Followers

Wednesday, March 27, 2013

Peluang Perniagaan Untuk Wanita

Salam bahagia. Mari saya perkenalkan peluang perniagaan yang sesuai untuk kaum wanita. Mari buka minda sebentar.. Pernahkah terfikir untuk menjadi taukey kedai emas? Ini peluangnya dengan modal yang sangat rendah sudah boleh menjadi pengedar pelbagai produk emas dan perak. Perniagaan anda beroperasi secara Dropship iaitu konsep terkini bisnes yang selamat kerana kita tidak perlu bersusah payah menghantar barang kepada pelanggan. Apalagi menghantar barangan berharga sebegini tentunya tugas yang berat dan tentunya kita risau nak mengusung stok barangan buat promosi ke sana sini kan.

Bagaimana konsep Dropship memudahkan wanita? Secara mudahnya; barangan yang dipesan sudah selamat sampai ke tangan pelanggan ketika kita sedang sibuk memasak di dapur sambil menunggu anak balik sekolah (katakan waktu tengahari). Duit komisyen dan segala laporan jualan juga boleh disemak bila-bila masa secara online (katakan anda hanya sempat berinternet ketika anak sudah masuk tidur jam 11 malam atau awal pagi..). Inilah yang dikatakan salah satu sumber buat duit dari rumah.
Kalau anda wanita yang sedang mencari-cari peluang menambah pendapatan sambil menyimpan aset pelaburan, sila hubungi kami. Kepada yang bekerja makan gaji seharusnya fikir masak-masak peluang yang datang ini, gunakan internet sebaiknya untuk membantu anda kaya berjaya sebelum bersara.

Peluang perniagaan Dropship
*Gambar Styloibu : Sedang menulis Resit pembelian barangan perak ketika waktu rehat tengah hari.  Buku Resit rasmi memang disediakan oleh syarikat kerana kita boleh berikan pelanggan harga istimewa sendiri kerana sebagai pengedar kita diberikan harga VIP iaitu harga borong oleh syarikat ini. Laptop juga digunakan untuk merujuk Katalog Harga dan semak Stok terkini yang boleh terus dilihat secara Online dan dikemaskini setiap hari.

Berminat, sila sms/wasap : NAMA & LOKASI ke 016-2484633
Kami juga ada support group jika anda mahu kami menjalankan seminar celik emas perak di tempat anda. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat :-)

Sunday, March 3, 2013

Kereta NGV jimat

Asalamualaikum, terfikir nak kongsi cerita NGV dan meneruskan kempen alam sekitar. Perkataan yn kita pernah nampak :

NGV= Natural Gas Vehicle
CNG = Compressed Natural Gas

Ramai pakai kereta NGV tapi tak ramai yang menulis mengenai pengalaman menggunakannya menyebabkan kempen alam sekitar jadi separuh jalan juga sambutannya. Biarlah saya ceritakan bahagian yang menarik dan bagus mengenai NGV. Kami banyak jimat untuk berjalan jauh memikirkan keperluan ziarah keluarga besar kami yang sentiasa happening dan merata tempatnya. Maka pada tahun 2012 kami nekad pasang NGV jenis Auto Switch (petrol dan gas boleh tukar bila-bila masa). 
Cabaran semasa mula-mula convert NGV

ni antaranya susah nak agak jauh perjalanan sebab tak semua Petronas ada stesen NGV. Dulu kempen NGV sekejap aje katanya membantu jaga alam sekitar kerana pelepasan karbon kurang tapi sangatlah kurang stesen macam tak nak teruskan kempen pula. 

Apa pun memang jimat pakai NGV. Kami nekad pasang NGV brand Zavoli (katanya dari Itali) dengan silinder fibre-glass. Secara fizikalnya separuh bonet hilang tempat barang. Beratnya menyebabkan bahagian belakang sedikit lowered maka kami pasang sport rim waja supaya kembali seperti biasa. Cuaca kat Malaysia pula panas, jadi cabaran enjin pula kena tukar minyak hitam tepat ikut jadual. Kalau ada lebih duit bolehlah pasang booster penjimat tenaga (contoh Green Technology) jadi kereta tak rasa berat, rasa biasa seperti pecutan guna petrol.