Followers

Sunday, January 23, 2011

Rakam suara sendiri dengan Audacity

Audacity sangat berguna kepada saya yang tidak ada asas audio digital - apatah lagi nak Setting apa itu Track/wave/tempo/pitch..Digunakan untuk Rakam, Edit suara latar untuk projek montaj. Kelebihannya :-
- Percuma
- Interface yang User Friendly - tak banyak menu
- Rakam secara Multi-Track - boleh tambah muzik latar dan Edit dengan suara rakaman sekaligus
- Boleh tambah Effect secara Preview dulu
- Mudah nak Export ke WAV atau MP3
- input dari Mic atau Line-in
- macam2 lagi
http://audacity.sourceforge.net/download/

Friday, January 21, 2011

Berbaloinya Netbook - harga lebih rendah dari smartphone!

Spesifikasi minima Ready for Tapau @ ANZ Tingkat 3 Alam Sentral:
Brand : lenovo / dell / acer
Processor : Intel ATOM Processor N455 ( 1.66GHz 667MHz 512KB )
RAM : 1 GB PC3-10600 DDR3 SDRAM 667MHz
Monitor : 10.1"
OS : Genuine Windows 7
Hard Drive : 250GB
Wifi, Bluetooth
Harga : <RM1300 (Ha kan lebih murah dari Nokia N8 dan iPhone dan iPad dan sewaktu dengannya)

Friday, January 7, 2011

Senangnya Jadi Ahli Tupperware

*MEMBERSHIP ID : ROSNAH:388872

Senangnya jadi ahli Tupperware! Hanya RM60 terus boleh dapat beg dan barang Tupperware sekali :-
- Beg
- Kit risalah produk, borang pendaftaran ahli baru
- Barang pengenalan (saya dapat 2 cawan berpenutup dan 1 bekas tinggi 1 liter)
- Terus layak Diskaun 20%
- Keahlian seumur hidup tak perlu renew atau maintain :-)

Nota 1 : Order dari kawan-kawan sepejabat staff SUK Selangor boleh dihantar ke pejabat. Call terus 016-2484633 / e-mel rosnah.miskan@gmail.com / facebook : Senah Miskan.

Nota 2 : Mula gunakan bekas2 Tupperware untuk Tapau MAKANAN dan MINUMAN anda kerana tidak toksik seperti plastik atau sterofoam! Bayangkan dah 30 tahun makan lunch tapau dengan vitamin toksik dari sterofoam! Jadi mula pelaburan dengan beli tapau-ware anda.

Nota 3 : Jangan buang bekas Tupperware hanya kerana penutupnya yang rosak! Bukankah mahal produk ni dulu jadi boleh order penutup sahaja yang baru dan guna semula bekas yang lama. Sebab itulah membeli produk Tupperware ialah pilihan Bijak kan.

Artikel ICT : Sebut betul-betul..bit dan Byte

Kadang-kadang ada orang ingat dia dah celik IT apabila dah pakai Handphone terkini dan ada blog atau Facebook sendiri. Tapi masih sebenarnya ikut saja orang sebut MB sebagai "meb" padahal tak tahu perbezaan huruf B kecik dan B besar. Jadi kita selalu kena belajar semula ilmu mengenai ICT terdahulu sambil melayari internet tu, caranya selalulah bertanya maksud perkataan IT dengan makcik Wiki dan cari ceritanya dengan pakcik Google. Mari kita kongsi maksud meb tu :-
MB untuk saiz - disebut MegaByte - contoh: Download lagu MP3 bersaiz 123MB
Mb untuk kelajuan - disebut Megabit - contoh: Signal Strength capaian internet anda : 54.0 Mbps (Mega-bit-per-second)

Nota : Tak rugi kita selalu belajar ilmu back-to-basic. Mari kita pandaikan bangsa dengan mula menyebut MB dengan betul :-)

Artikel ICT : Senangnya Tambah Pelaburan ASNB Dari Cimbclicks

Saya dah tak perlu keluar untuk Tambah Pelaburan ASNB kerana boleh Subscribe dari Cimbclicks. = Jimat masa, tenaga dan duit parking! ke bank atau pejabat pos. Cuma pertama kali perlu Active-kan akaun ini.

Kenapa Jimat Masa = tidak perlu keluar waktu pejabat dan menunggu giliran!
Kenapa Jimat Tenaga = tak perlu isi Borang Biru!

Kenapa Jimat Duit = tak perlu bayar Parking! Caj yang dikenakan hanya RM1.00

*Untuk Aktifkan Akaun :
1. Login Cimbclicks, pilih Manage My Wealth2. Pilih ASNB
3. Untuk pertama kali, Pilih "Add Favourite Account"
4. Isi sedikit maklumat yg diperlukan : Jenis Dana, Nombor Akaun Dana, Nombor IC, Nama,
5. Pilih Submit dan tunggu esok baru Active
(Tempoh masa Active boleh tengok table yg disediakan)
6. Esok pastikan status "Active" pada menu View Subscription Status
7. Lepas tu dah boleh tambah pelaburan dengan menu "Subscribe"

*Untuk Tambah Pelaburan (selepas status Active):
1. Login Cimbclicks, pilih Manage My Wealth
2. Pilih ASNB
3. Pilih Subscribe
4. Isi jumlah pelaburan yang ingin ditambah
5. Pilih Submit
6. Sahkan transaksi ini pada Pada page kedua dengan Pilih Confirm
Selesai! Dan caj dikenakan hanya RM1.00

Nota 1: Ehem cuma boleh Tambah Pelaburan aje (seperti Borang Biru manual) tak boleh semak baki ye - yang ni kena pergi Update buku, belum ready lagi.

Nota 2: Pengguna Maybank2U dan lain-lain sila gunakan menu Wealth Management (Pengurusan Pelaburan) dan cari senarai ASNB di bahagian ini. Mungkin ada yang tak perasan ASNB ialah Pelaburan sebab tu tak jumpa di menu Personal Banking yang selalu digunakan:-)

Sekian Tutorial kita semoga dapat membantu kepada yang baru tahu:-)

Monday, January 3, 2011

Pengalamanku : khatan anak perempuan

Hari ini selesai 1 lagi tanggungjawab kami sebagai ibu bapa, telah khatan anak perempuan pada usia 8 bulan. Info : Dikhatan oleh Dr. Leny Marlina di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam. Perkhidmatan dibayar RM32.00 Selesai dalam masa yang cepat dan anak tak nangis pun, (hmm sayang anak ibu). Cuma luka yang sangat kecil yang syarat untuk setitis darah. Klinik kerajaan, PPUM tidak ada perkhidmatan ini maka kami cari doktor muslimah yang dekat.