Followers

Saturday, June 29, 2013

Hadiah kepingan emas seberat 350 gram untuk tilawah alquran di malaysia

Wah satu lagi transformasi minda yang bagus,apabila menjadikan emas tulen sebagai hadiah kepada penganjuran prtandingan. Memang Like sangat berita semalam apabila hadiah emas akan diberikan kepada pemenang tilawah alquran peringkat antarabangsa sebab siapapun menang emas memang diakui berharga di mana2 negara pun,jadi takkan timbul isu bagi duit sikitlah,negara penganjur kedekutlah jika diperkotak katik sibuk nak dibanding dengan us dollar. bagi emas fizikal kepada pemenang lebih bagus daripada bagi duit sebab senang cairrr dan susut nilai..lagi2 lah jatuh ke tangan wanita kut cepat jer habis ehehe jangan marah.. hm setiap tahun tempat saya kerja dan pejabat2 kerajaan lain anjurkan Anugerah Khidmat Cemerlang, saya dah lama berharap pejabat2 kerajaan pun berikan barang emas kepada kakitangan yang cemerlang. contoh kalau hadiah rm1000,boleh dibelikan barang kemas 916 untuk disimpan sebagai kenang-kenangan..sampai usia pencen esok sudah berganda nilainya, maklumlah kenaikan 25% setahun..asb korang berapa?dulu boleh jer dapat 10% sekarang 8% pun kene tunggu pengumuman katanya brgntung kepada kedaan ekonomi..kenapa,projek yang guna dana asb dah tak untung besar ke..tu belum tolak kadar inflasi 4% setahun.maknanya kita "orang kebanyakan" (pinjam ayat mak sudin bujang lapuk) ni dapat nilai 4% sahaja. fakta ni semua korang boleh rujuk perkongsian cerita muslimin di internet,sertai seminar celik emas dan macam2 sumber lagi.sekarang masanya untuk kita sedar cari ilmu emas sebagai kekuatan umat islam. amboi ibu memang bersemangat bab meningkatkan ekonomi keluarga ni,maklumlah banyak perancangan keluarga perlukan modal besar.
saya pernah minta cadangan memberikan dinar emas ini dipertimbangkan dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (pejabat suk selangor) tapi siapalah saya sekadar berkobar2 ingin membuat transformasi minda di situ. tapi jauh di sudut hati saya masih brharap selangor celik emas seperti suk kelantan yang menghargai kakitangan dengan barang berharga iaitu emas.. haha ada jawatan kosong tak sebagai webmaster ker designer ker,cuma bukan anak kelantan lah..boleh? memang jeles dengan kelantan negeri yang kaya kerana sandar ekonomi kepada emas. cuba jual minyak dalam nilai emas agak2 negeri kita kaya macam dubai atau sekurang2nya macam brunei nak?minyak kita lagi banyak woo tapi kita melopong nak beli minyak terbaik ron97 tak mampu. omputih pun tak boleh sesuka hati cetak duit sebab kita tak terima kertas dollar tak laku.best tak buat pendirian macam tu?jom berangan.

Thursday, June 27, 2013

Emas padu yang berat dan berharga 2 juta!

Saja kongsi cerita ini pada Julai 2012, Dato' Lee Chong Wei terima jongkong emas padu atas kejayaan team badminton Malaysia..tapi yang penting memang berbaloi lah usaha ahli sukan Malaysia kalau lepas ni lebih banyak hadiahnya dalam bentuk EMAS. Hm cer teka berapa agaknya berat emas padu ni kan..RM2 juta katanya...huhu cuma ianya perlu dikongsi dengan team lah juga..tapi besar nilainya tu.




Tuesday, June 25, 2013

Emas murah dan mampu milik untuk disimpan pada hari gaji

Assalamualaikum, selamat pagi di hari gaji. Hah satu tips mudah untuk meningkatkan NILAI WANG GAJI kita ialah dengan membeli EMAS YANG MAMPU MILIK secepat mungkin sebelum kita berangan macam-macam nak beli dalam fikiran lah, sibuk nak makan sedap kat mana lah (treat macam orang kaya lah konon).. Cuba amalkan petua mudah ni, beli emas pada hari gaji sebelum korang tukarkan kepada wang ringgit yang sekejap je boleh hilang. (Kan selalu terjadi..baru je keluarkan 1000 dah habis dalam masa seminggu..gaji bulan depan lambat lagi..hah kan nyesal baru fikir nak melaburlah nak simpan lah) Cuba nilai yang ter-hilang tu korang jadikan dalam bentuk emas fizikal yang boleh disimpan untuk jangka panjang. Suami isteri yang bijak pun boleh sepakat simpan emas sikit-sikit untuk tabung pendidikan anak-anak, takyah pening ptptn lah insuran lah. Kembali ke jalan yang mudah dan pelaburan yang mudah memang tak memeningkan kepala. Cubalah petua mudah yang tak lapuk zaman berzaman ini ya.
Carilah harga emas terbaik yang korang boleh dapat ya, jadilah pengguna yang bijak - dengan sedikit ilmu dan usaha :-)
Mari buka minda, cuci mata tengok katalog EMAS MURAH MAMPU MILIK hari ini (harga pagi ni)
Berminat bolehlah komen, pm, tanya kami.


Gambar ini sebahagian sahaja contoh barangan emas mampu milik, ada banyak page lagi termasuk barangan PERAK yang juga sangat berharga di zaman ini dan akan datang. Web penuh kat www.gsr2u.com.my/wangndinaremas

Friday, June 21, 2013

Sihat Dan Cantik Dengan Sayur Bayam

Info Sihat : Kebaikan Sayur Bayam

Sayur bayam

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua wanita dan lelaki yang menyayangi wanita di sampingnya:-) Kali ini ingin berkongsi kebaikan sayur bayam kepada kesihatan. Kebanyakan wanita suka sangat mencari rawatan moden untuk mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda. Segala cara dilakukan, mulai dari yang mahal hingga berisiko tinggi merosak kesihatan. Dari semua cara itu, ada cara alami (semulajadi) yang murah untuk mempertahankan kecantikan dan menjaga wajah agar awet muda, iaitu makan sayur bayam.

Makanan kesukaan Popeye ini ternyata memiliki khasiat menakjubkan, iaitu membuat kulit sihat dan awet muda. Sayuran murah dan mudah didapati ini dapat memberi efek besar pada kecantikan, khususnya menjaga agar kita lebih awet muda. Bayam banyak mengandungi antioksidan yang dapat melambatkan proses penuaan kulit.

Selain itu, pengambilan bayam secara teratur akan memperbaiki kekuatan jaringan tisu pada kulit. Jaringan tersebut akan membuat kulit lebih berkilau dan terhindar dari kusam. Vitamin E yang ada dalam bayam juga dapat memberi manfaat besar pada kulit, iaitu menjaga kelembutan dan membuatnya lebih bersinar dari dalam.

Mulai sekarang, jangan lupa memasukkan bayam sebagai menu harian. Sayur yang rasanya enak ini dapat membuat kita tetap awet muda dan cantik dalam waktu yang lama.

Pengambilan sayur bayam dan sayur daun hijau dapat menggalakkan penghasilan air susu ibu juga. Saya amalkan merebus sayur bayam dan sawi sepanjang tahun pertama kelahiran baby..alhamdulilah ada saja "bekalan susu bergerak" untuk baby pada bila-bila masa. Sekarang dah lebih setahun anak ibu dah jadi baby besar yang comel dan aktif berjalan sepanjang hari tak reti penat. Ini lah yang tetiba ibu teringat pasal nak kongsi pula khasiat sayur bayam dengan kengkawan yang lain. Balik kerja pun sempat lagi merebus sayur sementara tunggu waktu solat Mahgrib. Baby pun memang pandai tolong siang sayur kan..tergolek golek besen dan batang-batang sayur bayam satu dapur :-) Tak pe lepas ni jadi gigirl yang rajin ke dapur ya.
Siapa di sini yang suka makan sayur bayam?

Monday, June 17, 2013

E-Book Tutorial Mekap Ke Pejabat

Salam bahagia. Seronoknya dapat pengalaman baru setelah menyertai kelas pandai mekap baru-baru ini anjuran Kelab SUK Selangor. Dari awal kelas saya seronok menyalin nota sendiri siap dengan product review iaitu contoh product mekap yang cikgu gunakan. Rupa-rupanya nota saya ni berguna sebab ada kawan-kawan nak salin semula langkah-langkah mekap ke pejabat dari awal hingga akhir. Ada juga kawan yang dah pandai mekap dan nak mengajar pula pada masa akan datang. Jadi saya kumpulkan semula nota-nota dan menulisnya dalam format yang lebih mudah difahami, selain 2-dalam-1 iaitu boleh dijadikan alat bantuan mengajar paling berkesan dalam kelas mekap korang : format slideshow.

OK nak buat survey sikit : Sesiapa berminat nak dapatkan koleksi E-Book ini boleh tinggalkan Komen lengkap dengan emel dan telefon jika tak keberatan. Nanti saya bagi harga istimewa dan cara bayarannya. Terima kasih atas sokongan ibu-ibu bekerja sekalian :-)


Mengukur Saiz Cincin Dengan Mudah

Cara ukur saiz jari (dalam cm) untuk tentukan saiz cincin. Mula2 lilitkan kertas kat jari manis contohnya, tandakan dengan pen. Kemudian ukur dengan cara letakkan kertas atas pembaris. Ini ialah saiz cincin biasanya nombor 1 hingga 33..ada tak korang punya saiz?
*Nota penting : Saiz sebenar mungkin tidak tepat, senarai saiz ini pun sekadar panduan diperoleh dari internet jual beli cincin emas. Terdapat juga alat ukuran saiz cincin di kedai emas seperti Tolok Cincin dan lain-lain cara. Harap boleh dijadikan panduan ya cik puan sekalian :-)

1 = 4cm
2 = 4.2 cm
3 = 4.3 cm
4 = 4.4 cm
5 = 4.5 cm
6 = 4.6 cm
7 = 4.7 cm
8 = 4.8 cm
9 = 4.9 cm
10 = 5 cm
11 = 5.2 cm
12 = 5.3 cm
13 = 5.4 cm
14 = 5.5 cm
15 = 5.6 cm
16 = 5.7 cm
17 = 5.8 cm
18 = 6 cm
19 = 6.1 cm
20 = 6.2 cm
21 = 6.3 cm
22 = 6.4 cm
23 = 6.5 cm
24 = 6.6 cm
25 = 6.7 cm
26 = 6.8 cm
27 = 6.9 cm
28 = 7 cm
29 = 7.1 cm
30 = 7.2 cm
31 = 7.3 cm
32 = 7.5 cm
33 = 7.6 cm

*Letak nota dulu, gambar ditambah kemudian.
*Untuk tujuan simpanan pelaburan tak kisah lah saiz - size doesn't matter - asalkan beli sekarang pada harga yang sangat mampu milik sebelum harganya terus meningkat. Bolehlah ambil contoh pelaburan mudah ini : campak dalam balang kaca sebulan 1 cincin sebagai modal berniaga kelak, harap-harap tak perlu buat loan bank untuk elakkan terlibat bunga riba. - Pesanan ikhlas dari styloibu :-)

Faedah menukar ringgit kepada emas dan perak

Sengaja simpan artikel dari internet mengenai faedah menyimpan emas sebagai aset keluarga, zaman berzaman :-) Pernah tak dengar kadang-kadang nilai matawang ringgit stabil, kadang-kadang jatuh, kadang-kadang naik. Itu sebab kita dok bandingkan dengan US Dollar yang dijaga supaya sentiasa tinggi nilainya. Kita juga dengar boleh mencetak sendiri wang kertas kalau tak cukup..ish boleh pulak cover macam itu ya mentang-mentang dia kuasa dunia. Jadi simpan sebahagiannya terus kepada aset emas untuk kekalkan nilainya. Jika masih tak faham, carilah ilmunya, kuasailah ilmu kesedaran emas dan perak sebelum orang lain terus menerus memanipulasi nilai matawang ringgit. Hmm nanti kita akan sedar "oh patutlah asyik rasa tak pernah cukup menyimpan wang"

"Barangsiapa mempunyai harta,maka bersedekahlah dengan kekayaannya. Barangsiapa mempunyai ilmu, bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya.." (hadith riwayat Anas bin Malik)

Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan. (kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong)

Sekian dulu...