Followers

Monday, February 21, 2011

Download Emel Ke Thumbdrive

Penyelesaian yang sangat mudah dan percuma, tentunya! Apabila ingin membaca atau mencari emel yang diperlukan ketika tidak ada komputer dan sambungan internet. Hm maknanya secara Local. Caranya Download software Thunderbird dan ikuti cara-cara untuk Sync ke emel anda seperti Outlook dll. Kalau boleh simpan Emel ke Thumbdrive bermakna anda telah buat Backup emel secara tak langsung. Canggih kan, selamat mencuba.

http://www.mozillamessaging.com/en-US/thunderbird/

Tuesday, February 1, 2011

Kod Etika Blogger bagus untuk meneruskan adat susila Malaysia di mata dunia

Perdana Menteri sarankan Kod Etika Blogger
Sekarang ini dapat dilihat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula mengambil berat mengenai isu etika seseorang pengendali blog di Malaysia.
Ini kerana, baru-baru ini beliau menyarankan para pengendali blog menjadikan “Kod Etika Blogger” sebagai garis panduan dalam menulis entri blog di Internet.
Kod Etika Blogger yang dimaksudkan adalah:

  • Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
  • Tidak memplagiat hasil tulisan.
  • Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
  • Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
  • Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
  • Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
  • Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
  • Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
  • Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Kod Etika Blogger ini dikeluarkan setelah beliau tertarik dengan artikel A Bloggers’ Code of Ethics yang ditulis oleh CyberJournalist yang menyentuh mengenai etika dalam penulisan di dunia blog.
Bagi pendapat peribadi saya, Kod Etika Blogger ini lebih tertumpu kepada mereka-mereka yang menulis blog mengenai isu-isu hiburan, politik dan juga isu-isu semasa di dalam dan luar negara. Ini termasuklah blog-blog berbentuk peribadi yang juga menyentuh isu-isu seperti yang dinyatakan sebentar tadi.
Namun begitu, dengan adanya kod etika sebegini dapat sedikit sebanyak menjadikan sebagai panduan kepada para pengendali blog di Malaysia dalam menulis artikel untuk blog mereka. Terutamanya bagi mereka yang baru menceburi bidang penulisan blog di tanah air.
- Artikel di Utusan Malaysia 2009
- Dikempen terus menerus 2010 - 2011 oleh BernamaRadio24