Followers

Thursday, August 18, 2011

Puasa penuh tahun ni

Mencabar sungguh rasa dua tiga hari ni. Menahan loya tekak dan pening lalat untuk terus berpuasa, bangun sahur..Hm nampaknya puasa penuh la saya tahun ni..semoga Allah permudahkan urusan kali ini..amin..

Ibu dan bulan puasa

Selamat berpuasa ibu-ibu semua. Pesanan kepada diri saya juga, SEMOGA TABAHKAN HATI menempuh dugaan yang susah nak diceritakan sepanjang bulan puasa ini. Walaupun Fizikal = meletihkan, kita kena kuatkan Mental untuk terus melawan segala anasir negatif. Huhuu senangnya cakap..nak sedap hati ni. Anak pun menyusu badan lagi maka hanya ibu-ibu saja yang faham sesama kita kan.

Elakkan baby kuning dengan Homeopati seawal dilahirkan

Hari ini seronok dengar berita kawan-kawan selamat melahirkan anak yang comel dan sihat. Tapi jangan biarkan kegembiraan ini disulam dengan peristiwa kena Kuning atau Jaundice! Ikhtiarkan sesuatu sebelum terkena kuning, sebab kalau dah kena memang lambat nak baik dan lebih sedih asyik berulang alik ke hospital periksa darah baby. Dengar cerita dari kawan kata sudahlah baby tu kecil lagi nak kena ambil darah di tumit kesian kena picit dan rimas sementara menunggu giliran.. belum cerita si ibu bapa yang bekerja kilang atau shift terpaksa mengadap bos asyik ambil cuti.

Cerita saya? Alhamdulillah dapat dielakkan kerana selepas keluar hospital terus singgah ke Klinik Dr Radziah dan minta ubat bagi mengelakkannya. Ubat air ada 4 botol perlu dihabiskan dengan memberi baby 0.5 ml 3 kali sehari. Tujuan ubat ini ialah mengeluarkan lendir/bahan kumuh dan kotoran si baby. Macam yang korang tahu kebanyakan yang terkena kuning kerana perkumuhan atau najis tak keluar dengan sempurna dan sebab tu lama masanya nak baik kerana pada masa itu organ baby baru belajar berfungsi dengan sempurna. Tambahan pula saya berikan anak sepenuhnya susu ibu dari mula-mula kolostrum sehingga sekarang. Ingat lagi susah payah picit keluar susu awal demi nak berikan susu permulaan. Hehe kena picit sebab terkena bengkak susu, selepas pergi urut 2 hari baru lancar.