Followers

Tuesday, April 8, 2014

Kongsi Borang Pendaftaran Ibu Tunggal @Selangor

borang daftar ibu tunggal selangor

Hm apa agaknya bantuan yang dapat diberikan kepada ibu tunggal Selangor yang memerlukan ya..ini dikongsi borangnya jika ada yang memerlukan..semoga dipermudahkan urusan kalian ibu tunggal dan mereka yang ingin membantu sesama golongan ini. Ibu kita sendiri? Semoga berguna.

DOWNLOAD BORANG DARI LAMAN WEB UPEN SELANGOR

Siapa yang uruskan, apa syarat dan maklumatnya :-

SYARAT PERMOHONAN IBU TUNGGAL
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di negeri Selangor
3. Bukan kelahiran Selangor mestilah bermastautin di negeri Selangor
 ** (mesti dapatkan cop pengesahan mastautin. Sila isikan ruangan BAHAGIAN PENGESAHAN TARAF MASTAUTIN)
4. Pernah berkahwin dan telah bercerai

PANDUAN PERMOHONAN IBU TUNGGAL
1. Pemohon hendaklah mengisi borang dengan lengkap dan disertakan sesalinan dokumen seperti berikut:
a. Satu Salinan Mykad Pemohon
b. Satu Salinan MyKad/Mykid setiap ahli keluarga di bawah tanggungan
c. Salah satu salinan dokumen berikut;
 i. Satu Salinan Sijil Kematian Suami (jika berkenaan)
 ii. Satu Salinan Sijil Perceraian
 iii. Satu Salinan Laporan Polis (jika digantung tidak bertali)
2. Sila tandakan senarai semak dokumen sokongan yang dilampirkan bagi memastikan borang yang dihantar
 adalah lengkap.
3. Borang permohonan boleh didapati di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun
 berhampiran.
4. Borang permohonan juga boleh di muat turun di laman sesawang
 http://e-bu.selangor.gov.my/ dan diserahkan terus kepada pejabat YAWAS di alamat berikut:
 Yayasan Warisan Anak Selangor
A1-11-2 & A1-11-3,
Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-55218740 / 03-55218741
Faksmili : 03-55218742 / 03-55218743

No comments:

Post a Comment