Followers

Thursday, September 26, 2013

Mini Pavlova Comel Dengan Buah Segar - Shah Alam Klang

Hai orang Shah Alam/Klang..Anda peminat Pavlova? Ini saiz mini Pavlova ciptaan Puan Zarini, didatangkan dengan dressing buah segar untuk mencomelkan lagi rupa dan rasa si comel yang manis ini. Sesuai untuk sebarang jamuan, sambutan hari lahir, atau santai untuk minum petang..boleh dipelbagaikan ikut kreativiti sebagai hantaran perkahwinan??
Mini Pavlova comel dengan dressing buah segar

Dibuka untuk tempahan sepanjang masa. Hubungi terus Zarini (Call/SMS/Whatsapp) 0112-7014862.

Dapatkan Acar Pedas Buah Jeruk Di Shah Alam

Acar Pedas Buah Jeruk - Shah Alam

Salam bahagia, terutama kakitangan di Pejabat SUK Shah Alam, pejabat lain sekitarnya dan orang2 di Shah Alam - sebab boleh tempah produk istimewa resipi bonda Norhidayah di Shah Alam ini - Acar Pedas Buah Jeruk - rasanya terbaik! Sila hubungi terus tuan punya produk ini : call/sms/whatsapp Norhidayah 013-3553639 untuk tahu harga terkini, nyatakan kuantiti yang diperlukan dan jangan lupa nyatakan lokasi. Boleh COD untuk kakitangan Pejabat SUK Shah Alam ya. Acar buah ini sedap, sesuai untuk terus dimakan bersama nasi panas, menambah rasa hidangan nasi minyak/beriani dll, tempahan kuantiti banyak/bekas besar sama ada untuk jamuan, kenduri kendara! Selamat berurusan, tempah awal ya!

Nota : Tempahan dibuka sepanjang masa. Dari blog styloibu mengucapkan selamat maju jaya kepada Norhidayah atas produk keluaran keluarga mereka yang sangat berkualiti ini. Semoga dengan promosi di sini akan menghangatkan lagi tempahan dari kawan2 dan orang2 sekitar Shah Alam. Ha kepada anda yang nak buat kenduri dalam masa terdekat ni boleh ambil siap2 nombor telefon Norhidayah ni ok. Salam perkenalan dan salam barakah. 

Wednesday, September 25, 2013

Berpada-pada Tengok TV Ya Anak-Anak :-)

Post menarik untuk dikongsi bersama dari http://hadi87.blogspot.com/2010/08/televisyen-perosak-jiwa-dan-minda-kanak.html. Kadang2 yang terbiasa tu susah nak hijrah, sepertimana tagline Blog empunya cerita ini boleh jadi motivasi kita : Berhijrah Walaupun Sukar. Jom kita baca dan tambah ilmu, baru kuat jiwa untuk berhijrah kepada kebaikan. Amin..


TELEVISYEN PEROSAK JIWA DAN MINDA KANAK-KANAK


Televisyen (tv) adalah merupakan satu alat elektronik untuk menyampaikan berita-berita dan juga sebagai alat hiburan. Rata-rata kebanyakkan rumah di Malaysia mahupun di dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Malah jika sebuah rumah mempunyai beberapa buat set tv sudah dianggap kebiasaan pada masyarakat kini kerana tv sudah dianggap perkara yang wajib ada di setiap rumah.

Oleh itu, tv secara tidak langsung memberikan impak yang sangat besar kepada ahli rumah khususnya dan masyarakat secara umumnya. Jadi teknologi tv ini sebenarnya wadah yang sangat mudah mempengaruhi fikiran dan minda manusia. Pernah suatu ketika dahulu pada tahun 2002, dunia dikejutkan berita dengan bekas Presiden USA, George W. Bush yang pengsan akibat tercekik biskut. Berita tersebut tersebar dengan pantas ke serata ceruk dunia semata-mata untuk menyebarkan seseorang telah tercekik sekeping biskut! Justeru itu, menjadi topik bualan hangat di sana-sini. Itulah kuasa pengaruh tv ke atas kehidupan.

Jika dikaji tv pada hari ini secara menyeluruh terhadap kandungan-kandungan yang disiarkan terhadap manusia, maka akan terserlah akan implikasi buruk terutamanya ke atas kanak-kanak. Malah jika tidak keterlaluan boleh kita katakan bahawa rancangan tv hari ini banyak 'membodohkan' manusia daripada 'mencerdikkan' manusia. Tetapi kita tetap juga terleka dengan penangannya walaupun hakikatnya kita sedar akan kenyataan itu.

Kebanyakkan siaran-siaran yang dihidangkan kepada kita jelas tidak mendidik jiwa dan minda malah kandungan siaran yang sekarang ini dipenuhi oleh unsur-unsur khurafat dan seks berjaya memikat manusia zaman milenium ini sekaligus berjaya menarik dan mempengaruhi anak-anak kecil yang sepatutnya dilambakkan dengan bahan yang membangunkan rohani dan minda mereka. Tetapi apa boleh buat bilamana ibu-bapa mereka sendiri meredhai pengaruh tersebut untuk sebati dalam diri anak-anak mereka malah mereka juga sebagai ibu-bapa yang turut skali 'merasai' gelombang pembatutan jiwa dan minda tersebut. Sungguh menyedihkan.

Anak-anak dibiarkan menonton rancangan yang melalaikan. Disamping jiwa yang terlalai, sebenarnya kita tidak sedar bahawa perkembangan fizikal dan fisiologi anak-anak kecil mereka diperlambatkan perkembangannya dek kerana 'hidangan' yang ibu bapa sajikan sendiri. Ya, benar kanak-kanak ini akan mengalami keterencatan terhadap perkembangan otak dan juga fizikal meraka. Kenyataan ini bukanlah sekadar provokasi semata-mata, tetapi telah dibuktikan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan dari dulu sehingga sekarang! Oleh itu, anda yang sedang membaca tulisan ini mungkin telah mempunyai anak, ataupun sekurang-kurangnya bakal mempunyai anak, pertimbangkanlah bagaimana untuk mengawal pengaruh ini daripada terjadi kepada anak-anak anda dan juga kepada diri anda sendiri. Anda fikir-fikirkanlah sendiri.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, secara purata kanak-kanak di Malaysia menonton tv lebih kurang kurang 2-3 jam pada hari-hari biasa dan 3-4 jam pada hari minggu. Dalam setahun bermakna hampir 1200 jam dihabiskan oleh kanak-kanak ini untuk tujuan menonton tv berbanding 1040 jam setahun dihabiskan untuk berada dalam kelas waktu sekolah! Tabiat menonton tv secara berlebihan mendatangkan kesan negatif kepada seseorang terutamanya kanak-kanak yang dalam proses tumbesaran. Justeru itu, Akademik Pediatrik Amerika (AAP) pernah menyarankan kanak-kanak yang berada di bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan menonton tv. Ini kerana pada peringkat ini pertumbuhan otaknya adalah pada peringkat paling kritikal dan pertumbuhan ini paling berkesan dirangsang dengan sentuhan dan bukan pada imej di kaca tv.

Risiko ke atas otak kanak-kanak
Tv ternyata membantutkan perkembangan otak kanak-kanak. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Chicago menunjukkan 3 tahun pertama adalah peringkat paling kritikal bagi otak kerana otak mengalami perkembangan yang sangat pesat. Jadi, rangsangan yang terbaik bagi kanak-kanak untuk memperoleh perkembangan optimum adalah melalui pendedahan kepada persekitaran dan realiti kehidupan mereka. Kaedah yang terbaek yang dapat digunakan adalah melalui bercakap dan berkomunikasi dengan bayi sejak dilahirkan. Membacakan bahan bacaan yang bermutu dan baik merupakan langkah yang berkesan untuk membentuk sahsiah dan daya intelektual kanak-kanak.

Risiko ke atas perkembangan emosi dan fizikal
Pergaulan dengan kawan-kawan adalah penting kepada kanak-kanak bagi perkembangan emosi dan fizikal mereka. Seorang pakar psikologi dan pendidikan, Dr. Jane M. Healy berkata kecekapan minda kanak-kanak meningkat apabila mereka dibiarkan berinteraksi dengan orang lain dan dibiarkan berfikir secara aktif. Jadi membiarkan kanak-kanak tercegat di depan tv sahaja akan merencatkan aktiviti interaksi mereka seterusnya membantutkan kecekapan fikiran mereka. Malah penemuan yang didapati oleh Fakulti Perubatan Universiti Stanford menunjukkan kes-kes kegemukkan dikalangan mereka sangat berkait rapat dengan tabiat suka menonton tv.

Risiko ke atas pertuturan

Menurut Dr. Sally Ward, seorang pakar kanak-kanak yang melakukan kajian selama 10 tahun mendapati tv membantutkan perkembangan pertuturan kanak-kanak.Dalam kajian tersebut, seorang daripada lima orang kanak-kanak akan mengalami masalah tersebut. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun bertutur seperti berumur 2 tahun. Ini kerana masa yang sangat terbatas untuk berinteraksi dengan persekitaran kerana menonton tv. Oleh itu, ibu bapa sangat digalakkan memperbanyakkan interaksi dan percakapan dengan anak-anak mereka.

Risiko ke atas konsentrasi

Seorang pakar neurologi di Hospital Kanak-Kanak di Boston, Dr. Jane Holmes Bernstein mendapati tv melemahkan daya konsentrasi. Beliau mendapati kanak-kanak yang kerap menonton tv kerap menghadapi kesukaran mendengar dan menberikan perhatian dalam pelajaran. Hal ini terjadi kerana imej yang ditunjukkan di tv tidak constant. Ada imej yang ditayangkan selama 3 saat, kemudian diikuti 7 saat dan seterusnya. Malah kajian mendapati sebahagian kanak-kanak mengalami penyakit Gangguan Hiperaktiviti Kurang Tumpuan disebabkan sistem saraf mereka terjejas. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan anak-anak yang cerdik dan pintar jika sistem saraf mereka sudah rosak dan terjejas sejak kecil lagi?

Risiko mendapat kesukaran tidur

Kajian yang dilakukan oleh Klinik Pediatrik Gangguan Tidur mendapati kanak-kanak yang kerap menonton tv sukar melelapkan mata. Mereka juga tidak suka tidur awal. Oleh yang demikian, ini melambatkan pertumbuhan intelektual dan fisiologi mereka kerana waktu tidur yang mencukupi adalah amat penting bagi menyimpan maklumat-maklumat yang dipelajari pada siang hari. Begitu juga dengan perkembangan fizikal juga akan terganggu disebabkan waktu rehat yang tidak cukup. Hasilnya, terjadilah anak-anak kita yang lembap. Sudahlah lembap terbantut pula fizikalnya. Lalu kita mula marah-marah jika anak-anak lemah dalam akademik mereka. Siapa yang harus disalahkan? Ibu bapa atau anak-anak?

Risiko ke atas prestasi akademik

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Amerika, prestasi kanak-kanak menurun secara mendadak apabila masa yang diperuntukkan kepada kanak-kanak menonton tv lebih daripada 10 jam seminggu ataupun 2 jam sehari secara puratanya.

Risiko ke atas jiwa dan akhlak

Pakara-pakar dari Universiti Illinois mendapati kanak-kanak yang didedahkan dengan adegan-adegan ganas dalam tv semasa berusia 8 tahun, mempunyai kecenderungan untuk menjadi pendera kanak-kanak atau isteri dan terlibat dengan jenayah ganas semasa berumur 30 tahun. Inilah penemuan yang didapati berdasarkan kajian mereka selama 20 tahun. Jadi tidak menghairankan bilamana terdapat kes-kes penderaan ke atas anak-anak dan isteri kerana mereka (anak-anak) telah dididik sebegitu sejak daripada kecil lagi. Tidak dilupakan pada tahun 1983, akhbar The Star melaporkan 4 orang kanak-kanak maut selepas meniru aksi Superman di tv dengan terjun dari tempat tinggi untuk terbang seperti Superman!

Kaitan tv dan aksi ganas

Kajian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Univrsiti Sains Malaysia mendapati secara purata kanak-kanak melihat 4 pembunuhan, 24 senjata, 14 tembakan senjata api dan 38 kali tumbukan di dalam kaca tv. Maka secara purata mereka mungkin melihat 3000 pembunuhan, 2000 senjata api dan mendengan beribu-ribu kali tembakan di tv dalam tempoh satu tahun di Malaysia! Seperkara lagi, penemuan penyelidik dari Universiti Yale ke atas 200 orang kanak-kanak prasekolah mendapati tabiat kanak-kanak yang bergaduh dan menendang lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang gemar menonton siri kartun. Ini kerana siri kartun juga tidak ketinggalan dalam memaparkan adegan-adegan ganas.

Solusinya

Pada hari ini tv lebih banyak mempromosikan rancangan-rancangan yang bersifat komersial daripada mendidik. Adegan yang dipaparkan banyak bercanggah dengan Islam. Kemunculan lagu-lagu yang melalaikan jiwa dan adegan-adegan lucah oleh para artis memberikan contoh yang buruk kepada anak-anak ini. Pastinya unsur-unsur ini dapat merosakkan jiwa bakal-bakal pejuang Islam di masa hadapan. Pejuang Islam seharusnya disuap dengan unsur-unsur yang baik yang membentuk semangat, keperwiraan dan intektual mereka. Bukan unsur yang merosakkan dan menjatuhkan ini.

Maka tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, abang, akak atau sesiapa sahaja, bertindaklah mengikut kemampuan masing-masing dalam memperbaiki masalah yang sudah lama meruncing ini. Kawallah diri kita dengan menonton rancangan yang berinfomasi dan berfaedah sahaja justeru dapat dijadikan contoh oleh orang lain terumatamya kanak-kanak. Terdapat rancangan-rancangan yang membina minda dan jiwa seperti Jejak Rasul, National Geography, dokumentari-dokumentari ilmiah dan sebagainya. Pupuklah kecenderungan mereka ke arah rancangan sebegini. Siapa lagi yang mahu diharapkan jika kita sendiri yang tidak memulakannya?

Ditegaskan juga, tugas utama dalam mendidik kanak-kanak adalah menyerapkan budaya ilmu ke dalam diri mereka. Tanamkanlah kecenderungan membaca yang tinggi dikalangan anak-anak sejak kecil lagi. Ini kerana perwira Islam adalah mereka yang lengkap dari aspek intelektual dan rohani. Mereka seimbang dari aspek fikir dan zikir. Kita tidak mahu melahirkan insan yang hanya tahu berzikir tetapi jumud dan tidak dapat mengembangkan dirinya dan juga orang lain walaupun mungkin mereka baik dari segi sahsiahnya. Kita juga tidak mahu melahirkan insan yang tinggi daya fikir dan tajam pengamatannya tetapi mengalami krisis kemanusian seperti menggelapkan wang, terlibat dengan rasuah dan perkara-perkara buruk akibat sangat kurang zikirnya.

Umat Islam sekarang memerlukan sumber manusia yang kuat fikir dan zikirnya. Oleh itu, kita yang mempunyai kesedaran ini bentuklah persekitaran dalam lingkuan pengaruh kita dalam menggerakkan budaya ilmu dikalangan mereka. Oleh itu, berilah penekanan terhadap aktiviti berfaedah dan ilmiah seperti membaca daripada aktiviti-aktiviti lain, dengan itu dapat menjadikan slogan 'Umat Islam, Umat Membaca' menjadi satu kenyataan sebagi pemangkin kepada kebangkitan Islam suatu hari nanti. InsyaAllah,

Tuesday, September 24, 2013

Kempen Simpan 1 Gram 1 Bulan Pada Hari Gaji

Kempen Sebulan Simpan Satu Emas - pilih mana yang mampu milik! cincin, jongkong atau dinar
Produk syiling emas yang semakin mendapat perhatian (Dinar Emas) dari blog Kedai Emas Borong : Semak harga, semak stok setiap hari di www.gsr2u.com.my/wangdinaremas atau hantar teks mesej PM Harga Dinar ke sms/whatsapp 016-2484633 untuk pm harga apabila diperlukan.



Ilmu Emas Yang Menguntungkan
Bila masa yang sesuai beli emas? = Sebaiknya terus beli pada hari gaji, tujuannya supaya tidak bertangguh dan istiqamah (konsisten) bagi melindungi nilai gaji kita
Tak perlu tengok harga semasa? = Tak perlu, beli aje secara konsisten sebulan 1 item atau 1 gram tadi
Berapa nak beli? = ikut kemampuan (1gram 1bulan pun boleh)
Contoh barang 1gram ke atas? = Cincin 1+gram, Jongkong 1gram tepat, dll barang kemas
Orang gaji berapa layak beli?Miskin boleh? = orang miskin lagi lah digalakkan, sampai bila nak simpan duit kertas yang semakin susut nilainya sedangkan harga barang semakin meningkat. Sifu saya kata simpan emas takkan miskin selamanya - ha ambil ni sebagai motivasi!

Cuba dan amalkan pengurusan kewangan bijak ini : Beli sekurang-kurangnya 1gram 1bulan pada hari gaji. Kiralah berapa gram terkumpul setiap hujung tahun dan kali lah dengan berapa nilai emas semasa. Setiap orang rezeki dan kemampuan tak sama, jadi berapa gram terkumpul itulah hasil usaha gigih dan istiqamah kita hasil beli sikit-sikit setiap bulan tanpa henti. Semuanya demi meningkatkan nilai aset keluarga. Saya doakan anda berjaya! Tinggalkan diri kita yang pernah selama ini negatif, bersedih, malas untuk berusaha dan sentiasa ada masalah duit, KINI telah sedar diri dan bangkit memulakan simpanan emas mulai hari gaji dan keluar dari miskin selamanya. Jika anda ketua keluarga, ajarkan anak2 dan generasi seterusnya dengan kesedaran ini. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Nah suatu hari nanti generasi anak2 akan berterima kasih kepada anda kerana menurunkan ilmu kesedaran emas yang hilang di atas muka bumi ini dibidas buku teks ekonomi berasaskan helaian kertas yang mudah dimanipulasi (dimainkan nilai ringgitnya sesuka hati oleh kuasa besar).

Dapatkan Produk Sejukbeku (Frozen) Dari Kedai Impian Dulena


Kedai Impian Dulena menyediakan produk sejukbeku (Frozen) sepanjang masa
Promosi di mana boleh dapatkan pembekal produk Frozen bermutu keluaran Bumiputera yang sedap sepanjang masa. Kenapa ada di blog saya? Sebab saya dah rasa dan paling suka Popia Otak-Otak lah. kepada yang nak cuba, atau anda memang berniaga berikut antara bekalan produk yang ada dan banyak lagi di website :- 

Senarai produk Frozen : 
- Otak-otak
- Karipap
- Satar
- Cucur Badak
- Samosa
- Popia
- Popia Otak-otak/Satar
- Pau Besar
- Pau Mini

Kedai Impian Dulena menyediakan produk sejukbeku (Frozen) sepanjang masa keluaran Bumiputera. Juga untuk tempahan sempena kenduri kendara, majlis perkahwinan, hari keluarga dan lain-lain gathering boleh order. Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi terus/SMS Puan Rozie 019-2805329 / Emel ke : rzie79@yahoo.com

Website : http://www.impiandulena.com/

Telekung Sulam Bajet Yang Cantik

Ada kawan berpindah masuk rumah baru, terfikir hadiah apa yang sesuai. Hm tentu ramai sanak saudara dan sahabat handai mula nak datang rumah dia, jadi tentu dia perlukan telekung lebih (spare) kalau2 tetamu nak tumpang solat.. OK baik saya hadiahkan telekung yang cantik bersulam ni sebagai sesuatu yang berharga, semoga dengan pemberian ini memudahkan urusan bab menyediakan kemudahan solat kepada tetamu beliau. Jadi kalau nak tahu telekung sulam yang cantik ini boleh ditempah dengan harga berpatutan *RM50 sahaja. Ya saya rasa sulaman timbul di sini kualitinya sama dengan yang berharga lebih mahal, jadi sedang eloklah dengan siapa yang bajet sebegini. Sesuai juga untuk bakal pengantin yang nak buat hantaran. Nanti kalau ada yang dah jadi hantaran kita kongsi2 gambar gubahan ya tentu cantik kan. Pilihan warna (ikut kaler bunga) putih, pink, biru, hijau. Jadi perlu tempah awal untuk kita check stok ya.

Telekung sulam cantik

Telekung sulam cantik

*Harga semasa, sementara stok masih ada. SMS/Whatsapp 016-2484633 untuk semak stok dan cara bayaran. Sila maklumkan jika perlu dipos akan dinyatakan caj pos kemudian. Terima kasih.
-Styloibu,Shah Alam.

Kalkulator Kira Tarikh Jangka Bersalin (EDD)

Bagus kan ada yang kongsikan kalkulator tarikh jangkaan bersalin ni = (Estimated Due Date / EDD)
Apa yang diperlukan? Hanya perlu tahu tarikh hari pertama period terakhir.
Bila nak guna? Apabila period bulan sepatutnya tak kunjung tiba dan selepas ujian air kencing didapati positif mengandung (alhamdulilah rezeki Allah untuk wanita)
Kepada bakal pengantin pun dah perlu tahu dan biasakan tulis atau ingat tarikh hari pertama period. Ini supaya mudahkan kita periksa sendiri pattern kedatangan period, adakah normal atau lain daripada biasa kerana wanita selepas berkahwin biasanya ada yang akan mengalami perubahan hormon (maklumlah hormon gembira terlebih hahaha) Kepada para ibu selamat menempuh 40 minggu yang indah!
Sumber : http://www.babycenter.com.my/pregnancy-due-date-calculator




Ha kepada yang dah tahu pregnant boleh terus amalkan Set Lum Bersalin (Set Sebelum Bersalin) keluaran Dr. Radziah Homeopathy di Seksyen 7 Shah Alam.
Facebook page : https://ms-my.facebook.com/pages/Produk-Homeopathy-Dr-Radziah/576947142346888
Set Lum Salin

Kepada yang baru kenal boleh jumpa sendiri atau hubungi beliau 019-2082756, kenal produknya dan boleh sentiasa bertanya apa kebaikan homeopati iaitu sebahagian dari ilmu Natural Healing (yang merawat punca masalah secara semulajadi tanpa menggunakan dadah) Set Lum Salin ni ada 6 botol pil homeopati untuk dihabiskan sepanjang kehamilan yang senang sedap dikemam macam gula-gula, dah cukup semua makanan tambahan untuk ibu dan baby dalam kandungan. Ramuannya dari herba dan halal, tiada kesan sampingan, sebab itu saya syorkan. Kalau ada pameran halal/Halalfest lagi saya harap ada yang tolong promosikan produk Malaysia yang sangat bermutu tinggi ni ke tengah.

Kesan positif kepada ibu ialah dapat menstabilkan hormon menjadikan ibu sentiasa ceria dan tenang. Penting tu, sebab ada ibu yang cenderung negatif seperti lemah semangat, murung dan resah, sedih sepanjang kehamilan akan beri tekanan dan mempengaruhi tumbesaran bayi dalam kandungan. Kalau ceria dan tenang bukankah lebih mudah mengurus hal rumahtangga dan bekerja seperti biasa sambil mudah mendoakan yang bagus-bagus untuk anak kelak.

Oh kalau Doktor Radziah tanya mana dapat tahu tentang klinik atau produknya, boleh la bagitau Rosnah Tiroid yang bagitau..hehe dia pun tak tahu saya suka menulis tentang kebaikan produknya walaupun bukannya saya ada share di dunia (takpelah share untuk kebaikan umat lagi berguna). Ini semua terbit dari rasa hati yang ingin membantu sesama umat menyebarkan adanya formula dan perjuangan ubat halal yang mujarab di Malaysia ini. Selepas berkesan mengubat penyakit tiroid saya suatu waktu dulu (zaman kesedihanku..), alhamdulilah dipermudahkan urusan kesihatan kami sekeluarga. Anak-anak juga dibiasakan berikhtiar masalah kesihatan dengan ubatan homeopati yang hasilnya penyakit itu pergi tak kembali..selagi disusuli dengan istiqamah (amalan berterusan) menjaga pemakanan (susah juga kerana Malaysia kaya dengan makanan proses yang telah diubahsuai) Jadi bekalan/stok ubat Demax, Nasobett, Weezoff juga sentiasa tersimpan bila-bila diperlukan lagipun boleh simpan lama tiada tarikh luput. Makanan tambahan yang kadang-kadang diselang selikan ialah Cerdimax dan Prolife. Ibu ayah boleh tambah juga Nissawell (untuk wanita) dan Gentonik (untuk lelaki). Bajet pun senang, RM15 sebotol. Jadi topup mana yang kurang aje lah.

Rumusannya, sakit biasa seperti demam, selsema, batuk mungkin jarang menyerang, boleh hanya datang setahun sekali - terutama musim raya - lain-lain masa dipenuhi dengan riang ria zaman kanak-kanak yang sibuk bertanya itu ini dan aktiviti mencabar fizikal (hehe selain berlari, melompat, memanjat apa lagi yang terlintas mencabar tu kan, kadang2 ibu ayah tak terkejar dah) Kenapa mereka aktif dan ceria? Sejak dari dalam kandungan lagi produk homeopati ini merangsang fungsi organ dan perjalanan darah yang baik secara semulajadi. Apabila dilahirkan pula dan sejurus dibawa ke rumah, terus sahaja diberikan cecair formula anti-kuning supaya jika ada kotoran, lendir tidak tinggal dalam paru-paru dan merangsang aktiviti buah pinggang untuk pencernaan yang baik (Cara beri : Ada 4 botol bernombor, dititikkan ke mulut baby hanya 0.5 ml setiap botol diberi 3 kali sehari, sehingga habis semua bekalan ini..atau biasanya sehingga bayi berusia 2 minggu) tujuannya untuk mencegah demam kuning yang memang kerap terjadi dan menjadi mimpi ngeri dan seringkali doa mintak dijauhkan oleh para ibu kan. Jadi kepada yang tak tahu, di sini ada ikhtiar untuk mencegah sebelum terjadi ya. diulangi : cegah sebelum terjadi. Menjaga baby ibarat merawat baby dari hari ke hari dan menyediakan asas tubuh badannya..sebelum kita melepaskannya berdikari akan datang..Jadi mulakan berikan yang halal dan terbaik terutama jangan putus susu ibu hanya kerana perlu keluar bekerja. Mungkin rezeki dan kemampuan masing2 tak sama, tapi selagi boleh bersama baby jom kita sempurnakan tanggungjawab sebagai wanita. Suami pun harap dapat faham sama2 membantu urusan rumahtangga ketika isteri berniat baik mengadakan lebih masa untuk menyusukan baby sebab nampak senang hanya duduk dan biarkan baby hisap susu tetapi sebenarnya ibu perlu beri tumpuan pada proses penyusuan sambil berzikir, berdoa segala kebaikan terutama agar susunya cukup untuk mengenyangkan baby. Kalau ibu tak beri tumpuan dan asyik terfikir kain baju yang masih belum berlipat, takut dimarahi suami ada kerja yang tak siap dan lain-lain lagi, baby tahu dan merasai rasa tidak tenang tu, dia boleh merajuk..kadang2 bimbang susu pun dah segan nak terhasil banyak. Memang proses penyusuan lama sebab baby sendiri yang tentukan bila dia sudah kenyang (lebih 1 jam??) Hm takpelah entri ni dah panjang sangat, kalau nak teroka lagi ilmu penyusuan susu ibu dan kebaikannya boleh baca www.susuibu.com dan web/buku yang sewaktu dengannya.

Sekali lagi kepada ibu mengandung, selamat menempuh 40 minggu yang indah dengan sihat!
-Ikhlas dari, Styloibu, Shah Alam.

Thursday, September 19, 2013

Bertan-tan emas tersembunyi



Geseran kerak bumi adalah antara pencetus fenomena gold rush. Ia boleh berlaku di pelbagai lokasi pada bila-bila masa kerana proses pemineralan sentiasa aktif.
Pagi Rabu itu, Sulaiman Tujuling, 76, pantas menghirup kopi O panas bersama isterinya, Halimah Amri, 73. Usai mengalas perut, pasangan tersebut mencapai kuali dan peralatan lain untuk ke pantai. Mungkin janggal jika diperhatikan pada kelengkapan yang digalas dengan destinasi yang hendak dituju.
Apa yang menanti mereka di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor sebenarnya jauh menandingi keseronokan bermandi-manda. Pasangan ini hendak mendulang emas!
Cubaan pertama mendulang di lokasi baru itu bukan sahaja mencatat sejarah tersendiri bagi Sulaiman dan Halimah, malah 'pesta mendulang' di situ sudah bermula mendahului sarapan mereka tadi.

SEBAHAGIAN daripada ‘kegilaan’ mendulang emas di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor yang dirakamkan dua tahun lalu.


"Saya mendulang sejak tahun 1957 tetapi ini kali pertama kami mendapat emas yang banyak. Biasanya kami mendulang di Teluk Iskandar tetapi tak sangka, percubaan kami di tempat baru ini dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah.
"Seharian di pantai, kami memperoleh kira-kira 12 gram emas dan apabila dijual, kami mendapat RM800," katanya.
Kisah 'durian runtuh' Sulaiman dan isterinya pantas tersebar ke seluruh negara dan menarik minat luar biasa orang ramai untuk datang mendulang di situ.
Buktinya, jika sebelum ini nama Kampung Sri Pantai hanya terkenal di kalangan penduduk setempat, kini masyarakat luar bukan sahaja bercerita malah berpusu-pusu ke kawasan tersebut untuk mendulang emas.
Bagi suri rumah, Halimah Sidin, 56, dia sanggup datang dari Minyak Beku, Batu Pahat untuk bersama ribuan pendulang lain mencuba nasib.
"Saya datang bersama seorang anak dan dua cucu. Kami membawa tiga kuali dari rumah dan sanggup berembun mendulang dimulai tengah malam sehingga air pasang keesokannya.
"Ini kali pertama saya datang mendulang. Semalam saya cuma dapat beberapa gram, itu yang membuatkan kami berkhemah di sini dan terus mendulang dengan harapan untuk dapat lebih banyak emas," katanya.
Biarpun fenomena emas 'timbul' jarang berlaku dan hasil yang dijanjikan tidak menentu, ia tidak melemahkan semangat orang ramai untuk turun mendulang di situ.
EMAS sentiasa dalam senarai teratas komoditi yang mahu dimiliki manusia kerana nilainya tinggi dan kalis inflasi.


Menjelang hujung minggu, keadaan lebih meriah malah ramai yang sanggup mendirikan khemah dan menjadikan kenderaan sebagai tempat untuk melelapkan mata setelah seharian mendulang emas.
Sekalipun sudah hampir dua tahun berlalu, pesta mendulang di Mersing mungkin akan berlaku lagi selepas ini tetapi kali ini lokasinya belum dapat dipastikan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abdul Razak, kejadian yang dikenali sebagai gold rush itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan lokasinya juga pelbagai kerana proses pemineralan boleh berlaku di mana-mana.
"Sebelum ini gold rush juga pernah dilaporkan di Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Setiu dan Mersing. Emas yang ditemui itu terhasil daripada geseran yang berlaku di kerak bumi menyebabkan emas yang selama ini 'tersimpan' terangkat ke permukaan bumi," katanya.
Yunus memberitahu, kejadian yang membuka peluang kepada ribuan pendulang itu bagaimanapun tidak sesuai untuk dijadikan lokasi perlombongan sistematik.
"Atas ihsan kerajaan negeri, orang ramai boleh mendulang sehingga JMG mengeluarkan arahan pemberhentian atas faktor keselamatan," kata beliau yang ditemui Jurnal baru-baru ini.
Bekalan belum susut
Ramai beranggapan aktiviti perlombongan tidak lagi produktif dan tumpuan masa kini lebih terarah kepada sektor industri pembuatan, bioteknologi dan pertanian.

BERDASARKAN statistik tahun 2007, pengeluaran emas di Kelantan adalah sebanyak 80,151 gram (g), sementara di Pahang pula berjumlah 2,832,489g.


Bagi sesetengah orang, mereka percaya bekalan emas negara semakin menyusut dan aktiviti melombong sudah tidak relevan lagi.
Bagaimanapun, tanggapan itu kurang tepat. Kandungan logam kuning berkilauan tersebut masih ada. Malah menurut Buku Laporan Mineral Malaysia 2007, bekalan rizab emas semasa dalam negara ialah 106 juta tan metrik.
"Namun, angka tepat mengenai bekalan emas tidak dapat dinyatakan kerana ia bergantung kepada pengeluaran dan penemuan terbaru emas.
"Setiap kali cari gali berjaya menemukan emas, angka pastinya bertambah, tetapi apabila ia dikeluarkan, angka akan menyusut. Trend tolak tambah inilah yang mempengaruhi berapa banyak emas yang kita ada," katanya.
Tambah Yunus, walaupun pengeluarannya menunjukkan trend penurunan dari tahun ke tahun, keadaan ini masih mampu memberi pulangan kepada syarikat perlombongan.
"Pada tahun 2006, sebanyak 3.49 tan metrik telah dikeluarkan dan pada tahun 2007, jumlah menurun kepada 2.91 tan. Bagi tahun 2008, dianggarkan 2.75 tan telah dihasilkan," katanya yang menyatakan bahawa lombong emas boleh digali berulang kali bagi mendapatkan emas.
Dengan menggunakan teknik leburan atau semburan air, pelombong sudah boleh mengeluarkan butiran atau serbuk emas yang satu masa dulu tidak dapat dikeluarkan.
"Secara tidak langsung, lombong yang sudah dikenal pasti lokasi cari gali emas boleh diterokai semula bagi mendapatkan logam emas," jelas beliau.

RIBUAN manusia bertumpu ke Lubuk Mandi, Marang, Terengganu untuk mengintai peluang mendulang emas ketika berita penemuan logam berharga itu mula tersebar pada tahun 1988.


Terdapat 11 lombong emas yang masih aktif beroperasi di Malaysia. Yunus memberitahu, lombong Penjom di Kuala Lipis antara yang paling aktif di mana ia mampu mengeluarkan 95 peratus daripada hasil emas negara.
"Ada lima lombong yang beroperasi di Kelantan dan enam beroperasi di Pahang. Setiap tahun, bilangan lombong ini tidak tetap dan boleh kurang atau bertambah, bergantung kepada kos melombong, harga emas dan permintaan.
"Sungguhpun negara mampu mengeluarkan lebih daripada dua juta tan setahun, ia jauh daripada mencukupi bagi menampung keperluan dalam negara," tambah Yunus.
Keselamatan ketika melombong
Baru-baru ini, penduduk Kampung Bukit Koman, Raub, Pahang gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan penghakiman untuk menghentikan projek melombong emas di kampung tersebut yang bermula pada Februari tahun ini.
Sebelum itu, mereka mendakwa ada penduduk yang mengalami masalah kesihatan berpunca daripada penggunaan bahan kimia sianida di projek lombong emas berkenaan.
FENOMENA gold rush turut menarik minat Halimah Sidin, 56, untuk mendulang emas di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor, dua tahun lalu.


Mengupas isu keselamatan di lombong emas dan kawasan persekitaran, Yunus memberitahu, aspek tersebut tidak dipernah dipandang remeh.
"Teknik dan cara perlombongan yang dilakukan di Malaysia merupakan cara galian terbaik yang turut dipraktikkan di negara-negara lain. Malah, bagi memastikan syarikat mematuhi piawaian itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan ke setiap lombong," terang beliau.
Bahkan, untuk melahirkan industri perlombongan mapan, pengusaha lombong diarahkan untuk membuat pemantauan sendiri di mana mereka perlu mengambil contoh air, asap, tanah dan sebagainya untuk diuji serta dianalisis di makmal. JMG juga akan menjalankan rutin yang sama terhadap lombong tersebut.
"Daripada keputusan yang dikemukakan pihak pelombong dan keputusan yang kita peroleh, perbandingan akan dilakukan. Jika ada percanggahan dengan peraturan yang ditetapkan, teguran dan arahan penambahbaikan akan berikan," jelas beliau.
Walaupun ada aktiviti melombong menggunakan kimia dan teknik peleburan yang mungkin mendatangkan rasa bimbang di kalangan masyarakat setempat, Yunus memberitahu, aspek keselamatan yang tinggi dalam industri perlombongan mampu menyerap semua risiko dan kebarangkalian masyarakat berdepan risiko mungkin amat tipis.
"Kerja melombong mungkin dilihat berbahaya, namun risiko itu terlebih dahulu 'diserap' oleh lombong itu sendiri sebelum ia merebak keluar," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0607&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2fKCXAQLC 
Hakcipta terpelihara 



Kosmo! Online - Rencana Utama

Brutalnya cara cari gali emas di Ghana

Brutalnya cara cari gali emas di Ghana


[Dari borakkosong.com] Saya akan menunjukkan beberapa foto dari George Osode dari Ghana yang menunjukkan profesi yang sulit yang begitu ekstrim dan membahayakan nyawa, iaitu perlombongan emas. Anda boleh membayangkan bila tebing-tebing dalam gambar ini roboh? Ini benar-benar pekerjaan yang begitu mencemaskan.

Berikut Gambar-gambarnya.













Makanya Emas tetap aset bernilai di negara mana pun :-) sedangkan wang kertas semakin terasa kecil dibanding kuasa besar dunia

Wednesday, September 18, 2013

Transformasi Minda : Mencari Yang Halal Lebih Mudah Dengan Direktori Halal Jakim

Logo Halal Jakim bukan sekadar logo. Ia lambang kesucian, bersih dan keberkatan. Untuk umat Islam ianya sangat membantu umatnya menghindarkan rasa was-was tentang kandungan produk yang digunakan selama ini. Bersyukur kita rakyat Malaysia ada acuan sendiri ke arah menerapkan nilai cara hidup Islam ke dalam masyarakatnya dan sepakat memperakui keseragaman logo dan sepakat diuruskan oleh Jakim yang semakin profesional dan matang. Cabaran kepada Jakim semakin berat kerana semakin banyak produk dibawa masuk ke dalam negara ini tanpa melalui siasatan halal sedangkan belum semua pengeluar produk memohon sijil halal. Sekadar menyokong usaha murni ini, jadi dikongsikan hyperlink / URL untuk kita semak selalu kat sini http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia 
Jangan lupa Bookmark atau Favourite kan di browser kita ya. Sentiasa juga ingat laman web induknya iaitu www.halal.gov.my kalau-kalau broken link atau link ini berubah pada masa depan. 

Rasa-rasanya semakin rancak kempen Gaya Hidup Halal Thoyyiba digerakkan, semakin rancak juga perniagaan offline dan online mengutamakan kelebihan produk dan menutup cerita logo halal dengan cara lebih popular mempromosi artis dutanya sampaikan kita terlupa nak semak logo halal. Kalau perasan orang mula perasan nak semak logo halal untuk makanan, kemudian restoran, diikuti hotel, dan sekarang kosmetik juga sudah ada yang didaftarkan. Jadi sekarang kita ada banyak pilihan nak beralih kepada yang ada logo halal mana kan. Jadi yang takde langsung tu boleh ditinggalkan? Camana nak mula transformasi minda? Hm boleh juga cuba cara ni. Kalau suka terpengaruh dengan iklan tv atau radio, cuba pernah dengar Radio IKIM (IKIM FM) pun ada promosi macam-macam produk yang sangat berkualiti, bermutu, kilang juga semakin bersaing taraf GMP dan yang bagusnya mempunyai sijil Halal Jakim. 

Frekuensi : IKIMfm boleh didengari di seluruh negara dengan pemancar-pemancar di 12 lokasi strategik. 
  NEGERI
FREKUENSI
LEMBAH KELANG
91.5
FM
PERLIS
89.0
FM
KEDAH
89.0
FM
LANGKAWI
89.0
FM
PULAU PINANG
89.0
FM
IPOH
102.7
FM
NEGERI SEMBILAN
102.7
FM
MELAKA
89.5
FM
JOHOR BHARU
106.2
FM
KUANTAN
89.6
FM
KUALA TERENGGANU
100.2
FM
KOTA BHARU
89.8
FM
KUCHING
93.6
FM
KOTA KINABALU
93.9
FM



Frekuensi untuk Shah Alam/Klang/KL (kira lembah Klang) boleh dapat dua 91.5 dan 102.7 jadi boleh set dua channel ni terus kat Dashboard kereta. Dalam perjalanan pergi balik kerja dalam kereta tu cubalah cari siaran IKIM FM kasi ahli keluarga kita dengar dengan tenang. Dapat dengar sekejap pun jadi lah untuk permulaan. Sampai sini dulu perkongsian untuk tujuan sama-sama Transformasi Minda, iaitu mula ambil berat dengan Apa yang kita Makan dan Apa yang kita Dengar. Selalu doa kata nak jadi orang yang berjaya dunia akhirat kan :-) Amin.