belok perniagaan dikutip dan dijadikan landasan untuk mewarisi perniagaan keluarganya itu.

Lelaki dengan ketinggian 194 sentimeter (sm) itu sebenarnya amat meminati bidang lukisan ketika di bangku sekolah, namun minat itu tidak menghalangnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang diwarisi sejak berumur lapan tahun.

Basikal roda tiga


Sejurus menamatkan pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1994, beliau memberanikan diri berniaga dengan basikal roda tiga.

"Hari pertama berniaga, saya mendapat keuntungan sebanyak RM30, walaupun kecil namun sudah cukup untuk membakar semangat saya agar terus gigih dalam bidang ini," kata Pengarah Urusan MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn. Bhd. itu.

Menceritakan pengalaman pahit yang ditempuhinya, Adnan memberitahu ketika itu dia tidak mempunyai lesen dan berniaga di beberapa buah lokasi di sekitar ibu negara.

"Sebab itu, setiap kali nampak kelibat lori atau pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya akan segera menutup perniagaan dan melarikan diri. Saya bukan sahaja pernah didenda, bahkan barang-barang perniagaan juga pernah disita sebelum ini," ujarnya.

Serik berdepan dengan pengalaman pahit itu setiap hari, Adnan nekad membuka perniagaan secara tetap di Pasar Imbi pada sebelah pagi.

"Ketika itu perniagaan semakin berkembang, habis berniaga di pasar pagi, pada sebelah malamnya saya akan berniaga di pasar malam di sekitar Taman Desa, Taman Maluri dan Kuchai Lama

Memeluk Islam pada 2001 dan berkahwin dengan seorang warga Indonesia, Nurul Aini, 34, pada tahun yang sama, Adnan bertekad untuk memperkenalkan buah-buahnya di pasar raya.

"Cawangan pertama saya ialah di pasar raya NSK Selayang. Saya bertanggungjawab menguruskan bahagian penjualan buah-buahan situ, selepas itu saya menguruskan cawangan kedua di pasar raya NSK Rawang," ujar bapa kepada tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Lee Mei Yee, 8, Nur Lee Tar Sha, 6 dan Diana Lee Mei Kuan, 4.

Tanpa menoleh ke belakang, Adnan memberanikan diri membuka cawangan di pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang pada 2005.

"Saya mengeluarkan modal sebanyak RM90,000, pada mulanya keluarga tidak bersetuju kerana ia berisiko tinggi tetapi saya berjaya menyakinkan mereka.

"Dalam tempoh enam bulan pertama, perniagaan saya mengalami kerugian disebabkan kekurangan pelanggan, apabila dikaji ia berpunca daripada ketiadaan promosi. Dari situ baru saya tahu, konsep berniaga di pusat beli-belah berbeza dengan berniaga di pasar malam," ujarnya.

Minat yang mendalam dalam bidang lukisan sedikit sebanyak memberi idea kepada Adnan untuk menjenamakan perniagaannya di bawah MBG.

Jelasnya, usaha dan strategi pemasaran yang dilakukan ternyata berhasil apabila konsep yang diperkenalkan mendapat kepercayaan pelanggan dan pengusaha pusat beli-belah khususnya di sekitar Lembah Klang.

"Saya berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu kebersihan gerai dan premis, sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dan memastikan kualiti produk yang dijual. Jika mereka tidak berpuas hati kita akan pulangkan semula wang tanpa ragu-ragu.

"Berkat kesungguhan saya, MBG akhirnya mampu berdiri teguh dan kini mempunyai 16 cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk satu di Melaka. Antara cawangan yang ada ialah di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve," kata Adnan yang mempunyai 140 orang pekerja.

Perkembangan dunia teknologi tanpa sempadan menyebabkan Adnan cuba mempromosikan perniagaannya secara talian dan khidmat penghantaran.

"Idea ini timbul kerana saya tidak mahu ketinggalan dalam bisnes sebab itu saya tidak ragu-ragu untuk melabur dan membangunkan kaedah jualan secara talian.

"MBG juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran buah-buahan kepada pelanggan dan mungkin ia antara konsep pertama yang diperkenalkan di negara ini," ujarnya yang memberitahu setiap buah tidak akan disimpan lebih daripada seminggu.

Gembira dengan maklum balas daripada pelanggan, Adnan berkata, kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan.

"Kami mempunyai seorang pekerja penghantar di setiap cawangan, jika pelanggan menempah sebelum pukul 12 tengah hari, buah-buahan tersebut akan dihantar pada sebelah petang, jika tempah pada waktu petang ia akan dihantar keesokan hari.

"Lagipun buah-buahan bukannya seperti makanan segera yang perlu dimakan terus. Ia mungkin disimpan sebelum dimakan dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari kemudian, kecuali mereka yang inginkan perkhidmatan segera," jelasnya yang bercadang membuka cawangan di Jakarta, Indonesia.

Artikel penuh di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Monday, September 15, 2014

Pasar Mini Ros Mart di Kampung Banting, Sabak Bernam

Pasar Mini Ros Mart terletak di Kampung Banting, Sabak Bernam

Salam hari Isnin, salam cuti sekolah. Amboi ramai keluarga yang ada program jalan-jalan, banyak juga partition kat opis kosong kerana cuti sekolah. Takpe inilah peluang keEMASan bersama anak-anak. OK kali ini nak cerita dan promosi sebuah perusahaan Pasar Mini Ros Mart, kepunyaan seorang sahabat bernama kak Ros..(haha sahlah memang kedai Ros tu nama dia). Kedainya jual pelbagai barangan harian dan produk IKS jadi bolehlah singgah sesiapa yang berada di kawasan tersebut, kedai di tepi jalan besar - Kampung Banting, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Semoga kedai bertambah maju. Satu perkara tentang kak Ros ni ialah seorang yang aktif dan "tangan sejuk" (huhu perumpamaan bagi orang yang tanam ape pun menjadi..) sebab memang suka berkebun orangnya. Kak Ros juga sedang mengusahakan tanaman Ros Jepun, buat masa ni bunga-bunga Rosnya berkembang cantik untuk dipasarkan dan sila lah order jika ada yang perlukan bunga segar/anak pokok. Mungkin ada kawan-kawan yang menjalankan spa mandi bunga sangatlah sesuai jadi pembekal bunga korang..ha bolehlah kongsi cerita pulak apa kelebihan aura bunga jenis ni ye tak.. OKlah selamat berurusniaga ya, semoga cerita saya ni membuka peluang rezeki dan silaturrahim yang lain kepada sesiapa yang membacanya.

Berkawanlah (hubungi) dengan beliau melalui FB Shoppe Ros dan lihat sendiri gambar2 ros jepun cantik dll produk bisnes beliau ok

Sekian dulu info nya sebab saya pun belum sempat singgah lagi. Apa pun tahniah kepada kak Ros kerana sudah ada kedai betul (kedai saya masih virtual lagi) Semoga bertambah maju jaya! Sesekali tu jual lah anak pokok dll promosi buka booth di perkarangan pejabat SUK Selangor ya, tentu dapat sambutan hangat dan dapat jumpa kawan lama semula kan :-)