Followers

Thursday, October 21, 2010

Ubat hypertiroid dengan cara homeopati

Salam sejahtera. Sakit itu penghapus dosa. Dan yang melihat tak sama dengan yang menanggungnya. Jadi di sini saya kongsikan jika ada wanita/lelaki yang pernah didiagnos sebagai pesakit Hypertiroid. 

Saya belanja gambar ni sebagai berkongsi berita gembira kepada pesakit di luar sana. Penawar itu ada cuma perlu usaha dan cuba lagi sampai berjaya ya. Ini ialah gambar ringkasan keputusan ujian makmal sepanjang tempoh rawatan hospital dan beralih kepada perubatan homeopathy. Buat dalam bentuk gambar dan graf sebab apabila dibuat secara "infografik" sebegini lebih mudah faham dan nampak kesan positif kan. Sapa nak baik terus macam ni sila senyum ok!

Bacaan ujian darah untuk tahap hormon ujian tiroid dulu dan sekarang - sudah normal

"Apa itu Tiroid? Bunyinya macam penyakit moden" itu kata mak selepas diberitahu mengenainya.

Ha tu takmahu cerita pandangan orang lama sebab sebelum ini manalah ada sebaran maklumat mengenainya sebab kes sangat jarang dan malang juga tak banyak yang dilaporkan agaknya. Tu belum ibu mertua punya pandangan kan. Ops serious taknak tahu. Yang penting semasa diberitahu anda ialah seorang pesakit, masa tu hanya mengharapkan suami sebagai penguat semangat..dalam hati tiba-tiba ada perasaan takut tentang masa depan, takut ditinggalkan dan takut tentang kematian sampai rasa nak cakap "Hubby don't leave me!!" OK kita tinggalkan bab drama ni supaya pesakit tak takut dengan bayang-bayang sendiri. 

Sekarang ni semua ujian makmal dah canggih dan moden, jadi hanya dari ujian darah sahaja sudah boleh hasilkan kajian lebih terperinci. Ada sahaja kes jarang berlaku dulu sekarang macam dah selalu terjadi sebab dah boleh dikesan dari awal. Contohnya macam dah selalu sangat ada berita orang keguguran, bayi meninggal dalam perut, dan sekarang kes-kes Tiroid ni dah sinonim dengan masalah wanita. Lelaki kena ambil tahu juga sebab rupa-rupanya lelaki juga memang bersama-sama terima rawatan di klinik Endokrin, PPUM dulu. Ha klinik Endokrin ini ialah bahagian yang kaji pasal hormon badan. Kalau dah PPUM tu memang ramai rupa-rupanya yang senasib, cuma pelbagai masalah hormon ikut tahap kesihatan masing-masing. 

Cerita tentang rawatan pulak. Pernah dengar tak, kalau makan ubat darah tinggi tak lama lepas tu kena sakit jantung..atau..kalau makan ubat kencing manis tak lama lagi kena sakit kepala.. dan lain-lain lagi yang kita dengar..

Tau kenapa? Kerana ubat hospital selalunya hanya untuk bertahan saja dan bukan MENGUBATI. Kandungan dadah dalam ubat adalah untuk manipulasi menipu otak supaya diarahkan kepada kelegaan sahaja. Mudahnya, ubat penyakit lain dapat penyakit lain. Siapa pernah tengok tv Astro rancangan tentang biji aprikot (betul ke buah ni?) yang boleh mengubat Aids..kenapa ianya tak dikomersilkan jadi ubat, kerana kalau semua pesakit dah sembuh habislah bisnes hospital yang berpegang kepada rawatan susulan. Betul juga, sehingga ia dijual di pasaran gelap dengan harga yang tinggi giler. Dan berbalik kepada siapa yang memegang kroni ubatan moden..kan..

Dalam berubat pula, kita kena berSABAR dan jangan putus asa. Banyak cara berubat kena rajin dan terus menerus tak boleh cuba cuba. Kemudian berdoalah agar diJODOHkan dengan ubat yang menyembuhkan.

Cerita tentang Hypertiroid / Hyperthyroidism yang saya tahu sejak mengandung pertama sekarang sudah normal dengan perubatan Homeopati. Cuma dalam beberapa bulan bacaan dah normal. Kalau tak saya kena makan ubat pahit PTU yang kalau ditinggalkan atau tak ikut dos menyebabkan hormon tiroksin tinggi badan tetiba menggeletar dll kesan sampingan.

Sekarang, kerana gembira bebas dari mengambil ubat PTU yang pahit, mari saya kongsikan link Dr. Radziah ni : http://homeopathy2u.com.my/

Lokasi klinik : NO 10, JALAN KRISTAL K7/K, SEKSYEN 7 , 40000 Shah Alam, Malaysia
Telefon : 019-208 2756
facebook page : http://www.facebook.com/pages/Klinik-Homeopathy-Radziah/330004517044774

Dr. Radziah sangat ramah dan layan kita macam dah kenal lama. Pertama kali jumpa pun tak malu untuk meluahkan apa yang kita alami. Ubat dihasilkan dari herba dan halal. Cara makan pun senang sebab ubat manis macam makan gula-gula. Cubalah rawatan homeopati sebagai alternatif kepada ubatan dadah yang belum tentu dibuat dari barang halal. Sebarkan kebaikan rawatan ini semoga memberi kesembuhan kepada yang memerlukan. 

Wednesday, October 20, 2010

Susu tepung soya untuk ibu menyusu


Ini cerita tahun 2010 ketika harga susu tepung soya Melilea ni berharga : RM16.00
simpan buat kenangan semasa perjalanan terindah menyusukan anak 2010-2012.

Anak sihat ibu ceria

Muah! Sayang dia..
(Nurnafisah 5 bulan)

Baju menyusu - baju kurung Adrinis



Baju raya tahun ni ialah baju kurung menyusu jenama Adrinis. (dilabel sebagai Adrinis Kurung Moden - White) Cantik dan praktikal. Yang best tak perlu gosok sebab material kain lembik (ala yang macam tudung express tu.spandex kot namanya) :-) Baju ada lapisan depan yang boleh diselak untuk mudahkan menyusu tanpa mengangkat baju dan tak menampakkan pinggang. Kain sarung getah keliling. Memang sesuai kepada yang pakai tudung sebab orang tak perasan bukaan baju kita. Baju ala muslimah sebab ada tangan bergetah ropol. Tambahan batu-batu manik yang pelbagai warna membuatkan harganya mahal sikit sebab cantik sesuai ke pejabat dan majlis. Lagi satu saya suka corak dan warnanya yang ceria dan boleh sesuai dengan tudung putih/corak/oren..
Yang saya pakai ni brand Adrinis, tapi beli di kedai Sarakids di TTDI Jaya, Shah Alam. Memang boleh beli online tetapi saya nasihatkan cuba dulu di kedai sebab potongan saiz tak sama macam baju standard walaupun ada saiz S, M, L, XL. Kebanyakan S dan M sangat kecik di dada dan pinggang. Yang ni saya ambil XL sebab tinggal ni aje yang besar sikit. Cuma tangan jadi panjang sikit dan kain kena potong atau gulung ler.
Kongsi cerita pengalaman datang ke kedai Sarakids..macam-macam ada. Alamat : 42-1, 1st. Floor, Jalan Opera L U2/L,Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor.Tel: 03-78475369.
Sebenarnya seronok sebab dapat tengok sendiri secara LIVE barangan yang dilihat secara online sebelum ini. Jurujual pun peramah dan boleh tanya macam-macam mengenai barangan dan tips susu ibu. Di kedai Sarakids ada jual baju Adrinis dan Mydreams (kedai kat Bangi) dan lain-lain lagi brand online. Kakak jurujual tu memang penyabar sebab saya mencuba hampir 12 pasang baju menyusu tapi last beli 1 aje baju kurung, 1 inner dan 1 tshirt menyusu. Itu pun dah terlebih bajet RM300..tapi cantik dan puas hati kerana bahan kain yang lasak :-)

Share Quick-links:
Gambar baju kurung ini di web adrinis.com
Gambar baju kurung ini di web sarakids.com
Gambar baju sedia untuk dicuba di kedai sarakids

Koleksi botol susu


Sekarang rak pinggan penuh dengan botol susu, bekas simpan susu. Pastikan semua bekas dan alatan menyusu pernah di-steril.

Cara paling mudah steril bagi bekas/botol/puting getah yang baru dibeli :-
1. Jerang air mendidih
2. Cuci dengan air sabun dan bilas air bersih

3. Rendam dalam air yang telah mendidih kejap..tak sampai 1 minit
4. Terus angkat dan keringkan


Harus diingat, botol/bekas perlu betul-betul kering kalau tak mudah berkulat. Tips: Kalau nak guna cepat, lepas cuci bersih bilas dengan air masak.

Pam susu manual


Haa lega baru lepas mengepam..
Pam manual ni merangkap Stress-ball ehehe bagus untuk senaman tangan :-)
Brand : Pureen
Kelebihannya, ringkas dan senang dibawa ke mana-mana, tak perlu banyak aksesori mengepam, dan boleh sesuai dengan pelbagai botol susu Pureen lain. Boleh didapati di farmasi, hypermarket.

Stok susu beku


Stok susu beku yang disimpan di bahagian beku boleh bertahan hingga 3 bulan. Ibu digalakkan sentiasa perah susu apabila ada kelapangan. Boleh tulis tarikh perah untuk rujukan. Saya tulis tarikh guna permanent marker pen sebab kalis air. Bekas yang digunakan ialah botol susu dan bekas dadih. Pernah bekerja di luar tak cukup bekas saya guna botol air mineral, bersamaan = 3 bekas dadih :-)